Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, June 28, 2008

GMI Tidak Dibenarkan ke Lobi Parlimen

Pada 26 Jun lalu merupakan hari terakhir bagi minggu pertama sessi kedua Parlimen. SIdang Parlimen ditangguhkan awal, kira-kira jam 1.30petang selepas Perdana Menteri membentangkan Laporan pertengahan Tahun Rancangan Malaysia ke-9.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) merancang untuk berjumpa Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi menyerahkan memorandum berkaitan dengan penyeksaan yang berlaku terhadap tahanan ISA dewasa ini.

Agak terkejut Pengerusi GMI dan lainnya apabila tiba-tiba mereka ditahan untuk tidak dibenarkan ke lobi parlimen untuk mengadakan sidang media dan hanya dibenarkan untuk dibuat di pintu masuk Parlimen sahaja.

AKu terkejut? Peraturan-peraturan merepek Parlimen telah berkuatkuasa hari pertama sidang Parlimen lagi. Sebagai pegawai khas untuk Ahli Parlimen, banyak sekatan telah diberikan sehingga tak larat nak melayan karenah pegawai keselamatan. Aku hanya ikutkan sahaja kerana kerja di Parlimen sememangnya sungguh tertekan dan tidak ada masa lain untuk memikirkan perkara bodoh pentadbiran Parlimen.



Berikut ialah kandungan memorandum yang dihantar oleh GMI kepada Ketua Pembangkang:



SEKSAAN TERHADAP TAHANAN SANJEEV KUMAR KRISHNAN DAN TAHANAN YANG LAIN DIBAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)


1. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik, kesatuan sekerja, badan hak asasi manusia, badan wanita, mahasiswa dan golongan muda, hari ini berasa amat kesal dengan penyeksaan yang didakwa berlaku ke atas tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sekiranya benar, GMI mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan berkenaan serta menuntut siasatan segera dilaksanakan.

2. Sempena dengan ”International Day in Support of Victims of Torture” kami dari GMI dan rakan-rakan yang lain ingin mengetengahkan isu berkenaan salah seorang tahanan ISA yang bernama Sanjeev Kumar Krishnan yang kini ditahan dibawah ISA di Kamunting sejak September tahun lepas telah menjadi lumpuh dan tidak sihat kerana penyeksaan yang dialaminya sejak ditahan pada bulan Julai tahun 2007.

3. Sanjeev Kumar A/L Krishnan yang telah ditahan di bawah ISA pada 28 Julai 2007 atas tuduhan sebagai ’agen perisik asing’. Beliau mendakwa telah diseksa secara fizikal dan mental oleh pihak polis cawangan khas ketika 60 hari pertama ditahan iaitu antara 28 Julai 2007 hingga 21 September 2007.

4. Penyeksaan Fizikal dan Mental

Ketika tahanan ditahan selama 60 hari, beliau mengalami pelbagai penyeksaan. Antara seksaan yang dilakukan oleh Polis /Special Branch (SB) terhadap tahanan ialah:

• Soal siasat dijalankan dari 8 pagi hingga 11 pagi dengan ugutan dan tanpa rehat. Tahanan telah ditahan di sebuah bilik gelap berseorangan diri.

• Diseksa, ditendang dan dibelasah dengan teruk oleh SB. Bahagian badan dan kepala ditumbuk dan ditendang dengan kasut. Bahagian tulang ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki. Kaki kiri dan tangan kiri dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu. Selain itu, tahanan juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air.

• Sebanyak 3-4 kali tahanan juga telah diminta untuk meminum air kencing beliau sendiri.

• Selain itu, kemaluan beliau telah dipukul dan dubur beliau telah dijolok dengan objek yang keras. Pada masa penyeksaan fizikal, tahanan telah dimaki hamun dan dicela oleh SB dengan perkataan-perkataan yang lucah.


5. Di Kamunting

• Beliau telah dihantar ke Kem Kamunting pada 22 September 2007, selepas hari ke-55 beliau ditahan di bawah ISA. Tahanan Sanjeev Kumar selalu mengadu yang kaki kiri dan tangan kiri beliau sakit dan tidak berfungsi dengan baik. Namun, selepas beliau dihantar ke Kamunting beliau tidak menerima sebarang bantuan kesihatan yang mencukupi daripada pihak Kem.

• Pada 18 April 2008, beliau keluar daripada hospital. Namun, beliau kini menggunakan kerusi roda untuk kehidupan hariannya kerana kaki dan tangan sebelah kiri tidak lagi berfungsi dan beliau menjadi lumpuh.

• Sanjeev Kumar dan ahli keluarganya mendakwa bahawa tahanan tidak dijaga dengan rapi oleh warden di Kem Kamunting. Beliau kini dijaga oleh tahanan-tahanan yang berada bersama beliau. Menurut keluarga Sanjeev Kumar, pihak Kem tidak mahu memikul tanggungjawab ini dan takut untuk menjaga Sanjeev Kumar.

6. Kini kami mendapat tahu bahawa selepas Kenyataan akhbar dan laporan polis yang kami buat bersama-sama dengan keluarga pada 20 Mei yang lepas beliau telah dihantar ke Hospital Taiping dan Penang untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang mencukupi.

7. Tetapi, selepas lawatan keluarga pada 1 Jun baru-baru ini, Sanjeev Kumar telah memaklumkan kepada keluarga bahawa beliau kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Mental di Tanjung Rambutan. Berita terbaru ini telah mengejutkan isteri beliau dan juga GMI. Namun, pada 20 Jun Sanjeev Kumar telahpun dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Mengapakah beliau dihantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua? Apakah yang menyebabkan beliau mengambil tindakan membunuh diri ini?

8. Selain itu, hingga ke saat ini ramai lagi tahanan ISA khasnya mereka yang ditahan selama 6 tahun sedang menjalani satu jenis penyeksaan yang teruk dimana mereka yang berada di sel T1 (kebanyakannya tahanan lebih 6 tahun) ditahan dan dikunci di bilik perseorangan dari pukul 7 malam hingga 7 pagi keesokan harinya.

9. GMI juga menghantar satu Memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 4hb Jun 2008 untuk menyiasat aduan berkenaan dan mengesyorkan langkah tegas supaya Sanjeev Kumar Krishnan bersama dengan tahanan ISA yang lain dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat atau bicarakan beliau di Mahkamah terbuka.

10. Maka pada hari ini sempena dengan Hari Sedunia menyokong Mangsa/ Tahanan Penyeksaan, GMI ingin menuntut agar pihak Pakatan Rakyat membentangkan tuntutan kami di Parlimen sebagai usul tergempar dan menuntut agar Sanjeev Kumar dbersama dengan tahanan yang lain agar ibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat.

11. Tindakan menahan seseorang tanpa bicara adalah suatu tindakan yang tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Ditahan di bawah ISA sudah merupakan satu kezaliman, apatah lagi diseksa dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tanpa proses mahkamah dan pembuktian yang sebenar di bawah ISA, tidak seperti yang didakwa oleh Ketua Polis Negara baru-baru ini (beliau kata ISA ada proses mahkamah), ruang untuk salahguna kuasa terbuka luas. Menteri, Kerajaan dan Polis tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com