Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, December 01, 2008

Pameran ‘Kerja-kerja Kebebasan’


Pembantu kurator: Kechik dan Zul

Bersempena dengan ulangtahun ke-60 UDHR (Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat) dan Hari Hak Asasi Manusia yang jatuh pada 10 Disember, FAN Malaysia (Frederich Naumann Foundation Alumni Network) menyambutnya dengan mengadakan pameran dan pertandingan yang meraikan kebebasan dengan berkongsi fotografi mereka di bawah tema kebebasan.

Pameran akan berlangsung dari 1-7 Disember 2008 di Galeri Pelita Hati, No 22 Jalan Abdullah, off Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.

Sejak pertandingan ini diumumkan pada 15 November lalu, pihak jawatankuasa telah menerima sebanyak 14 penyertaan dari pelbagai latarbelakang fotografi.

Antara penyumbang karya mereka ialah Suzairi Zakaria, Danny Lim dan Amin Iskandar. Pameran ini juga menerima karya daripada jurufoto dasar laut, Shonny Loh dan dua jurufoto wanita; Natrah Mat Jan dan Loke Wan Kee.

Antara peristiwa yang dirakan melalui foto yang dipamerkan ialah Perhimpunan Aman BERSIH 10 November 2007, Perhimunan Hindraf 25 November 2007, kempen pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 dan protes keganasanjunta di Burma pada 5 Oktober 2007.

Sepanjang tempoh pameran, beberapa aktiviti telah dirancang. Antaranya:


1. 5 Disember 2008
Persembahan solo Black: MALAM MENCARI KEBEBASAN
Menampilkan rakan-rakannya; Rahmat Haron (mendeklamasi sajak), Abroco (penyanyi) & Syafiq Sunny (penyanyi).


2. 6 Disember 2008
Persembahan solo Meor: RABAK AKUSTIKA
Menampilkan Azmyl Yunor (penyanyi dan penulis lagu) dan Hishamuddin Rais (mendeklamasi sajak).



3. 7 Disember 2008
Pengumuman pemenang oleh YB Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Penerangan).
Pembacaan puisi kebebasan oleh Vovin dan Rozan.

Bagi kesemua aktiviti, masuk adalah percuma. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan. Karya-karya yang dipamerkan juga adalah untuk jualan.

Kurator bagi pameran ini ialah Faisal Mustaffa.

Siapa FAN Malaysia?

FAN Malaysia ialah sekumpulan aktivis Malaysia yang pernah menghadiri program yang dianjurkan oleh Yayasan Frederich Naumann di IAF, Gummersbach Jerman dalam pelbagai bidang.


Diharapkan Tuan dapat menghantar wartawan/jurugambar untuk membuat liputan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kurator pameran Faisal Mustaffa 019-2232002.


Sekian, terima kasih




Labels: , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com