Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, January 23, 2009

Maklumat Perbicaraan Perhimpunan Ulangtahun BERSIH


Pertuduhan Pertama

Bahawa kamu bersama-sama pada 9 Oktober di antara 9.50 malam hingga jam lebih kurang 10.10 malam di Laman MBPJ berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya , di Jalan Yong Shook Lin, dalam Bandaraya Petaling Jaya, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengambil bahagian dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis (Akta 334) yang boleh dihukum d bawah Seksyen 27 (8) Akta yang sama.

Hukuman:

Jika didapati bersalah, kamu boleh disabitkan dengan denda tidak kurang dari dua ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun.





Pertuduhan Kedua

Bahawa kamu bersama-sama pada 9 Oktober di antara 9.50 malam hingga jam lebih kurang 10.10 malam di Laman MBPJ berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya , di Jalan Yong Shook Lin, dalam Bandaraya Petaling Jaya, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, sebagai anggota satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, dan telah didapati mengingkari perintah untuk bersurai yang diberikan oleh Supt Mohamad Shukor bin Sulong, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 27 (4) Akta Polis 1967 (Akta 334) yang boleh dihukum d bawah Seksyen 27 (8) Akta yang sama.

Hukuman:

Jika didapati bersalah, kamu boleh disabitkan dengan denda tidak kurang dari dua ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun.




Mereka yang Tertuduh:
1. Raman a/l Kanniayapan (29 tahun)
2. Ramish a/l Govinathan (28 tahun)
3. Augustine Gan Liam Tee (46 tahun)
4. Andrew Ng Yew Han (24 tahun)
5. Lau Weng San (30 tahun)
6. Ashok Kandiah a/l K.Shanmuganathan (36 tahun)
7. Lim Cheng Inn (58 tahun)
8. Paulino Francesco Miranda (43 tahun)
9. Ooi Suan Huah (58 tahun)
10. Ambrose Poh Teik Huat (44 tahun)
11. Johny bin Andu @ Abu Bakar Adnan (33 tahun)
12. Tiew Way Keng (27 tahun)
13. Thenagaran a/l Karpayah (40 tahun)
14. Ong Boon Keong (48 tahun)
15. Mohd Fasya b Mohd Tajudin (27 tahun)
16. Goh Jin Kiat (32 tahun)
17. Henry Hor @ Henry James Hor (61 tahun)
18. Mohd Khairul Anuar b Mohd Jamil (24 tahun)
19. Goh Chien Yee (24 tahun)
20. Pua Kiam Wee (36 tahun)
21. Liu Tian Khiew (50 tahun)


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com