Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, January 18, 2009

Perkukuh Agama Menjadi IsuTerpenting

Daripada pelbagai isu yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN), komitmen dalam perkukuhan Islam menjadi isu penting dalam menentukan undi.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh sebuah badan bebas, Merdeka Centre, 26% daripada responden merasakan isu perkukuhan Islam menjadi keutamaan. Selain itu, responden yang terdiri daripada pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu merasakan pengawalan inflasi (21%) dan membawa pembangunan berterusan (16%) memberi sdikit sebanyak mempengaruhi pengundian mereka.

Penyelidikian yang dijalankan di antara 7-11 Januari 2009 berpendapat 53% pengundi cina mahukan kerajaan baru member layanan yang lebih adil kepada kaum lain dan 18% daripada mereka merasakan membendung rasuah juga perkara yang mustahak.

Namun, penyelidikan tersebut mendapati peratusan berbelah-bahagi (50%) dalam mendapatkan pendapat mengenai kerajaan Negeri Terengganu sekarang yang menuju ke arah landasan yang betul.


Motivasi Undi

Dalam mengorek pendapat pengundi mengenai faktor-faktor yang memberi refleksi pengundian mereka, majoriti (77%) berpendapat kualiti calon menjadi perkara pokok. Motivasi lain mempengaruhi pengundi ialah isu semasa (55%) dan kebolehan parti yang bertanding (67%).

Daripada jumlah isu semasa, pengundi cina lebih cenderung kepada faktor layanan adil kepada kaum bukan Bumiputera. Mereka yakin dan bersetuju (75%) bahawa dengan mengundi calon selain daripada BN member isyarat kepada BN yang memegang pemerintahan sekarang.

Dalam soalan lain, pengundi Cina (56%) dan Melayu (46%) bersetju bahawa dengan mengundi pihak alternatif boleh memperbetulkan sikap BN selama ini.

Mengenai pelaksanaan hukum Hudud, perkara tersebut hanya mampu mempengaruhi minat satu setengah daripada jumlah responden pengundi Cina. Daripada jumlah tersebut, hanya 18% daripada mereka yang ditemuduga merasakan pelaksanaan Hukum Islam itu mustahak manakala 32% yang lainnya merasaka ianya ‘agak penting’.

Bagi pengundi Melayu pula, perkara yang berhubung dengan kuasa politik Melayu tidak menjadi perkara pokok. Hanya 17% daripada pengundi Melayu merasakan “kuasa politik Melayu dilemahkan oleh desakan kaum bukan-Melayu selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu” malah 74% pengundi Melayu merasakan kuasa politik Melayu dilemahkan oleh sikap pemimpin yang makan rasuah dan mementingkan diri sendiri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com