Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, February 17, 2009

Tamparan kepada Institusi Demokratik*

Kepada mereka yang merasakan krisis politk di Perak sekarang berpunca dari Pakatan Rakyat (dengan merujuk kepada rancangan mengambilalih kuasa pada 16 September), mereka gagal untuk mengenalpasti perbezaan penting di antara keduanya.

Sekiranya anda masih dapat mengingati apa yang berlaku kepada Dato’s Seri Anwar Ibrahim yang mengakui mempunyai angka untuk menubuhkan kerajaan persekutuan, beliau telah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memohon untuk adakan persidangan khas di parlimen. Permohonan tersebut ditolak oleh Perdana Menteri. Pilihan lain yang berlandaskan perlembagaan ialah untuk mendesak kepada pembubaran parlimen bagi mengadakan pilihan raya baru. Malangnya, desakan tersebut juga tidak dilayan.

Anwar lalu ketandusan cara bagi tindakan selanjutnya. Sekiranya Pakatan Rakyat bertindak tidak mengikut landasan undang-undang, kita sememangnya sudah pun mempunyai kerajaan yang baru. Tetapi, kita tidak melakukan sedemikian dan tidak mahu melakukan tanpa mengikut undang-undang. Jadi, adalah sungguh tidak adil sekiranya kita samakan rampasan kuasa Najin dan rancangan Pakatan Rakyat.

Ada juga yang mungkin pertikaikan, apakah pula hujah berhubungan dengan tindakan membelot Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim? Mengapakah Pakatan Rakyat menerima beliau? Mengapa tidak menggesa supaya beliau mengosongkan kerusinya dan member peluang kepada pilihan raya kecil? Kita lihat perkara ini dari sudut perspektif. Pembelotan Nasarudin adalah dari penggubal undang-undang pembangkang kepada menjadikan ianya sebagai penggubal undang-undang kerajaan. Pembelotannya tidak mengubahkan baki kiasa di dalam Dun. Status quo. Secara logik dan bijaksana, sesiapa sahaja boleh mengandaikan Pakatan Rakyat tidak perlukan sebarang wakil BN untuk membelot. Tetapi, beliau telah membelot atas usahanya sendiri dan tidak pun memenangi kerusi tersebut di bawah tiket Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya tidak mempunyai pendirian dalam memaksanya untuk mengosongkan kerusi yang tidak dipunyai Pakatan Rakyat pun !

Saya mesti menyatakan di sini bahawa saya amat menghormati Sultan Azlan Shah. Sehingga semalam, saya masih berfikir bagaimana Tuanku boleh mengambil keputusan untuk memperkenankan pembentukan kerajaan negeri di bawah BN apabila secara perlembagaan, sebuah kerajaan masih lagi wujud? Tuanku juga memperkenankan menteri besar yang baru apabila menteri besar yang dahulunya masih memegang kuasa? Bagaimana sesebuah negeri mampu untuk mempunyai dua ketua pada satu masa?

Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatannya oleh Dun dengan mengemukakan undi-tak-percaya melalui pembubaran Dun. Dan tiada dalam perkara tersebut berlaku. Bagaimana seseorang boleh mendakwa Najib dan Anwar melakukan perkara yang sama?

Selain itu, DYMM Sultan menggesa kerajaan yang ditubuhkan oleh BN dan ahli Bebas mewujudkan kerajaan “perpaduan”. Dalam hal ini, ahli Bebas tidak terikat untuk mewakili BN. Sekurang-kurangnya, tidak sehingga mereka secara rasminya menjadi anggota di dalam parti komponen BN. Apa yang mereka perolehi daripada DYMM Sultan dan Najib ialah keyakinan secara lisan “kita akan menjadi sahabat kepada BN”. Dan hanya dengan menonjolkan diri di dalam sidang akhbar bersama Najib, adakah ia menjustifikasikan perubahan di dalam kerajaan? Apa akan berlaku sekiranya ahli Bebas ini kemudiannya dilihat berada di dalam sidang akhbar Pakatan Rakyat? Kerajaan “perpaduan” yang dimaksudkan DYMM Sultan haruslah secara inklusifnya melibatkan Pakatan Rakyat, BN, dan ahli Bebas.

Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi, dan tiga dari bebas. Oleh itu, tidak ada satu parti pun atau gabungan yang boleh membanggakan dengan mengatakan mereka mempunyai kuasaa majoriti. Sekiranya adanya kerajaan “perpaduan”, ia perlulah mendapat persetujuan daripada gabungan baru PR-BN-Bebas yang mana ianya agak mustahil. Oleh yang demikian, apa yang dititah DYMM Sultan ialah menamakan sesuatu tanpa pelaksanaan.

Apakah maknanya “perpaduan” sekiranya terdapat wakil rakyat yang berfikiran sama – untuk “menjadi sahabat kepada BN” ? ini bukannya kerajaan “perpaduan” tetapi kerajaan BN. Inilah yang dikatakan tamparan kepada kebijakan rakyat Malaysia. Satu permulaan kepada apa yang akan berlaku dengan PM baru.

* Diterjemah dari artikel bertajuk "A mockery of our democratic institution"

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com