Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, November 11, 2008
Belajar Gitar
Aku membuat keputusan untuk belajar bermain gitar. Nak buat keputusan untuk belajar pun agak susah kerana jadual aku yang ketat.
Namun selepas menerima tawaran dari artis rakaman Meor, aku bersetuju. Memandangkan Meor memberi komitmen untuk datang ke KL setiap hujung minggu (untuk mengajar aku), aku terpaksa memberi komitmen yang sama kepada beliau (dan diri aku).
Belajar dengan Meor agak mudah. Dia tak bagi aku tertekan bila belajar. Relaks.
Dari kelas pertama, aku sudah mampu untuk memainkan lagu Broery Marantika; Bunga Berkembang.
Tak Mahu Cabar Industri
Ramai yang mengetahui aku belajar gitar bertanya samada aku nak ceburi muzik industri. Apa lah punya pandangan !
Aku tak berhasrat langsung, bermain muzik hanya untuk diri sendiri, jiwa sendiri.
1 Comments:
nak join belajar jugak lah.
Post a Comment
<< Home