Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, November 23, 2008
Jakarta Kota Reformasi
Seperti sudah dirancang awal, aku dan beberapa wakil dari Malaysia berangkat ke Jakarta untuk menghadiri satu bengkel mengenai pilihan raya.
Bengkel ni bukannya untuk mencari strategi untuk menang pilihan raya tetapi untuk memastikan demokrasi diamalkan dalam pilihan raya sesebuah negara. Maaf, aku tidak dapat jelaskan dalam penulisan ini tentang isi kandungan bengkel, faktor penemuan kami dengan wakil-wakil pemantau dari negara lain.
Selain Malaysia, negara lain yang turut hadir ialah Bangladesh, Kemboja, Filipina, Sri Lanka dan tidak ketinggalan Indonesia sendiri.
Selain aku, Malaysia juga diwakili Wong Chin Huat dan Amin Iskandar.
Di dalam pesawat, kami semuanya tidur kerana semalamam tidak tidur kerana menyiapkan tugasan yang perlu agak urgent.
Layanan cukup bagus. Cuma hotel 5-Bintang, Hotel Borobudur yang aku menginap mahal kadar internetnya. Itu yang membuatkan seseorang bimbang.
Negara seperti Kemboja dan Indonesia agak bangga kerana mereka mempunyai sebuah sistem bagi mengkaji tingkahlaku pengundi di negara mereka.
Mereka dapat memeprolehi data pengundi mereka sungguhpun banyak rintangan geografi dan sebagainya. Bayangkan keadaan di Acheh.
Sungguhpun di Malaysia, sistem teknologi maklumat kita agak maju namun banyak kekangan lain yang menyukarkan kita tidak dapat membuat penilaian seperti mereka.
Aku pun sudah membentangkan sikap serta polisi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyukarkan badan bebas menjalankan penilaian.
Harap mereka faham bahawa kami bukan membuat alasan kosong.
Jadual agak ketat namun aku tak berasa tekanan. Mungkin sekretariat-sekretariat yang ada menghiburkan, juga fasilitator.
Labels: SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
0 Comments:
Post a Comment
<< Home