Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, November 11, 2008
Kes Sharmila a/l Turaisingam: Mengapa Tiada Penangkapan?
Kenyataan Media
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan kes yang diterima oleh BERSIH berkaitan dengan sdri Sharmila Thuraisingam (No KP: 73xxxx145444) yang cuba untuk mendaftarkan dirinya sebagai pemilih di pejabat pos pada Disember 2007 tetapi diberitahu bahawa dia sudah pun didapati namanya berdaftar sebagai pengundi di Wakaf Zain DUN Salor dan Parlimen Kubang Kerian di Kelantan. Sharmila membuat laporan polis berkaitan dengan kesnya.
Sharmila mengesahkan bahawa beliau tidak berada di negara ini pada 10 Mac 1998 apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendakwa permohonannya sebagai pemilih.
Sharmila juga tidak pernah diambil kenyataan oleh pihak polis sejak beliau membuat laporan polis pada 12 Januari 2008.
Oleh yang demikian, BERSIH mendesak pihak polis segera menyiasat perkara ini dan pihak yang menyamar sebagai Sharmila perlu diambil tindakan tegas.
Berikut ialah jawapan Perdana Menteri pada 16 Oktober 2008 di Parlimen:
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil daripada siasatan polis berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Sharmila Turaisingam pada 12 Januari 2008 bahawa beliau tidak pernah berdaftar sebagai pengundi tetapi namanya terdapat di dalam senarai pemilih di Kubang Kerian, Kelantan.
JAWAPAN:
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kelana Jaya yang telah mengemukakan soalan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian telah membuat semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendapati bahawa SPR telah menerima satu permohonan pemilih di atas nama Sharmila Turaisingam pada 10 Mac 1998. Memandangkan penama telah menggunakan alamat Kg Wakaf Zain di dalam permohonan tersebut, SPR telah menempatkan nama beliau di Parlimen P.024 Kubang kerian dan N.17 Salur, Kelantan.
Pada 12 Januari 2008 pula, SPR menerima permohonan daripada Sharmila Turaisingam untuk menukar alamat melalui Pejabat Pos. Berdasarkan alamat yang terdapat di dalam kad pengenalan beliau, nama Sharmila Turaisingam telah ditempatkan di Parlimen P.104 Kelana jaya dan N.31 Subang Jaya, Selangor. Penempatan nama tersebut di dalam daftar pemilih SPR sehingga kini.
Tuan yang Dipertua,
Mengenai laporan yang dibuat oleh pengadu (Sungai Way Report:35/08), perkara ini masih dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Labels: Abdullah Ahmad Badawi, BERSIH, SPR
0 Comments:
Post a Comment
<< Home