Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, August 04, 2008
SUSUK: Akhirnya Berjaya ke Layar Panggung
iJemputan yang aku terima untuk hadir ke preview filem kontroversi Susuk 30 Julai lepas di GSC One Utama tidak aku tolak memandangkan filem ini sememangnya aku nanti-nantikan.
Kedua-dua figur, Amir Muhammad (pengarah filem) dan Nizam Zakaria (penulis novel) ini aku memang kenal rapat dan faham pemikiran dalam menghasilkan karya-karya mereka.
Apabila Amir dan Nizam menyatakan bahawa mereka sedang dalam penggambaran filem mistik ini dua tahun lalu, aku takut file mini tidak akan Berjaya memasuki panggung kerana kontorversi-kontroversi yang mereka timbulkan dalam karya-karya mereka. Tapi aku bangga apabila mereka berjaya menambat Grand Brilliance (GB) untuk akhirnya menayangkannya.
Amir dalam ucapannya memberitahu bahawa beliau tidak terkilan apabila filem ini hanya mendapat dua potongan sahaja.
Amir ketika sidang media
“Lebih baik daripada diharamkan terus,” ucapnya secara seloroh.
Filem beliau sebelum ini, ‘Lelaki Komunis Terakhir’ mengundang kontroversi apabila diharamkan daripada tayangan akibat memaparkan pemimpin komunis ketika memperjuangkan kemerdekaan Malaya.
Pengurus Besar GB, Ahmad Puad Onah berkata, unsur mistikal yang dibayangkan dalam amalan susuk menjadi landasan untuk menarik minat penonton ke panggung. Ini ditambah dengan dunia seni sebagai latar filem yang menjadikan jalan ceritanya semakin menarik, selain penampilan Pelakon Terbaik Malaysia, Ida Nerina bergandingan dengan Diana Rafar yang tidak mengecewakan biarpun kali pertama mereka berdua muncul di layar perak bersama.
“Susuk, cukup dengan itu sebagai judul bagi sebuah filem, nyata menjadi kelebihan buat GB dalam memasarkan filem terbaru ini,” katanya dalam ucapannya di majlis pra tonton Susuk. “Unsur mistikal yang dibawa amalan susuk, ditambah dengan latar hitam dunia seni yang pada zahirnya nampak glamour dan indah, menambah lagi minat terhadap pembikinan Susuk.”
Susuk berkisar mengenai kehidupan dua watak misteri, Soraya iaitu seorang pelatih jururawat dan Suzana, seorang diva dunia seni. Soraya, gadis muda biasa yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai impiannya menjadi seorang bintang manakala Suzana harus berdepan dengan akibatnya apabila susuk yang diamalkannya untuk memelihara kedudukannya memerlukan dia mengorbankan nyawa.
Perjalanan yang mempertemukan dua watak ini bakal membongkar rahsia kehidupan serta misteri amalan susuk mereka.
Dalam ucapannya, Ahmad Puad mengakui elemen yang dibayangkan filem yang turut mengumpul nama-nama besar lain dalam dunia lakonan, antaranya Adlin Aman Ramlie, Sofea Jane dan Aleeza Kassim itu menyebabkan penonton serta pengkritik meletak harapan lebih tinggi untuk melihat sebuah karya yang baik.
“Selain mengimbangi pandangan daripada dua sutradara dalam penghasilan Susuk, kita menitikberatkan aspek lain seperti teknik pengimejan komputer bagi menghasilkan sebuah filem yang bermutu.
"Malah usaha keras ini turut memberikan satu kepuasan kepada semua tenaga kerja di sebalik tabir apabila filem ini layak bertanding di Festival Filem Malaysia ke-21 dan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam.
“Susuk juga diharap menepati citarasa penggemar filem Melayu untuk menikmati sentuhan sutradara muda yang mempunyai nama besar dalam dunia indie sekaligus mencipta penonton baru untuk mengenali dan menyukai filem-filem mainstream tempatan.”
Dan, persoalannya kini, sejauh mana anda bersedia menyelongkar misteri dunia hitam amalan susuk?
Siapkah anda untuk menerjah di sebalik tabir glamour dunia seni mengenai siapa diva pujaan anda sebenarnya?
Bagi memperhebat promosi Susuk yang dijadual ditayangkan di seluruh negara mulai 7 Ogos ini, pelbagai program diatur termasuk sesi temuramah serta kemunculan barisan bintangnya di media cetak dan elektronik tempatan.
Labels: Amir Muhammad, grand brilliance, ida nerina, sofe jabe, susuk
 
Tuesday, June 17, 2008
Peraduan Menangi Tiket Filem SEPI
Grand Brilliance (GB) dan Faisal Mustaffa Online bersetuju untuk menjadi salah satu penaja untuk tiket tayangan filem SEPI yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Jun.
SEPI menyajikan persembahan mantap daripada brisan pelakon pemenang anugerah dan terkenal tanahair seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusoff dan Riezman Khuzaimi. Filem ini juga menampilkan muka baru, Baizura Kahar dan Syed Hussein (bekas anggota Ruffedge).
Bagi memenangi tiket (untuk dua orang), t-shirt ekslusif dan beg SEPI, orang ramai dikehendaki menjawab dua soalan mudah dan menulis slogan.
Soalan peraduan:
1. Siapakan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekarang?
2. Namakan pencipta lagu 'Kembang Perawan' yang dipilih sebagai salah satu runut bunyi dalam filem SEPI?
3. Bagi saya, sepi ialah......... (sepanjang mana yang anda suka)
Jawapan yang paling tepat dan kreatif akan memenangi tiket (dua orang), t-shirt ekslusif SEPI dan beg sandang SEPI.
Keputusan Grand Brilliance dan Faisal Mustaffa muktamad.
Nayatakan nama penuh, no telefon, alamat surat-menyurat.
Hantarkan jawapan anda ke faisal.mustaffa@gmail.com dengan meletakkan tajuk "SEPI MEMELUKKU".
Tarikh tutup: 25 Jun 2008.
Labels: afdlin shauki, grand brilliance, sepi the movie, wan azizah
 
Wednesday, June 11, 2008
Peraduan Menangi Tiket Filem SEPI

Grand Brilliance (GB) dan Faisal Mustaffa Online bersetuju untuk menjadi salah satu penaja untuk tiket tayangan filem SEPI yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Jun.
SEPI menyajikan persembahan mantap daripada brisan pelakon pemenang anugerah dan terkenal tanahair seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusoff dan Riezman Khuzaimi. Filem ini juga menampilkan muka baru, Baizura Kahar dan Syed Hussein (bekas anggota Ruffedge).
Bagi memenangi tiket (untuk dua orang), t-shirt ekslusif dan beg SEPI, orang ramai dikehendaki menjawab dua soalan mudah dan menulis slogan.
Soalan peraduan:
1. Siapakan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekarang?
2. Namakan pencipta lagu 'Kembang Perawan' yang dipilih sebagai salah satu runut bunyi dalam filem SEPI?
3. Bagi saya, sepi ialah......... (sepanjang mana yang anda suka)
Jawapan yang paling tepat dan kreatif akan memenangi tiket (dua orang), t-shirt ekslusif SEPI dan beg sandang SEPI.
Keputusan Grand Brilliance dan Faisal Mustaffa muktamad.
Nayatakan nama penuh, no telefon, alamat surat-menyurat.
Hantarkan jawapan anda ke faisal.mustaffa@gmail.com dengan meletakkan tajuk "SEPI MEMELUKKU".

Labels: afdlin shauki, grand brilliance, Nasha Aziz, Pierre Andre, sepi the movie, Vanida Imran
 
Wednesday, May 28, 2008
FILEM SEPI: Semalam Memori, Esok Harapan
Pada 25 Mei (Ahad), aku meluangkan masa bersama kesemua ahli keluarga aku untuk menonton filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, 26 Jun akan datang.Kami menonton pada jam 9 pagi dan semestinya pada waktu seawal itu, kompleks membeli-belah One Utama lengang.
Sebelum tonton, kami sarapan nasi lemak di luar panggung dan ditambah lagi dengan pop-corn+coke di dalam panggung.
Mak aku begitu excited menonton filem jiwang selepas dia 'layan' bersungguh-sungguh "CINTA". Pakcik aku menangis di ruang hisap rokok.
SEPI ialah filem tiga cerita dalam satu. Setiap satu ada ceritanya tersendiri; masalah tersendiri'; karakter tersendiri.
Sekiranya CINTA dibuat sekitar Kuala Lumpur, penggambaran filem ini dibuat sejauh Taiping, Perak.
Aku akan menggunakan laman blog ini untuk menceritakan satu persatu kisah yang dipaparkan dalam filem ini sebelum ianya ditayangkan di pawagam. Aku juga akan melancarkan peraduan untuk pembaca-pembaca blog ini supaya mereka berpeluang menyaksikan filem ini bersama 'teman' masing-masing di pawagam.
Aku tahu, Nik Nazmi mesti layan leleh tonton filem ini. Dia 'feeling' bila tengok "CINTA" sebelum ini.
"Kau lebih feeling tengok yang ini."
Nota: Filem ini bukannya sambungan dari filem CINTA.
Labels: Cinta, grand brilliance, Nik Nazmi, one utama, sepi the movie