Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, December 11, 2008

"Bencana" Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa: Tuding-Menuding Jari

Terngiang-ngiang di ingatan semasa aku mengaji di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1992 semasa kita membincangkan sebuah pembentangan dalam subjek Undang-undang dan Etika.

Kes yang kita bincangkan pada waktu itu ialah berkenaan dengan keruntuhan Highland Towers. Highland Tower bukannya runtuh tetapi tumbang kerana sturktur tanah yang tidak stabil.

Bila penduduk Highland Towers mula memfailkan saman di mahkamah, masing-masing mula menyalahkan pihak-pihak lain.

Pihak-pihak yang terbabit yang kita dapat kenalpasti ialah MPAJ, EIA, syarikat pembangun (developer), kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Apabila dikaji dengan teliti, terdapat saliran air di bawah Higland Tower yang menjadikan sturktur tanah tidak kuat.

Apa yang menjadi mereka betul-betul marah ialah pinjaman perumahan mereka tetap berjalan seperti biasa dengan bunga tertentu, insurans yang tidak mendapat pampasan akibat daripada bencana alam.

Sudah tentu, penduduk mengatakan musibah tersebut akibat daripada kecuaian, korupsi pihak berwajib. Projek tidak akan dilaksanakan sekiranya tidak mendapat kelulusan.

Sekarang, perisitwa berulang, sejarah berulang.

Berikut ialah laporan daripada kenyataan MPAJ berhubung dengan saman penduduk yang menjadi mangsa perobohan 14 bungalow yang diruntuhkan di taman Bukit Mewah.


MPAJ nafi lulus projek Bukit Antarabangsa
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menafikan pihaknya meluluskan projek-projek pembangunan di Bukit Antarabangsa dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Norhayati Ahmad berkata, projek berkenaan sebenarnya diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Gombak pada tahun 1980-an sebelum tertubuhnya MPAJ.

''MPAJ hanya ditubuhkan pada tahun 1992 untuk mengambil alih tugas Majlis Daerah Gombak dan Majlis Daerah Hulu Langat.

''Kami mengetahui projek itu diluluskan oleh Majlis Daerah Gombak daripada rekod yang kami ada,'' katanya kepada WARTAWAN di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Sabtu lalu yang dipercayai berlaku disebabkan oleh projek perumahan yang dijalankan di kawasan lereng bukit dan cerun.





Kita lihat pula kenyataan yang kononnya Kementerian Kerja Raya akan membuat kajian. Sejak peristiwa 1993 tak buat kajian lagi ke?

Jabatan Cerun Diarah Buat Kajian Terperinci Kejadian Tanah Runtuh, Kata Zin
Jabatan Cerun diarahkan membuat kaji selidik terperinci di kawasan berlakunya tanah runtuh di sekitar Bukit Antarabangsa dengan serta-merta, kata Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata jabatan berkenaan akan melakukan kajian teknikal dengan aspek kejuruteraan forensik supaya data tertentu dapat diperolehi seterusnya memberikan gambaran jelas keadaan di kawasan itu.

"Mungkin dengan data yang sedia ada ini, kita boleh memberi gambaran yang jelas di kawasan tersebut. Kalau hujan berlarutan ini akan lebih memudaratkan kawasan tersebut. Kajian untuk beri gambaran awal akan dapat dilakukan dengan laporan geoteknikal," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.

Beliau juga dimaklumkan kawasan terbabit adalah kawasan mukabumi yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh dan jabatan terbabit sedang melakukan pemantauan.

"Oleh itu dalam keadaan sedia ada semua pihak harus mengambil langkah lebih berhati-hati dan menerima nasihat daripada pakar geoteknik.

Saya kira arahan Perdana Menteri supaya semua pembangunan (di kawasan tanah tinggi) diberhentikan adalah tepat dan sesuai dalam iklim dan suasana yang dihadapi masa kini," katanya.

Mengenai kawasan tanah tinggi yang membabitkan lebuh raya, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sentiasa menggunakan helikopter untuk meneliti kawasan yang terdapat takungan air apabila hujan dan pemantauan dilakukan berterusan.

"Ia bagi memastikan sistem aliran (kawasan takungan air) tidak mengancam kestabilan tanah," katanya.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga membuat pemantauan sehingga selesai musim tengkujuh, katanya.




Berikut ialah sorotan peristiwa Highland Towers

Highland Towers' quick collapse due to use of rail piling
NST 29/08/1997 By Sumitha Martin
KUALA LUMPUR, Thurs. - The erosion of the area surrounding the Highland Towers condominium and its eventual collapse would have been a noticeable and gradual process if concrete piling, instead of rail piling, had been used for the building's foundation. Chairman of the Technical Investigating Committee into the collapse of Highland Towers, Dr Nik Ramlan Nik Hassan, told the Ampang coroner's court today that if concrete piling had been used, the collapse of the condominium would have occurred after a prolonged period and would have shown signs of an impending collapse.

Pelukis pelan pangsapuri tiada kelayakan
BH 14/10/1997
KUALA LUMPUR, Isnin - Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (Pam) hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993 tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Henry Lee Inn Seong, 49, berkata pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak melebihi dua tingkat.


Tragedi Highland Towers bukan bencana alam
HM 04/11/1997
KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner di sini semalam memutuskan bahawa tragedi kondominium Highland Towers runtuh dan mengorbankan 48 nyawa pada 11 Disember 1993, sebagai satu nahas. Majistret Mohd Radzi Abas yang bertindak sebagai koroner dalam inkues untuk menyiasat punca keruntuhan kondominium itu berkata, kejadian yang berlaku itu "bukan satu bencana alam semula jadi".


Highland Towers draughtsman `not qualified'
NST 14/10/1997
KUALA LUMPUR, Mon. - The Coroner's Court here was told today that the draughtsman for the Highland Towers condominium which collapsed on Dec 11, 1993, was not qualified to draw plans for a 12-storey high building. Henry Lee Inn Seong, 49, the immediate past president of the Malaysian Institute of Architects, said the draughtsman, Wong Tin Sang, was not qualified to draw plans for buildings over 300 sq m or 3,000 sq ft in area, that is buildings above two storeys.


Saliran tak sempurna
HM 19/08/1998
KUALA LUMPUR: Seorang doktor memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam bahawa dia tidak pernah melihat satu sistem peparitan yang sempurna di lereng bukit di belakang Blok Satu Kondominium Highland Towers yang runtuh hampir lima tahun lalu hingga meragut 48 nyawa. Dr Kok Mei Ling berkata, dia sering berjalan di lereng bukit di belakang Blok Satu yang runtuh itu sejak dia menjadi penghuni di Blok Tiga pada 1983.





Hanya Bila Kita Ada CSR
Buat pertama kali, aku ingin memuji tindakan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong selepas berlakunya tanah runtuh di jalan yang menuju ke Genting Highlands.

Sungguhpun jalan ke puncak bukan milik Genting, tapi Lim menggunakan faktor Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) dengan mengeluarkan wang sendiri untuk melebarkan jalan.

Jika kita lihat jangka panjang, sudah tentu pulangannya berkali ganda kerana lebih ramai lagi akan ke Genting.

Sekarang, semua tak nak mengaku dan tetap menduing jari apabila penduduk terbabit ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap MPAJ.

Hanya untuk pengetahuan ramai, kes mahkamah Highland Towers masih berjalan sehingga sekarang.

PS: Semua lukisan milik Datuk Syed Ahmad Jamal yang dirakam ketika beliau mengadakan pameran di RAA Fine Arts Ogos 2008 lalu.

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com