Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, January 07, 2009

Apabila Kapitalisme Jadi Pegangan Agama Barisan Nasional



Perhatian: Tidak dibenarkan mengulang siaran gambar-gambar ini tanpa kebenaran pemilik blog ini, terutama sekali tabloid parti politik


Jumlah pengundi di P036 Kuala Terengganu ialah 80,229 di mana Melayu: 88.2%, Cina: 10.9%, India: 0.6% dan lain-lain: 0.3%.

Maknyanya pengundi Melayu di Kuala Terengganu yang rata-rata beragama Islam. Ini bermakna, masing-masing akan menunjukkan bahawa mereka mewakili agama Islam.

Tetapi siapakah benar-benar Islam? Secara nama sahaja PAS adalah singkatan kepada Parti Islam se-Malaysia manakala Umno yang meletak calon untuk BN bermaksud United MALAYS Nations Organisation. Moto Umno ketika mulanya ialah 'Hidup Melayu'.

Apa yang lebih menakutkan semasa aku tiba di Terengganu ialah billboard di merata-rata Kuala Terengganu yang bertulis "Islam Hadhari, Terengganu Bistari".

Maknanya, Terengganu di bawah pemerintahan BN mempunyai agama yang aku tidak pasti sumbernya. PAS pula sering merujuk kepada ayat al-Quran dan Hadith yang jelas aku boleh merujuk di kitab suci (sudah tentu melalui perterjemahannya).


Kita lihat pula manfesto masing-masing:

PAS : "PAS Komited, Meskipun Pilihanraya Tempang dan Curang, PAS adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai keadilan sejagat. PAS terus akan menyertai pilihanraya meskipun ia curang dan tempang, bagi memperjuangkan keadilan dan membenteras kezaliman dalam proses ’semak-imbang’ yang dianjurkan oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub dalam ayat Surah Al-Baqarah: ayat 251.
”Kalaulah Allah tidak menolak dan mengimbangi kezaliman sesetangah manusia dengan golongan lain, maka rosak dan musnahlah seluruh muka bumi ini”.

Sejak lebih 50 tahun, PAS telah membuktikan komitmen kami terhadap mempertahankan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan kesucian Islam, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran getir, rintangan dan ujian bersaing di atas padang politik yang tidak sama-rata."

Umno: "Kita akan mengumpulkan senarai anak-anak yang diletakkan pusat jagaan bagi dituntut bayaraan sebanyak RM75 yang dijanjikan, kita akan kumpulkan senarai anak-anak di Tadika bagi dibayar RM50 sebulan seperti yang dijanjikan. Jika ini tidak dapat ditunaikan, kita gegarkan pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini janji mereka," katanya sambil disambut tepukan hadirian yang melaungkan slogan Hidup Melayu dan Hidup UMNO."

Semasa perhimpunan Agung Umno 2006, isu kapitalisme menjadi antara perkara pokok yang menjadi cabarannya;

"Fahaman demokrasi liberal dalam politik, dan kapitalisme globalisasi dalam ekonomi merupakan dua cabaran bagi orang Melayu dan UMNO."

Jadi, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, demokrasi liberal dan kapitalisme global ini bukan saja mencabar amalan politik dan ekonomi orang Melayu, tetapi menyentuh dua ciri yang menjadi sosok Melayu itu sendiri.

Semasa Muktamar PAS 2008, ucapan dasar Presidennya menyebut:

"Marilah kita sama-sama terus memperteguh dan memacu jamaah kita untuk berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran yang akan sentiasa ada di hadapan kita. Pelbagai ujian pula akan datang dari segenap sudut perjalanan perjuangan sehingga ke hari Kiamat. Marilah juga kita sama-sama mengikhlaskan niat dan amal perbuatan kita semata-mata kerana Allah, untuk melaksanakan tugas dan amanah yang amat berat di muka bumi ini."




Taman Tamadun Islam

Salah satu isu yang bakal menjadi asset kepada Pakatan Rayat ialah projek Taman Tamadun Islam yang menelan belanja lebih RM200 juta yang dipenuhi dengan monumen-monumen hebat dari seluruh dunia. Kesemua monumen tersebut dihimpun di Pulau Wan Man yang teletak tidak jauh dari Kuala Terengganu.

Perbezaan ketara di antara ketamadunan sesungguhnya bukan terletak pada pembangunan semata-mata. Kegahan monumen di Pulau Man dengan keadaan pondok-pondok buruk penduduk di tepian pulau seperti ‘langit dan bumi’. Perbelanjaan dalam pembinaan Masjid Kristal (sebahagian daripada prjek di dalam Taman Tamadun Islam) mampu menyeleisaikan krisis kemiskinan di sekitar Pulau Wan man dan Duyong. Bagaimana pula sekiranya dikumpul seluruh kos pembinaan Taman Tamadun Islam yang berjumlah RM270 juta (malah ada sumber yang mendakwa perbelanjaan tersebut berkali ganda lebih besar?

Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.

“Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.

“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,” kata Dato’ Abu Bakar Chik seperti yang dipetik dalam Tranungkite.

Selain Wan Farid, pihak yang mendapat untung besar dalam projek ini ini ialah Patrick Badawi atau nama penuhnya Lim Soo Kit, Idris Jusoh dan tempias kepada kroni dan Umno.

Sumber Tranungkite juga mendakwa bahawa Patrick yang membolot projek-projek di Taman Tamadun Islam (termasuk Masjid Kristal) di Pulau Wan Man dan Monsoon Cup di Pulau Duyung, dan kemudiannya menyerahkan pengurusan kedua-dua pulau itu kepada PERMINT.

Sungguhpun Patrick ‘menghilang diri’ selepas pilihan raya lalu, namanya sering dikaitkan kerana keakraban beliau dengan Wan Farid. Bahkan Wan Faridlah yang memperkenalkan Patrick dengan Perdana Menteri; sehingga beliau dikenali sebagai Patrcik Badawi.

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga telah mengkritik hebat dengan menegaskan, bahawa Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan perniagaannya , Patrick Lim. Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh akhbar Singapura, The Straits Times 23 September 2006.

"Ini adalah Perlembagaan baru yang telah diubah tanpa pengetahuan Parlimen. Perlembagaan baru berkata menantu dan Patrick Lim sedang memerintah Terengganu," sindir bekas Perdana Menteri itu lagi.

Walaupun dikatakan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam T-Best Event Sdn Bhd, syarikat pengendali kejohanan tersebut, namun umum mengetahui ‘Monsoon Cup itu adalah Patrick Lim’.

Perjanjian yang dimeterai semasa pentadbiran Idris Jusoh menyatakan bahawa Patrick Badawi akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk lapan tahun lagi. Ini bermakna Patrick akan memperolehi pendapatan sebanyak RM300 juta setahun bagi penganjuran Monsoon Cup selama lapan tahun.

Sungguhpun Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menyatakan bahawa Piala Monsun tiada mempunyai rasuah, kredibiliti BPR yang dipecahkan oleh DAP melalui perbahasan di parlimen menunjukkan BPR tidak berwibawa sehingga Perdana Menteri Abdullah Badawi terpaksa membentangkan Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada siding yang baru berlalu.




Akta Polis

Sewaktu aku berarak, aku mula terfikir di dalam benak: ada sesiapa dalam kumpulan yang berarak ini memohon permit polis untuk perhimpunan ini?

Menurut akta;

"Aunlawful assembly occurs when any assembly, meeting or procession takes place without a licence (commonly referred to as "police permit") issued by the Police, or when three or more persons taking part in the assembly neglect or refuse to obey any order given by the Police under specific provisions of the Police Act."

[Section 27 (1)-(3), (5) PA 1967]

Jumlah Kehadiran

Untuk pengetahuan, melalui laporan Malaysiakini;

There are conflicting reports on the size of the crowd with one reporting that the police estimated 20,000 PAS supporters and 4,000 BN supporters had gathered for the nomination.

However, Star reported there were 30,000 BN supporters and 15,000 PAS supporters.

Aku dapat mengganggarkan perhimpunan dari kumpulan Pakatan Rakyat mencecah 10,000 orang. Aku tidak dapat menganggarkan perhimpunan dari pihak Barisan Nasional kerana mereka berarak dari laluan berasingan.

Tetapi, melalui kotak-kotak air minuman dan jeli yang diberi percuma kepada penyokong BN, boleh dianggarkan bekalan tersebut boleh memenuhi lima lori satu tan. Para penyokong berduyun-duyun mengendong (ada yang memikul kotak-kotak tersebut) pulang menaiki bas ekspress. Mereka makcik-makcik yang berpakaian kurung putih, berkain dan tudung merah (dipercayai penyokong Wanita Umno berdarah biru) dan mereka bert-shirt Putera yang terdiri daripada budak-budak muda 18 tahun.

(Mungkin) daripada perspektif aku, mereka menganggarkan ribuan yang akan ikut berarak.

Melihat kepada bekalan-bekalan tersebut, apalah salahnya jika barang-barang itu dihantar untuk bekalan mangsa di Semenanjung Gaza yang putus bekalan.

Menurut Utusan Malaysia, 6,000 polis dilaporkan bertugas di pilihan raya kecil ini. Takkan seorang pun daripada mereka ini terperasan bahawa kehadiran pada hari penamaan calon melebihi tiga orang?


Polis sepatutnya menyokong pemansuhan akta polis atau sekurang-kurangnya meneliti cadangan Suhakam melalui laporan mereka di dalam laporan Freedom of Assembly (2001).

Sejarah Pilihan Raya Kuala Terangganu

Pilihan Raya di Kuala Terengganu mempunyai latarbelakang yang sungguh pelik kerana kawasan ini sering bertukar tangan. Ini menunjukkan bahawa pengundi di Kuala Terangganu amat peka kepada wakil rakyat yang mampu memberi kepentingan kepada mereka.

Pada PRU pertama pada 1959, sebahagian kerusi ini yang dikenali Kuala Terengganu Selatan dimenangi Dato’ Onn Jaafar dari Parti Negara dengan bantuan PAS. (Kuala Terengganu Utara dimenangi oleh Almarhum Hassan Adli - PAS), 1990 kerusi ini dimenangi oleh Dato’ Manan Osman dari Semangat 46 yang ketika itu menjalin kerjasama dengan PAS.

Sejak pilihanraya umum 1986, Parlimen Kuala Terengganu dimenangi silih berganti oleh BN dan pembangkang. Pada tahun berkenaan, kerusi tersebut dimenangi calon BN Datuk Zuber Embong.

Bagaimanapun beliau tewas kepada calon Parti Semangat 46, Datuk Manan Othman pada 1990.

Manakala dalam pilihanraya umum 1995 pula, ia dirampas semula BN melalui calonnya Datuk Abu Bakar Daud.

Bagaimanapun, ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS, Syed Azman Ahmad Nawawi merampas kerusi tersebut pada 1999 sebelum dimenangi Razali dua kali berturut-turut pada 2004 dan 2008 hanya dengan majoriti tipis 628 undi.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com