Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, December 24, 2008
Hentikan Segala Usaha Burukkan Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan
Ahli Jawatankuasa JERIT semasa sidang media
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Polis yang masih tidak mahu menerima hakikat mengenai kempen Rakyat Pengayuh Perubahan yang dijalankan dari 3 hingga 18 Disember 2008. Kenyataan polis berbau "malafide" dan penuh dengan putarbelit fakta.
JERIT ingin membuat penjelasan seperti dibawah untuk memberikan gambaran sebenar dan terpulang kepada rakyat untuk menentukan pihak mana yang bercakap benar.
*1. **Isu Sultan Selangor kecewa dengan tindakan sesetengah pihak memperalatkan kanak-kanak dan telah mengarahkan polis mengambil tindakan tegas.*
JERIT berpendapat Baginda Sultan Selangor telah diberikan gambaran yang tidak betul dan berat sebelah oleh Ketua Polis Selangor dan ini mungkin telah mempengaruhi pandangan Tuanku. JERIT akan menulis kepada Tuanku untuk memberikan gambaran yang sebenar.
2. *Isu JERIT menggunakan dan menindas kanak-kanak untuk kepentingan kempen JERIT. *
Mereka yang menyertai kempen Rakyat Pengayuh Perubahan adalah dalam lingkungan umur 14 tahun keatas hingga 40 tahun. Isu yang diungkitkan oleh polis hanya meliputi sebahagian pengayuh basikal antara umur 14 sehingga 18 tahun. Setakat ini tidak ada seorang pun kanak-kanak atau ibubapa yang membuat aduan kepada pihak polis atau pihak ketiga mengenai JERIT.
Kanak-kanak yang dibenarkan menyertai kempen basikal JERIT adalah mereka yang berumur 14 tahun ke atas dan jika mereka adalah pelajar sekolah, mereka mesti mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga.
Sebelum JERIT memulakan ekpedisi ini, JERIT telah memperolehi nasihat pakar mengenai kempen ini. Antara tindakan yang diambil oleh JERIT ialah semua basikal dan penunggang mempunyai peralatan yang selamat seperti topi dan seluar berbasikal. Kami juga tidak melakukan sebarang aktiviti berbasikal pda waktu malam, sentiasa mengikuti peraturan lalulintas dan tidak menggunakan lebuhraya. (Menunggang dilebuhraya adalah melanggar kod etika lebuhraya)
Selain daripada itu, JERIT juga telah mendapatkan insuran keselamatan untuk peserta kempen ini. Malah, mereka juga ditegah berbasikal dalam jarak yang jauh. Sepanjang kempen, tidak ada seorang pengayuh pun yang ditimpa kemalangan atau dimasukkan ke hospital kerana berbasikal. Semasa polis mula memberikan amaran mengenai isu kanak-kanak, JERIT sekali lagi telah meminta ibubapa dan kanak-kanak tersebut membuat keputusan samada mereka
hendak meneruskan kempen atau berundur. Hampir kesemua ibubapa dan kanak-kanak mahu meneruskan kempen.
Pada masa yang sama, beberapa ibubapa kanak-kanak yang tidak berpuashati dengan tindakan polis kononnya menyelamatkan anak mereka dan menempatkan anak mereka dibawah jagaan Kebajikan di Balai Polis Rawang bercadang menyaman pihak polis. Tindakan ini adalah tindakan bebas ibubapa kanak-kanak tersebut.
JERIT juga berpendirian kenyataan pihak polis menafikan hak untuk kanak-kanak terlibat dalam aktiviti atas kerelaan sendiri dan ini melanggar Konvensyen hak kanak-kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) di mana, Malaysia adalah salah satu Negara yang menandatanganinya. Dalam Konvensyen tersebut menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara seperti yang termaktub dalam Artikel 13, manakala Hak berhimpun dan menyertai sebarang persatuan juga termaktub dalam Artikel 15, CRC.
Selain daripada itu, Kenyataan Ketua Polis Negara bahawa kanak-kanak terlibat dalam demonstrasi adalah amat tidak tepat kerana sepanjang program, kanak-kanak dibawah umur 18tahun tidak terlibat dalam perhimpunan. Malah sepanjang program dua minggu ini, tidak pernah sekali pun polis mengistiharkan mana-mana aktiviti ini sebagai perhimpunan haram seperti yang termaktub dalam Akta Polis Seksyen 27.
Maka tuduhan yang kanak-kanak digunakan untuk demonstrasi tidak betul kerana , remaja dibawah 18 tahun hanya mengayuh basikal. Mereka tidak mengedarkan risalah pun, apatah lagi berdemonstrasi. Di hadapan parlimen pun tiada demonstrasi, hanya sambutan kepada para pengayuh yang sampai di Parlimen.
Maka kenyataan berdemonstrasi itu tidak tepat dan tidak boleh digunakan di sini, walaupun pada pendapat kami bahawa Perlembagaan Negara Perkara 10 memberi setiap rakyat Malaysia hak untuk berhimpun dan meluahkan pendapat secara aman.
*3, Hubungan dengan Hindraf*
Semua aktivis yang melibatkan diri dengan JERIT sudah lama berkecimpung dengan JERIT sejak 2002 dan pihak polis memang arif tentang itu. Adalah satu malapetaka kepada risikan polis(intelligence) andaikata JERIT dapat dikatakan mempunyai kaitan dengan Hindraf. Namun, kami tidak menafikan bahawa ramai organisasi menyokong tuntutan JERIT.
JERIT tidak mempunyai sebarang hubungan dengan HINDRAF. Namun, adalah menjadi satu taktik kotor polis sejak dulu lagi untuk cuba mengaitkan satu kumpulan dengan sebuah kumpulan yang sudah diharamkan.
Ahli Parlimen bersama peserta kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan"
*4.Kenyataan IGP mengenai democracy" dan hipokrasi?*
Sebenarnya IGP adalah seorang hipokrit. Ini adalah kerana pada 18hb. Disember 2008, tidak ada sebarang perhimpunan diluar Parlimen malah satu upacara telah dirancang didalam di dewan serbaguna di Parlimen. Namun demikian, pihak polis tidak membenarkan program ini berjalan dengan lancar dan telah membuat sekatan jalanraya, menghalang penunggang basikal dan membuat keadaan di sekitar parlimen kecoh dan tegang. Justeru itu, pihak polis bertanggungjawab menjadikan keadaan aman ini "crazy".
Selain daripada itu, Tuan IGP sendiri telah diberi surat bertarikh 28/11/2008 yang telah dihantar melalui tangan ke pejabat IGP. JIka IGP seorang yang ikhlas, beliau akan berdialog dengan JERIT untuk mencari jalan bertamadun untuk membolehkan program ini berjalan.
Pihak wakil JERIT juga sehari sebelum program 18 Disember 2008 juga telah mengatakan perbincangan dengan Pemangku CPO Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur dimana segala rancangan untuk 18hb. Disember 2008 dibincang. Malah wakil JERIT sepanjang program ini telah mengadakan perbincangan dengan banyak Pegawai Polis dan Ketua Polis Daerah sepanjang program. Justeru itu, memang ada hubungan antara JERIT dengan polis. Oleh yang demikian adalah amat baik untuk IGP menilai kembali kenyataan beliau.
Namun demikian, polis bertindak seperti ahli politik apabila mengambil pendirian untuk menghalang kempen ini walaupun tidak ada isu keselamatan yang benar yang wujud. Polis sepatutnya bersikap neutral dan bebas (independent) . Polis tidak perlu mengarah Majlis Penguam bersikap independent kerana Majlis Peguam adalah sebuah badan yang mempunyai
kredibilitii tinggi di kalangan rakyat berbanding dengan instutusi polis.
Bagi kami, nampaknya pihak polis yang tidak bertindak secara independent dan mengambil sikap berat sebelah.
1. *Penghargaan*
JERIT mengucapkan terima kasih kepada Majlis Peguam, SUHAKAM dan lebih 40 organisasi lain yang telah menyokong kempen JERIT. Selain daripada itu, Menteri Besar Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang juga telah menerima dan memberikan sokongan kepada kempen ini.
Namun demikian, JERIT ingin mengatakan terdapat juga ramai pihak polis yang bertindak mengikut budi bicara dan telah berkelakuan profesional dan membolehkan kempen ini berjalan dengan baik. Namun terdapat segelintir pegawai polis yang telah menerima arahan dari Bukit Aman yang telah bertindak ganas, iaitu diluar bidang kuasa mereka.
Sehubungan dengan ini, JERIT meminta pihak polis untuk menghentikan usaha-usaha untuk memburukkan kempen JERIT Rakyat Pengayuh Perubahan. Kempen ini telah dijalankan dengan tujuan untuk menyebarkan mesej kesedaran mengenai isu rakyat.
Sekian terima kasih. Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2009.
Heheh...me in the middle
Yang benar,
Jawatankuasa Nasional JERIT
Labels: malaysian police, Police Act, police brutality, reformasi polis
0 Comments:
Post a Comment
<< Home