Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, December 03, 2008

LOS DAN FAUN: Rumah siapa ni ada parking helikopter?


Aku dijemput oleh Afdlin untuk menonton filem terbaru beliau bertajuk Los dan Faun. Filem mengisahkan mengenai dua orang budak kampung, seorang budak Melayu dan seorang budak Serani berketrunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini.

Tayangan preview diadakan di Cathay Cineleisure, Damansara pada 14 November lalu. Ramai teman-teman blogger hadir. Panggung penuh dengan teman wartawan dan rakan dalam industri filem. Ramai antara mereka yang sememangnya begitu rapat dan menyokong kerja-kerja Afdlin sebelum ini. Cuma pelakon Erra Fazira tidak hadir kerana terlibat dalam pembikinan lain.

Filem ini sudah lama disiapkan sewaktu Allahyarhamah Yusni Jaafar masih sihat dan sempat menyiapkan filem tersebut sebelum kembali ke rahmatullah. (semoga beliau diletakkan bersama orang-orang yang beriman)

Kelakar dalam filem ini sungguh menggeletek. Bukan seperti lawak Senario atau pun Razak Mohideen.

Terdapat sebuah rumah yang dirakam di dalam filem ini yang sungguh luas lengkap dengan lapangan helikopter. Aku terus bertanya rumah siapakan ini...tiada siapa yang tahu.

Faun diceritakan mempunyai kelebihan dalam mencari barang-barang hilang. Sememangnya kelebihan seperti ini dipunyai oleh sesetengah pihak yang datang secara natural dalam tubuh badan.

Penghijrahan Los dan Faun ke Kuala Lumpur berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru sahaja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu di mana kedudukan sebenar dompet sebenar. Tidak ada kemenyan, tidak ada ayam golek, tidak ada mentera untuk mencari barang-barang hilang, tidak ada voodoo.

Jadi, tidak perlu tanya Mufti untuk mengeluarkan fatwa. Hanya kelebihan yang dianugerahi Tuhan.





Kemahiran Faun di dalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan 'power of deduction' telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini. Perniagaan mereka semakin maju kerana setakat yang mereka lakukan, semua barangan hilang berjaya ditemui. Mungkin kuasa seperti ini digunakan untuk mencari Sharlinie.





Pada suatu hari seorang Datin (lakonan Erra Fazira) cuba mendapatkan perkhidmatan mereka dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang berjumlah RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia.

Malangnya, kuasa tersebut hilang dari Faun dan mereka terpaksa menyiasat kes kehilangan ini secara manual.

Apa yang aku tak faham ialah Datin sebenarnya bersekongkol dengan rakannya untuk mencuri jam tersebut, tapi jam tersebut telah hilang oleh rakan Datin yang menggantikan jam tersebut dengan yang tiruan.

Barisan Pelakon

Los dan Faun dibintangi oleh Hans isaac (Carlos Rodrigo Gunting), Adlin Aman Ramlie (Ahmad Faun), Afdlin Shauki (Tuan Soffaruddin), Erra Fazira (Jasmin), AC Mizal (Jefri), Stephen Rahman Hughes (Dick Johnson), Ida Nerina (Serena), Khir Rahman (Amran Akor), Allahyarhamah Yusni Jaafar (Kak Rokiah), Din Beramboi (Tukang kebun), Nell Ng (setiausaha Tuan Soffar), Fish (bapa Faun), Edwin Sumun (tuan kedai), Douglas Lim (Maitre'D) dan Rashid Salleh (pengurus restoran).

Filem ini diarah, diterbit dan mendapat idea asal dari Afdlin Shauki.

Ia akan berada di pawagam bermula 4 Disember ini.

Labels: ,

4 Comments:

At 5:24 pm, Blogger OrangGilak said...

soalan pertama: kenapa bila watak tu orang kampung, dia miskin?

soalan kedua: kenapa bila watak tu orang miskin, dia asal dari kampung?

soalan ketiga: kenapa bila watak tu orang kaya, dia ada gelaran datuk/datin?

 
At 7:31 pm, Anonymous Anonymous said...

solan keempat: kau dah makan belum?

 
At 3:02 pm, Blogger Unknown said...

Dear OrangGilak

That was a very good question.

Jawapan 1: Orang kampung agaknya tinggal rumah papan. Tapi tak semestinya miskin kan?

Jawapan 2: Sebab masa era Tun Abdul Razak, perkara ini terperasan dan ajak orang kampung datang ke bandar jad peneroka bandar. Lepas tu, diaorang dicp setinggan.

Jawapan 3: Orang kaya yang boleh beli title.

 
At 12:47 am, Blogger Nick said...

best ke cite ni bro?bila nk tayang?

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com