Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, June 24, 2008

Gimik Media Boikot Pengurusan Parlimen

Tindakan pihak media memboikot Parlimen

Hari ini merupakan hari kedua sidang parlimen bagi sessi ketiga 2008. Pada permulaan hari pembukaan, ada peraturan-peraturan baru dikenakan kepada pelawat-pelawat termasuk pegawai-pegawai yang bertugas.

Semalam, pembantu-pembantu Parlimen tidak lagi dibenarkan menggunakan laluan dari menara Parlimen ke Dewan Parlimen, melalui tingkat 1. Dengan itu, bagi pembantu-pembantu ahli parlimen berkehendaki melintas ke Dewan Parlimen melalui menara terpaksa menyerahkan pas pelawat mereka dan mengambil pas yang baru untuk memasuki lobi dewan. Dan mereka (termasuk aku) dikehendaki menyerahkan pas bangunan Dewan Rakyat dan mengambil pas baru untuk kembali ke Menara Parlimen vice versa. Sekiranya pembantu-pembantu ini dikehendaki menyerahkan sepucuk surat kepada Ahli Parlimen mereka pun dikehendaki menjalani proses yang sama berulang kali.

Hari ini, peraturan baru dikenakan, dan kali ini mangsa yang terbabit ialah pihak media yang datang untuk mendapatkan berita Parlimen.

Apabila di lobi, pihak media kini tidak dibenarkan untuk berada di lobi sesuka hati, hanya di tempat-tempat tertentu sahaja. Ini telah menimbulkan kemarahan pihak media sehingga bertindak untuk memboikot sahaja daripada mendapat ebarang berita, termasuk ahli-ahli parlimen yang berhasrat untuk adakan sidang media.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hari ini mengeluarkan kenyataan menegur tindakan pihak pengurusan mengenai hal ini.

Menurut beliau, dengan menghadkan pihak media hanya di satu sudut di lobi Parlimen menyekat tugas-tugas mereka dan menyekat demokrasi dan kebebasan media.

Aku rasa peraturan ini peraturan tidak masuk akan kadangkala aku nak tegelak dengan peraturan-peraturan Parlimen yang mengarut.

Rakan media aku dari Indonesia yang berada di Parlimen juga termangu dengan peraturan yang terdapat di Parlimen Malaysia. Di sana (Indonesia), orang awam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen dan bisa memakai pakaian sopan untuk berada di Parlimen, bukan seperti di Malaysia yang terpaksa memakai baju berlapis-lapis sungguhpun cuaca Khatulistiwa.

Ini jelas menyekat kepada akauntabiliti dan ketelusan sistem Parlimen dan saya kira juga tidak pernah berlaku dalam sistem Parlimen Westminster.

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com