

Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!

~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, July 04, 2008
Tahniah Kepada Pemeang

Tahniah kepada pemenang tiket, beg sandang dan t-shirt SEPI di dalam peraduan yang dianjurkan oleh blog ini. Diharap agar semua pemenang berpuas hati menyaksikan filem tersebut.
1. Asyran Bin Shamsuddin (810427146135)
2. Ahmad Razif Sukiran (810920145443)
3. Zulhabri Bin Supian (810418055055)
4. Loo Chuan Boon (840504065265)
5. Azlina Mohadzir (781124 07 5034)
6. Noor Hazera binti Sohri (811018-08-5946)
7. Alex Yong (Kuala Lumpur)
8. Pang Khee Teik (Kuala Lumpur)
10. Mohd Fadzlie Hassan (Pantai Dalam)
11. Nurazmal Mohd Yusoff (Shah Alam)
12. Zulkiflee Zainul Abidin (Shah Alam)
13. Amin Iskandar (blackinkorea.blogspot.com)
14. Ying (Petaling Jaya)
Labels: sepi the movie
 
Saturday, June 28, 2008
Lagu-lagu Meriahkan SEPI

Tidak dapat dinafikan lagu dan irama menjadikan sesebuah filem itu lebih memberi makna dapat memberi penghayatan yang lebih bersama skrip yang mantap.
Terdapat 15 lagu dipilih untuk dimainkan di dalam filem ini. Lagu-lagu tersebut bukan hanya pernah dirakamkan malah ada juga dicipta khusus uNtuk filem ini.
Lagu-lagu baru yang dicipta untuk SEPI adalah hasil ciptaan komposer tempatan yang dinyanyikan oleh artis-artis seperti Pacai (Jatuh Cinta), Nora (Oh! Asmara - versi dialog), CRUSH! (Senyum Indah), Nieyl (Kita), Zaf & Lah VE Aku Bukan Untukmu) dan Hubuonen (Aku dan Bulan).
Nieyl dari program realiti TV Mentor diberi kepercayaan oleh Kye manakala penyanyi bersuara lunak Nora pula tampil dengan lagu berjudul "Oh! Asmara" hasil ciptaan sepenuhnya oleh Johan Nawawi. Uniknya, lagu ini turut menyelitkan petikan dialog daripada filem bagi menambah kelainan.
Lagu "Aku Bukan Untukmu" dinyanyikan oleh Lah dan Zaf sebenarnya pernah dinyanyikan oleh Rossa tetapi disusun semula dengan elemen R&B dan Acapella tanpa lari dari melodi asal.
Penyanyi berbakat dari seberang Gita Gutawa turut mewarnai filem ini dan juga album runut bunyi ini dengan lagi "Kembang Perawan" dan "Vocalizing". "Kembang Perawan" merupakan lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia - Melly Goeslaw.
Usaha penggubahan lagu-lagu ini diberikan tanggunjawab kepada Sony BMG Music Entertainment sehingga membuat keputusan untu menerbitkan album runut bunyi SEPI.
Album tersebut memuatkan 15 buah lagu artis termasuk Yuni Shara, Jaclyn Victor, Imran Ajmain, Aliff Aziz, Didicazli dan ramai lagi.
Melengkapkan album runut bunyi ini ialah sebuah puisi dari Baizura Kahar berjudul "Puisi Sepi".

Tracklisting:
1. Senyum Indah - CRUSH!
2. Jatuh Cinta - Pacai
3. Aku Bukan Untukmu - Zaf & Lah
4. Sepi - Yuni Shara
5. Kembang Perawan - Gita Gutawa
6. Oh! Asmara (versi dialog) - Nora
7. Puisi Sepi - Baizura Kahar
8. Kita - Nieyl
9. Vocalizing - Gita Gutawa
10. Aku dan Bulan 0 Hubuonen
11. Sayang-sayang 0 Aliff Aziz
12. Cinta Tiada Akhirnya - Jaclyn Victor
13. Seribu Tahun - Imran Ajmain
14. Hilang - Diddy
15. Seribu Kenangan - Didicazli
SEPI dibintangi oleh Afdli Shauki, Nasha Aziz, Vanida Imran, Eja, Pierre Andre, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Labels: Afdli Shauki, Eja, Nasha Aziz, Pierre Andre, Riezman Khuzaimi, sepi the movie, Vanida Imran
 
Tuesday, June 17, 2008
Peraduan Menangi Tiket Filem SEPI
Grand Brilliance (GB) dan Faisal Mustaffa Online bersetuju untuk menjadi salah satu penaja untuk tiket tayangan filem SEPI yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Jun.
SEPI menyajikan persembahan mantap daripada brisan pelakon pemenang anugerah dan terkenal tanahair seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusoff dan Riezman Khuzaimi. Filem ini juga menampilkan muka baru, Baizura Kahar dan Syed Hussein (bekas anggota Ruffedge).
Bagi memenangi tiket (untuk dua orang), t-shirt ekslusif dan beg SEPI, orang ramai dikehendaki menjawab dua soalan mudah dan menulis slogan.
Soalan peraduan:
1. Siapakan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekarang?
2. Namakan pencipta lagu 'Kembang Perawan' yang dipilih sebagai salah satu runut bunyi dalam filem SEPI?
3. Bagi saya, sepi ialah......... (sepanjang mana yang anda suka)
Jawapan yang paling tepat dan kreatif akan memenangi tiket (dua orang), t-shirt ekslusif SEPI dan beg sandang SEPI.
Keputusan Grand Brilliance dan Faisal Mustaffa muktamad.
Nayatakan nama penuh, no telefon, alamat surat-menyurat.
Hantarkan jawapan anda ke faisal.mustaffa@gmail.com dengan meletakkan tajuk "SEPI MEMELUKKU".
Tarikh tutup: 25 Jun 2008.
Labels: afdlin shauki, grand brilliance, sepi the movie, wan azizah
 
Wednesday, June 11, 2008
Peraduan Menangi Tiket Filem SEPI

Grand Brilliance (GB) dan Faisal Mustaffa Online bersetuju untuk menjadi salah satu penaja untuk tiket tayangan filem SEPI yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Jun.
SEPI menyajikan persembahan mantap daripada brisan pelakon pemenang anugerah dan terkenal tanahair seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusoff dan Riezman Khuzaimi. Filem ini juga menampilkan muka baru, Baizura Kahar dan Syed Hussein (bekas anggota Ruffedge).
Bagi memenangi tiket (untuk dua orang), t-shirt ekslusif dan beg SEPI, orang ramai dikehendaki menjawab dua soalan mudah dan menulis slogan.
Soalan peraduan:
1. Siapakan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekarang?
2. Namakan pencipta lagu 'Kembang Perawan' yang dipilih sebagai salah satu runut bunyi dalam filem SEPI?
3. Bagi saya, sepi ialah......... (sepanjang mana yang anda suka)
Jawapan yang paling tepat dan kreatif akan memenangi tiket (dua orang), t-shirt ekslusif SEPI dan beg sandang SEPI.
Keputusan Grand Brilliance dan Faisal Mustaffa muktamad.
Nayatakan nama penuh, no telefon, alamat surat-menyurat.
Hantarkan jawapan anda ke faisal.mustaffa@gmail.com dengan meletakkan tajuk "SEPI MEMELUKKU".

Labels: afdlin shauki, grand brilliance, Nasha Aziz, Pierre Andre, sepi the movie, Vanida Imran
 
Friday, May 30, 2008
Preview filem SEPI untuk Blogger

Kepada rakan-rakan blogger...
Anda dijemput untuk menyaksikan preview filem SEPI yang bakal ditayangkan.
Butir-butir tayangan preview:
TARIKH : 10hb Jun 2008
TEMPAT : GSC One Utama, Damansara (Hall 3)
MASA : 2.00petang – 6.00petang
PERHATIAN: Tempat terhad. Saya akan ikuti sistem 'siapa cepat dia dapat'.
Sekiranya anda berminat untuk menyaksikan tayangan ini pada 10 Jun secara percuma:
1. Emel kepada saya di faisal.mustaffa@gmail.com
2. Nyatakan alamat blog anda
3. Dapatkan balasan daripada saya; sekiranya anda blogger layak, anda akan menerima e-jemputan. Sekiranya tidak, saya akan maklumkan.
4. Cetak e-jemputan tersebut dan bawa pada hari tayangan.
5. Beri ulasan dalam blog masing-masing.
Labels: sepi the movie
 
Wednesday, May 28, 2008
FILEM SEPI: Semalam Memori, Esok Harapan
Pada 25 Mei (Ahad), aku meluangkan masa bersama kesemua ahli keluarga aku untuk menonton filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, 26 Jun akan datang.Kami menonton pada jam 9 pagi dan semestinya pada waktu seawal itu, kompleks membeli-belah One Utama lengang.
Sebelum tonton, kami sarapan nasi lemak di luar panggung dan ditambah lagi dengan pop-corn+coke di dalam panggung.
Mak aku begitu excited menonton filem jiwang selepas dia 'layan' bersungguh-sungguh "CINTA". Pakcik aku menangis di ruang hisap rokok.
SEPI ialah filem tiga cerita dalam satu. Setiap satu ada ceritanya tersendiri; masalah tersendiri'; karakter tersendiri.
Sekiranya CINTA dibuat sekitar Kuala Lumpur, penggambaran filem ini dibuat sejauh Taiping, Perak.
Aku akan menggunakan laman blog ini untuk menceritakan satu persatu kisah yang dipaparkan dalam filem ini sebelum ianya ditayangkan di pawagam. Aku juga akan melancarkan peraduan untuk pembaca-pembaca blog ini supaya mereka berpeluang menyaksikan filem ini bersama 'teman' masing-masing di pawagam.
Aku tahu, Nik Nazmi mesti layan leleh tonton filem ini. Dia 'feeling' bila tengok "CINTA" sebelum ini.
"Kau lebih feeling tengok yang ini."
Nota: Filem ini bukannya sambungan dari filem CINTA.
Labels: Cinta, grand brilliance, Nik Nazmi, one utama, sepi the movie