

Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!

~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, December 03, 2008
LOS DAN FAUN: Rumah siapa ni ada parking helikopter?

Aku dijemput oleh Afdlin untuk menonton filem terbaru beliau bertajuk Los dan Faun. Filem mengisahkan mengenai dua orang budak kampung, seorang budak Melayu dan seorang budak Serani berketrunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini.
Tayangan preview diadakan di Cathay Cineleisure, Damansara pada 14 November lalu. Ramai teman-teman blogger hadir. Panggung penuh dengan teman wartawan dan rakan dalam industri filem. Ramai antara mereka yang sememangnya begitu rapat dan menyokong kerja-kerja Afdlin sebelum ini. Cuma pelakon Erra Fazira tidak hadir kerana terlibat dalam pembikinan lain.
Filem ini sudah lama disiapkan sewaktu Allahyarhamah Yusni Jaafar masih sihat dan sempat menyiapkan filem tersebut sebelum kembali ke rahmatullah. (semoga beliau diletakkan bersama orang-orang yang beriman)
Kelakar dalam filem ini sungguh menggeletek. Bukan seperti lawak Senario atau pun Razak Mohideen.
Terdapat sebuah rumah yang dirakam di dalam filem ini yang sungguh luas lengkap dengan lapangan helikopter. Aku terus bertanya rumah siapakan ini...tiada siapa yang tahu.
Faun diceritakan mempunyai kelebihan dalam mencari barang-barang hilang. Sememangnya kelebihan seperti ini dipunyai oleh sesetengah pihak yang datang secara natural dalam tubuh badan.
Penghijrahan Los dan Faun ke Kuala Lumpur berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru sahaja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu di mana kedudukan sebenar dompet sebenar. Tidak ada kemenyan, tidak ada ayam golek, tidak ada mentera untuk mencari barang-barang hilang, tidak ada voodoo.
Jadi, tidak perlu tanya Mufti untuk mengeluarkan fatwa. Hanya kelebihan yang dianugerahi Tuhan.

Kemahiran Faun di dalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan 'power of deduction' telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini. Perniagaan mereka semakin maju kerana setakat yang mereka lakukan, semua barangan hilang berjaya ditemui. Mungkin kuasa seperti ini digunakan untuk mencari Sharlinie.
Pada suatu hari seorang Datin (lakonan Erra Fazira) cuba mendapatkan perkhidmatan mereka dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang berjumlah RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia.
Malangnya, kuasa tersebut hilang dari Faun dan mereka terpaksa menyiasat kes kehilangan ini secara manual.
Apa yang aku tak faham ialah Datin sebenarnya bersekongkol dengan rakannya untuk mencuri jam tersebut, tapi jam tersebut telah hilang oleh rakan Datin yang menggantikan jam tersebut dengan yang tiruan.
Barisan Pelakon
Los dan Faun dibintangi oleh Hans isaac (Carlos Rodrigo Gunting), Adlin Aman Ramlie (Ahmad Faun), Afdlin Shauki (Tuan Soffaruddin), Erra Fazira (Jasmin), AC Mizal (Jefri), Stephen Rahman Hughes (Dick Johnson), Ida Nerina (Serena), Khir Rahman (Amran Akor), Allahyarhamah Yusni Jaafar (Kak Rokiah), Din Beramboi (Tukang kebun), Nell Ng (setiausaha Tuan Soffar), Fish (bapa Faun), Edwin Sumun (tuan kedai), Douglas Lim (Maitre'D) dan Rashid Salleh (pengurus restoran).
Filem ini diarah, diterbit dan mendapat idea asal dari Afdlin Shauki.
Ia akan berada di pawagam bermula 4 Disember ini.
Labels: Afdli Shauki, los dan faun
 
Saturday, June 28, 2008
Lagu-lagu Meriahkan SEPI

Tidak dapat dinafikan lagu dan irama menjadikan sesebuah filem itu lebih memberi makna dapat memberi penghayatan yang lebih bersama skrip yang mantap.
Terdapat 15 lagu dipilih untuk dimainkan di dalam filem ini. Lagu-lagu tersebut bukan hanya pernah dirakamkan malah ada juga dicipta khusus uNtuk filem ini.
Lagu-lagu baru yang dicipta untuk SEPI adalah hasil ciptaan komposer tempatan yang dinyanyikan oleh artis-artis seperti Pacai (Jatuh Cinta), Nora (Oh! Asmara - versi dialog), CRUSH! (Senyum Indah), Nieyl (Kita), Zaf & Lah VE Aku Bukan Untukmu) dan Hubuonen (Aku dan Bulan).
Nieyl dari program realiti TV Mentor diberi kepercayaan oleh Kye manakala penyanyi bersuara lunak Nora pula tampil dengan lagu berjudul "Oh! Asmara" hasil ciptaan sepenuhnya oleh Johan Nawawi. Uniknya, lagu ini turut menyelitkan petikan dialog daripada filem bagi menambah kelainan.
Lagu "Aku Bukan Untukmu" dinyanyikan oleh Lah dan Zaf sebenarnya pernah dinyanyikan oleh Rossa tetapi disusun semula dengan elemen R&B dan Acapella tanpa lari dari melodi asal.
Penyanyi berbakat dari seberang Gita Gutawa turut mewarnai filem ini dan juga album runut bunyi ini dengan lagi "Kembang Perawan" dan "Vocalizing". "Kembang Perawan" merupakan lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia - Melly Goeslaw.
Usaha penggubahan lagu-lagu ini diberikan tanggunjawab kepada Sony BMG Music Entertainment sehingga membuat keputusan untu menerbitkan album runut bunyi SEPI.
Album tersebut memuatkan 15 buah lagu artis termasuk Yuni Shara, Jaclyn Victor, Imran Ajmain, Aliff Aziz, Didicazli dan ramai lagi.
Melengkapkan album runut bunyi ini ialah sebuah puisi dari Baizura Kahar berjudul "Puisi Sepi".

Tracklisting:
1. Senyum Indah - CRUSH!
2. Jatuh Cinta - Pacai
3. Aku Bukan Untukmu - Zaf & Lah
4. Sepi - Yuni Shara
5. Kembang Perawan - Gita Gutawa
6. Oh! Asmara (versi dialog) - Nora
7. Puisi Sepi - Baizura Kahar
8. Kita - Nieyl
9. Vocalizing - Gita Gutawa
10. Aku dan Bulan 0 Hubuonen
11. Sayang-sayang 0 Aliff Aziz
12. Cinta Tiada Akhirnya - Jaclyn Victor
13. Seribu Tahun - Imran Ajmain
14. Hilang - Diddy
15. Seribu Kenangan - Didicazli
SEPI dibintangi oleh Afdli Shauki, Nasha Aziz, Vanida Imran, Eja, Pierre Andre, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Labels: Afdli Shauki, Eja, Nasha Aziz, Pierre Andre, Riezman Khuzaimi, sepi the movie, Vanida Imran