Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, January 21, 2009
Anugerah Juara Lagu 23: Mak Buyong Datang
Di belakang Mak Buyong, seorang pengawal peribadi wanita yang kerjanya memegang selendangLelaki berkot dan wanita bertudung ialah antara pengawal peribadi Mak Buyong yang bertugas
Isteri bakal Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (sebut: Mak Buyong) membuat keputusan untuk turut hadir sebagai tetamu di malam Anugerah Juara Lagu ke-23, pada 18 Januari 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Keputusan tersebut dibuat pada minit terakhir. Menurut sumber dari sekretariat TV3, Mak Buyong berkata beliau akan hadir ke majlis tersebut sekiranya BN (sebut: rasuah) menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Februari.
Jadi, selepas menerima keputusan kemenangan PAS, pihak TV3 tidak membuat tempat duduk khas dan persiapan-persiapan lain dalam menyambut Mak Buyong yang juga didakwa oleh beberapa pihak bahawa beliau terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
Bergemerlapan
Sesuai dengan tema majlis, Iluminasi Muzik Bermula..... baju Mak Buyong sungguh bergemerlapan. Itulah kali pertama aku melihat dia dari arah dekat (kurang daripada 3 meter).
Nak kata baju kurung, bukan. Nak kata kebaya...what? Mak Buyong wearing kebaya? Nak kata jubah pun bukan. Inilah sebenarnya fesyen. Ketika berjalan masuk melalui permaidani merah, orang ramai aku lihat terpegun. Mungkin orang ramai terpegun melihat dia yang diiringi sekurang-kurangnya lapan pengawal peribadi. Sudah tentu tidak termasuk pengawal peribadi yang kini didakwa di mahkamah kerana membunuh Altantuya. Mungkin juga orang terpegun melihat rambutnya? Mungkin orang terpegun melihat susuk tubuhnya? (Lemah semangat aku) Mungkin orang terpegun melihat fesyen pakaiannya....
Teringat Cerita
Melihat gelagat fesyen Mak Buyong dan bodyguard-bodyguard yang berduyun-duyun dengan walkie-talkie masing-masing...entah apa yang dicakapkan pada setiap langkah Mak Buyong, aku tak pasti. Aku teringat dengan sebuah kisah semasa diceritakan oleh guru tadika aku.
Ia mengisahkan seorang raja yang sungguh hetrosexual, suka berpakaian cantik. Teruja apabila rakyat jelata melihat pakaian-pakaiannya yang baru. Ketua Negara lah katakan.
Isi hati rakyat melihat sebenarnya, kita tidak tahu. Ada yang terpegun tetapi mungkin ramai yang meluat.
Melihatkan keadaan itu, salah seorang rakyat jelata ingin menyatakan bahawa sikap yang sentiasa bertukar-tukar pakaian, dan menjadikannya prioritas berbanding dengan urus tadbir baik adalah suatu yang tidak sihat.
Dia, seorang tukang jahit hampir berputus asa kerana tidak tahu bagaimana dia yang hanya seorang tukang jahit dapat memberitahu isi hatinya kepada Raja.
Lalu, pada satu malam, beliau mendapat ide! Pada keesokan harinya, si tukang jahit pergi ke istana dan memohon untuk mengadap Raja. Beliau memberitahu bahawa dia ada mereka fesyen yang amat cantik dan mampu membeliakkan mata setiap rakyat. Berita tersebut menjadikan Raja amat suka hati.
Si tukang jahit mula untuk mengukur badan Raja.
Si tukang jahit berjanji baju baru akan siap dalam masa seminggu. Raja sudah tidak sabar menunggu. Lalu, bagi membuat pengumuman untuk mempamerkan bajunya yang baru itu, Raja telah mengarahkan pengawal-pengawalnya (yang pada ketika itu tak pakai walkie-talkie) untuk beritahu sekelian rakyat berhimpun di depan istananya dan beliau akan melalui jalan utama agar setiap orang dapat melihat bajunya yang baru.
Selepas seminggu, si tukang jahit kembali ke istana seperti yang dijanji. Sebenarnya, tukang jahit tersebut tidak menjahit sebarang baju pun dan beg pakaian yang dibawa sebenarnya kosong! Si tukang jahit hanya berolok-olok.
Raja terperanjat dan murka. Si tukang jahit menerangkan bahawa bajunya yang diolok-olok memegang amat menarik sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Dengan berbogel, si tukang jahit memakai baju baru (yang sebenarnya tiada apa-apa). Selepas itu, beliau pun tidak sabar untuk menayangkan kepada rakyat yang dipaksa tunggu di luar untuk melihat bajunya.
Dengan bertelanjang bulat, dia pun berjalan sepanjang jalan dan setiap orang terbeliak dan mulut masing-masing ternganga. Tidak ada siapa pun berani berkata apa. Ada yang sampai menutup mata kerana tidak sanggup melihat keadaan perutnya yang buyong, kurap di belakang, kudis di celah kelangkang.
Lalu seorang anak kecil berkata kepada ibunya, kenapa orang itu bogel?
Ibu tersebut terus menutup mulut anak tersebut. Malangnya, Raja terdengar. Dia mula perasan bahawa sememangnya dia berbogel di hadapan seluruh rakyat.
Sejak itu dia berubah.
1 Comments:
Jum bawa tukang jahit tu jumpa mak buyung!
Post a Comment
<< Home