Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, January 24, 2009

Hebatnya Kemiskinan Di Terengganu!

Sungguhpun Terengganu merupakan sebuah negeri yang menjana sumber pendapatan terbanyak untuk negar melalui pengeluaran petroleum, negeri itu merupakan salah sebuah negeri termiskin.

Nilai petroleum yang diseumbangkan oleh Negeri Terenggani ialah sebanyak RM7.4 billion sejak 2004 namun msih berbaki sebanyak RM2.2 billion yang masih tidak diserahkan kepada penduduk negeri itu.

Daripada jumlah RM7.4 billion tersebut, Syarikat Perumahan Negara memperolehi sebanyak RM700 juta dan sebuah kerajaan negeri turut mendapat RM400 juta. Namun penyerahan RM400 juta yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri itu juga semata-mata sogokan untuk memancing pengundi sebelum pilihan raya kecil diadakan.

Menemui penduduk tempatan, mereka berpendapat jurang pendapatan di antara yang kaya dan miskin amat ketara sehinggakan penduduk miskin dirampas hak pemilikan tanah mereka konon bagi tujuan pembangunan.


Perpindahan Kg Cina

Baru-baru ini, kerajaan Negeri Terengganu telah mengarahkan tanah yang berstatus sementara (TOL) diserahkan kepada kerajaan Negeri bagi membina bangunan.

Penduduk yang sudah berada di Kampung Cina yang selama lima generasi amat sedih apabil diberitahu tanah mereka di bahagian belakang mahu diambil kerajaan negeri. Pada asalnya, rumah mereka mempunyai keluasan 150 kaki dan kini hanya seluas 90 kaki. Oleh kerana ‘pembangunan’ yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri, tanah tersebut tidak lagi sesuai untuk kediaman dan mereka terpaksa berpindah.

“Secara tidak langsung, mereka menghalau penduduk di Kg Cina”, kata Lim Chai Heng yang ditemui semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Menurut Lim, pada tahun 1997, Kg Cina menerima peruntukan sebanyak USD50 melalui Tabung Warisan Amerika untuk dibaikpulih kerana diiktiraf sebagai bangunan warisan.

“Tetapi Kerajaan Negeri Terengganu mahu merobohkannya”, kata Lim.


Warga Emas Beratur di Jabatan Agama

Seorang lagi warga Kuala Terengganu yang ditemui, Ghani Abidin, 57 berkata kaum Melayu yang berusia 60 tahun ke atas terpaksa merayu kepada Jabatan Agama Negeri bagi mendapatkan bantuan bulanan yang diperuntukkan sebanyak RM200 seorang.

Menurut Ghani, kebanyakan kaum Melayu yang meliputi 80% penduduk Terengganu tidak mampu untuk membuat simpanan sepanjang riwayat mereka dan selepas tidak mampu untuk bekerja terpaksa merayu kepada Jabatan Agama.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com