Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, March 20, 2009

Bekas Setiausaha keADILan Beri Keterangan

Shot by Sue-anne Chua


Kenyataan media bekas Setiausaha keADILan Kelana Jaya pada 20 Mac 2009 di Shah Alam

Bekas setiausaha keADILan Bahagian Kelana Jaya, Faisal Mustaffa (38) akan mengemukakan bukti-bukti ke mahkamah atas surat saman yang diterimanya Mac lalu.
Faisal telah menerima surat yang dikeluarkan oleh peguam Menteri Kerja Raya, Mohamed Zin yang memberi tempoh untuk menarik balik pertuduhan melalui kenyataan media yang Faisal dedahkan dan meminta maaf.

Namun, Faisal enggan menerima tawaran tersebut dan membuat keputusan untuk mengemukakan segala bukti di mahkamah.
Kenyataan yang pernah dikeluarkan:
1. Syarikat Empunya Menteri Kabinet Sudah Diambil Tindakan oleh Kerajaan Bangladesh (22 November 2007)
2. Mohamed Zin Mengaku beri Wang Lobi (27 Disember 2007)
3. KeADILan Kelana Jaya Bantu Isytiharkan Harta Menteri Baru (24 Mac 2008)
4. KeADILan Kelana Jaya Akan Kemukakan Bukti Rasuah Md Zin ke Mahkamah (17 Julai 2008)

Faisal berkeyakinan bahawa semua kenyataan yang dibuat di atas berdasarkan dokumen yang diterimanya termasuk:

a. laporan akhbar Prothom Alo (31 Julai 2007)
b. laporan akhbar Bhorer Kagoj (12 November 2007),
c. laporan akhbar Daily Star (30 November 2007)
d. laporan akhbar Daily Ittefaque (3 Ogos 2007)
Melalui laporan akhbar tersebut, jelas menunjukkan bahawa Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) juga telah mengaku memberi rasuah kepada Menteri berkenaan dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.

Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian setiap beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari 21 September 2000 sehingga 2 Ogos 2007.

Manik juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.

Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan ke akaun Zin secara haram.

Sebagai Pengerusi Silkway Cargo, Mohd Zin yang memegang 49 peratus saham syarikat sepatutnya berkongsi liabiliti yang ditanggung itu. (rujuk Deed of Agreement of Joint Venture Company yang ditandatangani pada 18 September 2000).

Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri sebelum ini, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta daripada Silkway Cargo.

Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai ”hundi” kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.

Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.

Faisal berasa hairan dengan sikap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih lagi enggan mengambil apa-apa tindakan terhadap Dato Mohd Zin bin Mohamed yang sudah membuat pengakuan kepada media bahawa apa yang beliau lakukan selama ini ialah bayaran untuk kerja ’melobi’. (Malaysiakini, 23 Nov 07).

Labels: , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com