Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, November 26, 2008
Muzium Fatahillah – Satu Lagi Kekejaman Penjajah
Tanggal 22 November lalu, aku mengambil masa melawat sebuah muzim peninggalan penjajah belanda di Indonesia.Muzium Fatahillah yang terletak di bahagian selatan Jakarta ialah asalnya istana menginap bagi Gabenor pada waktu itu.
Muzium itu dibina sekitar kurun ke 16 iaitu semasa penjajahan Belanda (1619-1942). Pada ketika itu Jakarta dikenali sebagai Batavia. Sebelumnya, ia dikenali sebagai Sunda Kalapa (397-1527), Jayakarta (1527-1619) digunakan selepas pendudukan Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Peninggalan Belanda ini jelas dilihat pada reka bentuk bangunan di sekitar Kota dan Sunda Kalapa. Malah, menurut peta asal, ada satu kawasan kota ini dinamakan sebagai Melaka, empayar yang pernah dijajah oleh kuasa Eropah itu pada suatu ketika.
Muzium yang teletak di sebuah kawasan dipanggil Taman Fatahillah. Kawasan ini dataran menempatkan beberapa bangunan pentadbiran Belanda pada abad ke-18. Muzium Sejarah Jakarta yang asalnya Stadhuys atau Town Hall of Batavia, kini mempamerkan potret gabenor terdahulu dan perabot antik pada zaman kegemilangan Belanda.
Di kawasan pentadbiran tersebut juga ditempatkan tahanan-tahanan politik dan orang awam yang gagal membayar atau tidak mampu membayar cukai kepada kerajaan belanda.
Di bawah tanah bangunan menginapnya Gabenor (pada waktu itu Gabenor Coen yang merupakan Gabenor yang paling zalim di era penjajahan Belanda di Indonesia), ditempatkan tiga sel; dua untuk lelaki dan sebuah sel untuk wanita.
Saiz bagi sel lelaki amat kecil iaitu sekitar 8x4 meter termasuk tempat tidur dan membuang. Tahanan lelaki akan dirantaikan dengan bebola besi pada setiap waktu.
Saiz bagi sel wanita lebih kecil dengan keluasan yang sama tetapi 1.5 meter tinggi. Pada lazimnya, wanita akan ditahan selama setahun (maksima). Selepas mereka dibebaskan, mereka samada mengalami kegagalan otot kaki untuk bergerak dan virus penyakit. Kebanyakan daripada mereka akan membunuh diri selepas dibebaskan. Ramai juga tahanan wanita yang menjadi hamba seks kepada pengawal-pengawal yang ada di bilik bersebelahan.
Jalan masuk ke sel wanita
Sel lelaki yang sempit. Di dalam sel ini diletakkan peluru meriam yang dijumpai di sekitar Jakarta
Tahanan wanita disimpan selalunya selepas gagal untuk mencari lelaki sebagai ketua rumah yang selalunya sudah melarikan diri.
Perigi Maut
Terdapat dua kaedah lain yang digunakan oleh pihak penjajah Belanda pada ketika itu selain daripada menggantung di hadapan khalayak ramai.
Tempat tahanan politik dilemaskan dan diseksa
Di kawasan tengah kawasan pentadbiran, terdapat sebuah lubang seperti perigi. Perigi buatan manusia itu digunakan untuk membunuh tahanan politik dengan pelbagai alasan. Pada satu-satu masa, seramai lapan orang akan dimasukkan ke dalam perigi tersebut dan dicurahkan air setinggi 3 meter. Kemudiannya, mereka diseksa dengan memasukkan lintah.
Selepas semuanya mati, penghadang air akan dibuka dan mayat-mayat mangsa akan mengalir keluar ke laut yang pada ketika itu sejauh 100 meter.
Di hadapan luar sudut kanan pentadbiran juga terdapat sebuah lagi longkang besar yang boleh memuatkan kira-kira lapan orang dan menggunakan kaedah yang sama.
Sebuah lagi tempat seksaan
Aku teruja apabila melawat muzim seperti ini. Semasa aku di Jerman, aku juga berpeluang melawat sebuah penempatan di mana tahanan-tahanan politik diseksa.
Kamar-kamar Coen
Kami dibawa ke tingkat atas bangunan di mana tedapat lima kamar; sebuah untuk Coen, kamar anak, dewan makan untuk pelawat, dewan makan untuk anak-anak dan ruang umum sperti koridor untuknya berucap dengan penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Kamar tidur anak-anak Gabenor
Di tingkat atas dari kamar tidur Coen tedapat tangga yang yang menuju ke loteng yang diletakkan loceng besar.
Kamar Coen yang mempunyai pintu ke loteng berhantu
Khabarnya, loteng tersebut berhantu kerana isteri Coen dan sorang lagi membunuh diri mereka di tempat itu.
Kurator muzium itu juga dengan senang mambawa kai melihat koleksi-koleksi barang purba yang dijumpai di sekitar Jakarta yang dimuatkan di situ. Antaranya, sauh besar (aku tidak dapat bayangkan saiz kapal pada waktu itu dengan saiz sauh sebegitu besar) dan batu-bata selepas beberapa bangunan diletupkan oleh tentera Jepun yang mengambil alih.
Kami juga diceritakan meriam unik seberat 3 tan dimana ia mampu membuatkan wanita yang gagal mendapat anak hamil. Meriam tersebut mampu menembak sejauh 250 meter.
Muzium Wayang
Di muzim wayang yang dahulunya merupakan gereja Belanda ialah tempatnya kepala Coen ditanam – di anak tangga gereja. Ia bertujuan untuk melaknat Gabenor tersebut. Jasadnya lain ditanam di kawasan pentadbiran Belanda.
Nak termuntah aku tengok karakter-karakter wayang kulit di Indonesia. Mentang-mentang mereka mempunyai ratusan budaya suku kaum.
Tempat kepala Coen ditanam
Jakarta sebenarnya kaya dengan bangunan bersejarah. Deretan bangunan lama bertaburan di kawasan pusat bandar, manakala vila milik keluarga kaya Belanda banyak terdapat di Menteng, sekali gus menukar wajah kawasan itu kepada syurga kafe dan barangan antik yang menjadi tumpuan warga asing yang menetap di sana.
Malangnya, kebanyakan muzium ini tidak diselenggara dengan baik sehingga ada kalanya agak menyeramkan. Bagaimanapun, berapa kerat yang sanggup mengharungi kesesakan di utara Jakarta untuk ke kawasan kota, sedangkan daerah pusatnya penuh dengan pelbagai kompleks beli-belah?
1 Comments:
Wow, satu perjalanan yang sangat menarik dan membangkitkan emosi. Thanks for great pics and story!
Post a Comment
<< Home