Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, December 08, 2008

Pameran Fotografi KERJA-KERJA KEBEBASAN

Alhamdulillah, semua acara yang diselitkan dalam pameran fotografi KERJA-KERJA KEBEBASAN yang dianjurkan oleh FAN Malaysia 1-7 Disember lalu berjalan lancar.

Kesemua acara dijalankan di Galeri Pelita Hati, Bangsar.

MALAM MENCARI KEBEBASAN 5 Disember 2008



Aku agak takut juga bila kita mulakan acara pada 5 Disember dengan mengadakan persembahan solo Black melalui "Malam mencari Kebebasan" kerana banyak acara berlangsung pada waktu yang sama; pelancaran buku Bogging and Democratization di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL dan pelancaran buku hantu Danny Lim di Bau-bau Cafe.

Aku tahu Black pun rasa kecut bila apa yang akan berlaku apabila tiada orang yang akan datang.

Aku kata, "kau goreng aje gitar kau, kalau tak ada orang dengar, aku akan dengar."

Tapi bila jam masuk 8.45 malam, kelibat demi kelibat hadir dan majlis menjadi sungguh meriah.

Sungguhpun aku letak Black betul-betul di bawah hawa dingin, Black berpeluh. Mungkin suaranya keluar dari perut dan perutnya banyak beban lemak sekarang.

Sandwich dan air punch yang aku buat setiap malam licin. Puas hati aku!

Black mengundang beberapa rakannya untuk turut menghiburkan; Rahmat dan Man, Meor sebagai sessionist serta Abroco.

Fahmi Reza juga hadir untuk membuat rakaman majlis tersebut. Mungkin untuk filem terbarunya, "Revolusi 48".


RABAK AKUSTIKA 6 Disember 2008





Pada hari berikutnya, aku anjurkan satu lagi majlis dipanggil 'Rabak Akustika' menonjolkan Meor. Oleh kerana persembahan sehingga 3 jam, meor juga menjemput rakan-rakan buskernya seperti Azmyl Yunor (you rock dude), Nik, Black, Rahmat Haron, Hishamuddin Rais dan lain-lain.

Bagi kedua-dua majlis, hadirin boleh dikatakan sekitar 30 orang. Baguslah, kalau 35 orang datang, mana mereka nak duduk? Aku pulak kena buat refil air.




Aku perasan, mereka yang setia datang ke galeri ialah Puspa, Black, Meor dan Syul.
MALAM PENYAMPAIAN HADIAH 7 Disember 2008

Pada malam penghabisan, majlis agak formal. Aku hiaskan seluruh galeri dengan lilin-lilin IKEA. Aku agak orang ramai sudah pulang ke kampung kerana keesokan harinya ialah Hari Raya Aidil-Adha. Tapi ternyata, setiap malam, aku lihat crowd berbeza.

Aku kira malam tersebut merupakan malam terakhir Azmyl membuat persembahan live kerana beliau akan berhijrah ke Melbourne untuk busking. Some people I don't understand! I'm going to miss u dude, but we can still facebooking right?

Rozhan datang untuk deklamasi sajaknya. Terima kasih daun keladi.

Sehari sebelum malam penyampaian, aku ditelefon pemilih galeri.

"So, how's preparation for tomorrow?"

Aku: "Ok"




"I am quite curious about your installation (aku membuat sebuah arts installation bertajuk The Yellow Wave). Menteri ok ke?"

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Aku: "Kenapa pulak? Ada masalah ke?"

" I have no problem. I takut ada seorang lagi Menteri kena pecat nanti".

Aku bertanya diri sendiri, kenapa pulak arts installation aku boleh membuatkan seorang menteri dipecat?

Aku beritahu, "I don't see why. And I don't think I will put down the installation."

Walau bagamana pun, Tan Lian Hoe tidak dapat hadir kerana kesihatan dan wakilnya, Jayanthi (seorang peguam hak asasi manusia) amat tertarik dengan pameran tersebut.

Crowd pada malam itu mencecah 50 orang. Aku terharu.

Inilah pertama kali aku melibatkan secara langsung dalam pameran seni, menjadi kurator dan membuat instalasi seni. Ini semua galakan budak-budak dari Studio Di Kala Jingga.

Mereka yang menang:

1. Ahmad Fadzil
2. Amin Iskandar
3. Danny Lim
4. See Tho
5. Tan Seng Keat
6. Suzairi
7. Wong
8. Natrah Mat Jan
9. Kharis

Tahniah kepada mereka semua!

Apa yang lebih aku terharu ialah kebanyakan yang melibatkan diri dalam pameran ini tidak meminta bayaran. Aku tak tahu macam mana nak bayar korang semua. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

PS: Personal thanks to Lai-Ming who came very early and waited until the end of the function to clear up everything. From bottom of my heart, I thank you.


Labels: , , ,

2 Comments:

At 11:33 pm, Blogger hegira said...

datang hari jumaat. memang best!

 
At 8:08 pm, Anonymous Anonymous said...

alamat web aku salah tu.hehe

www.digitaldome.com.my

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com