Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, June 20, 2008
Jauh Dari Kota, Jauh Dari Darat!
Kali ini aku membuat keputusan untuk mengambil masa rehat (sebut: cuti) jauh ke pendalaman; jauh dari kebisingan kota, jauh ke tengah laut.
Destinasi menjadi pilihan aku ialah ke Pulau Sipadan. Selepas bertanya beberapa pihak yang lebih berpengalaman, aku membuat keputusan untuk ke Sipadan-Kapalai Dive Resort. Resort ini bagai bagan yang dibina di permukaan air di Lembah Mandarin, 15 minit dari Pulau Sipadan.
Aku tidak menjejak kaki ke tanah/pasir selama tiga hari sepanjang aku berada di resort ini. Kesempatan ini diambil untuk menenangkan kepala disamping menyiapkan kerja-kerja aku tanpa gangguan yang banyak dan dalam persekitaran yang berbeza.
Sebagai seorang yang tidak dapat berjauhan dari kekunci komputer, kali ini aku menulis di permukaan Laut Sulawesi dan ikan bewarna-warni menemani aku di bawah. Sesekali aku layan ikan-ikan ini dengan roti dan biskut dari bekalan yang aku bawa dari Tawau.
“Lebih baik aku bagi ikan-ikan ini makan daripada aku lihat orang beri makan suap.”
Sepanjang aku berada di resort ini, akulah satu—satunya pelancong dari Malaysia. Yang lainnya dari Singapura, Eropah, Amerika Selatan dan majoriti dari Jepun. Keseluruhan daripada pengunjung resort ini mempunyai tujuan sama, menyelam. Begitu juga aku. Bagi warga Malaysia dan expat (wakli Negara asing yang bekerja di Negara ini), sebenarnya resort ini menawarkan kadar yang berbeza.
Oleh kerana percutian ini dirancang lebih awal, aku berkesempatan untuk mengambil peluang merebut tiket murah kapalterbang hasil daripada peperangan dua syarikat penerbangan tempatan.
Bagaimana ke Kapalai
Dari LCCT, mengikut pesawat dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Di sana, pekerja resort sudah menunggu kami. Aku dibawa terus ke hotel penginapan di Tawau. Oleh kerana penerbangan aku tiba pada jam 6.30pm, aku terpaksa menginap semalam di Tawau kerana bot ke Kapalai hanya terdapat pada jam 9.30 pagi, 12 tengahari dan 3.30 petang sahaja. Aku dicadangkan untuk menginap di Hotel Heritage yang berdekatan dengan pejabat pengurusan resort.
Seawal jam 7.01 pemandu sudah berada di hadapan hotel dan bersedia membawa aku ke Semporna di mana terletaknya jeti transit ke Sipadan, Kapalai dan Mabul. Perjalanan ke Semporna memakan masa 80 minit.
Dari Semporna, beberapa borang syarat perlu ditandatangani kerana pihak resort tidak mahu menanggung sebarang tanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecelakaan.
Bot laju membawa aku terus ke Sipadan-Kapalai Dive Resort bersama pelancong-pelancong dari Peranchis dan Jepun. Kami diberi minuman ‘Selamat Datang’ dan kemudiannya terus penerangan menegnai resort dan jadual penerjunan.
Sipadan-Kapalai Dive Resort
Tidak banyak kemudahan yang terdapat di resort ini. Selain daripada aktiviti utama mereka yakni menyelam ke dasar laut, resort ini juga menawarkan aktiviti-aktiviti seperti snorkeling, berenang dan kayak. Di resort ini juga mempunyai kemudahan seperti internet, kedai cenderamata, bilik permainan dan bilik bacaan.
Bagi pelanggan Maxis, mereka tidak mempunyai sebarang masalah kerana sungguhpun tempat ini jauh di tengah lautan, talian masih jelas diterima. Broadband yang aku gunakan mungkin mempunyai sedikit masalah kerana lininya terlalu perlahan dan kadangkala terputus.
Biliknya sungguh ekslusif. Anda boleh mandi di kolah di bilik mandi sambil menikmati pemandangan Laut Sulawesi!
Labels: heritage hotel, kapalai, mabul, sipadan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home