Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, February 18, 2009

Bersedia untuk Jadi Kerajaan




Ikuti tembual aku dengan Tunku Aziz:

Tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat untuk menjadi kerajaan menggantikan Barisan Nasional (BN) yang selama 50 tahun memerintah gagal menunjukkan integriti dalam urustadbir mereka. Apa yang penting ialah bagi semua rakyat bekerjasama ke arah pentadbiran yang berdaya saing, akauntabel dan telus.

Ketika menemuramah Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim 12 Januari lalu, apa yang penting bagi pemimpin di setiap lapisan; ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri dan ahli majlis ialah untuk memenangi keyakinan rakyat.

“Memang sukar untuk menarik keyakinan rakyat, tapi lebih sukar untuk mengekalkannya”, ujar Tunku Aziz.

Bagi Tunku Aziz, setiap parti gabungan perlu lebih kerap bermusyawarah, dalam mengenalpasti tindakan serta apa yang terbaik untuk kepentingan rakyat – bukan untuk kepentingan peribadi.

Sambutan Rakyat

Sejak menyertai DAP, Tunku Aziz banyak menghadiri majlis-majlis anjuran Parti termasuk majlis mengumpul dana. Sejak beliau bergaul dengan pihak akar umbi, beliau merasakan rakyat sememangnya dahagakan sebuah kerajaan yang berintegriti.

Setiap majlis yang dihadiri, Tunku pastinya akan menyalurkan mesej-mesej bahaya amalan rasuah yang meruncing di Negara ini dan bagaimana budaya tersebut boleh merosakkan Negara ini.

Menceritakan mengenai pengalamannya ke Sabah yang mana lawatan politiknya yang pertama, lewat tahun lahu, Tunku Aziz memberitahu sambutannya melimpah-ruah. Majlis makan malam di Tawau berjaya menjual meja sebanyak 130 meja dan memuatkan sekurang-kurangnya 1300 orang.

“Sehinggakan pihak penganjur tidak dapat lagi menambah jumlah meja kerana orang bersesak-sesak”, beritahu Tunku senang.

Menurutnya, rakyat sudah peka dan berminat terhadap politik berorganisasi dan berminat untuk menyertai DAP.

“Senario politik sekarang sudah berubah”, tambahnya lagi.





Melayu Kaum Termiskin

Bercakap mengenai keadaan bangsa Melayu, Tunku Aziz memberitahu bahawa masyarakat Melayulah yang terkebelakang dalam banyak hal. Ini kerana mereka tidak diberikan peluang untuk bersaing antara mereka, apatah lagi bersaing dengan bangsa-bangsa lain bagi memajukan mereka. Beliau lebih berpendapat sistem meritokrasi kaedah bertetapan dalam memajukan masyarakat kesemuanya.

Tunku Aziz menyalahkan dasar kerajaan mendiskriminasikan bangsa menjadikan masyarakat Melayu undur dalam banyak hal.

Beliau juga mengkritik pemimpin yang menitikberatkan perkara kecil dan berpendapat mereka perlu mengutarakan perkara yang lebih makro seperti pembangunan nasional, mengatasi kemiskinan secara dan mengurangkan masalah pengangguran terutama apabila dunia berhadapan dengan krisis kegawatan.

“Air percuma, tiket parkir percuma masalah kecil. Itu hanya gimik”, kata Tunku Aziz.

Pemimpin Muda

Tunku Aziz yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sekretariat Komanwel yang berpusat di London selama tujuh tahun bersetuju bahawa Pakatan Rakyat sekarang mempunyai ramai pemimpin-pemimpin muda yang tidak berpengalaman dalam mentadbir.

“Apa yang lebih penting ialah mereka perlu berintegriti”, jelasnya.

Bagi pemimpin muda,mereka perlu banyak ‘mendengar’ dan ‘kurang bercakap’. Rakyat tidak akan menyalahi mereka sekiranya mereka ini bersedia untuk belajar daripada membuat kesilapan. Persepsi, bagi Tunku Aziz amat mustahak.

Mengenai perbalahan antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, Tunku Aziz menasihati agar mereka perlu lebih banyak berbincang sebelum mendedahkan sesuatu pemasalahan kepada media.

“Sudah tentu media seperti Utusan Malaysia suka untuk siarkan berita sebegini seolah-olah kita tidak bersatu”, tambah Tunku Aziz yang pernah menjadi Penasihat Khas kepada Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu perihal etika.

Beliau menasihati agar setiap pemimpin menerapkan prinsip Kompeten, Akauntabel dan Telus dalam diri masing-masing supaya kualiti kerja akan menampakkan cemerlang.




Buktikan Pakatan Rakyat Mampu Mentadbir

Tunku Aziz yang pernah menjadi ahli Lembaga Penasihat bagi Majlis Rangkaian Dasar Awam Global di bawah projek ‘Wawasan PBB” berharap agar kesemua parti gabungan menunjukkan bahawa gabungan ini berjaya dan mampu mentadbir negara dengan cekap.

Pada tahun 1952, persepakatan tidak formal di antara Umno dan MCA menjadi asas sehingga berjaya malaksanakan pilihan raya tempatan. Rundingan tersebut akhirnya terbentuk Perikatan yang menyediakan kedua-dua Parti untuk pilihan raya umum (1954). Perkara tersebut sepatutnya menjadi iktibar bagi mengkaji kejayaan Perikatan dalam persepakatan.

“Tetapi, sekarang mereka tidak lagi relevan,” ujarnya.

Kepentingan rakyat, menurut Tunku Aziz sepatutnya diletak sebagai matlamat utama lebih daripada kepentingan peribadi.

Membendung Rasuah

Tunku Aziz yang mengasaskan Malaysian Chapter of Transparency International, gabungan global membantah rasuah yang kemudiannya dikenali sebagai The Kuala Lumpur Society for Transparency & Integrity menyambut baik usaha Kerajaan untuk meminda Akta Pencegahan Rasuah kapada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pindaan kepada akta tersebut jelas membuktikan bahawa Badan Pencegah Rasuah (SPR) tidak bebas.

SPRM juga menurut bekas Presiden The Kuala Lumpur Society for Transparency & Integrity memberitahu bahawa akta tersebut masih lesu dalam membendung kegiatan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan termasuk menteri kabinet.

“Umpama harimau tidak bertaring”, jelas Tunku Aziz.

Tunku Aziz yang pernah dilantik sebagai ahli majlis lembaga antarabangsa di dalam Transparency International pada Oktober 1997 dan kemudiannya menjadi Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International pada tahun berikutnya berkata SPRM tidak akan berfungsi dengan seeloknya selagi badan tersebut diletakkan di bawah telunjuk seseorang.

Justeru, Tunku berpendapat sebuah suruhanjaya yang bebas sepatutnya mendapatkan ahli majlisnya luar dari kerajaan, yang berkhidmat dengan masyarakat.

“Harun Hashim seorang hakim dan jelas mampu untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.”

“Apa yang mustahak ialah integriti seseorang itu,” kata Tunku.

Tindakan kerajaan bagi melantik penasihat dari Hong Kong juga tidak menampakkan ketelusan kerana ahli-ahli yang dipanggil ke sini untuk menasihati SPRM sudah tentu akan memberikan laporan hanya yang baik.





Hudud Perlukan Perincian

Mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Negara ini, Tunku Aziz berpendapat parti itu seharusnya menjadi Kerajaan Pusat bagi member kuasa kepada mereka melaksanakan hokum tersebut.

Secara peribadi, Tunku Aziz merasakan hukum tersebut tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, sungguhpun ianya dikenakan kepada orang Islam.

Namun, beliau menghormati kebebasan PAS untuk memperkembangkan prinsip politik mereka.
Tunku Azjz menghabiskan kebanyakan daripada usaha reformasinya sebelum ini dalam membendung rasuah secara sukarela melalui Transparency International dari 1995-2004 dan pernah menerbitkan buku berhubung rasuah dan integriti melalui “Fighting Corruption: My Mission”.

Pada Februari 2004, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya di dapam suruhanjaya diraja siasatan salahlaku polis di Negara ini.

Labels: , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com