Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, November 06, 2008
POS Malaysia Terima Komisyen Dari Agensi Kerajaan Berjumlah RM100 juta
Jumlah purata pungutan komisen Pos Malaysia Berhad bagi setahun ialah kira-kira RM100 juta untuk lima tahun kebelakangan. Daripada jumlah tersebut:(i) RM50 juta atau 50% adalah dikutip daripada transaksi pembayaran utiliti seperti pembayaran bil-bil air, elektrik dan telekomunikasi;
(ii) dianggarkan RM30 juta atau 30% daripada komisen tersebut ialah daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi urusan Amanah Saham Berhad;
(iii) RM13 juta atau 13% adalah dikutip daripada urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti pembaharuan cukai jalan, pembaharuan lesen memandu dan lain-lain; dan
(iv) bakinya sebanyak RM7 juta atau 7% dikutip daripada lain-lain syarikat pembekal utiliti seperti Astro dan syarikat-syarikat telekomunikasi.
Pada masa ini, Pos Malaysia Berhad telah dilantik sebagai agen kutipan kepada 160 agensi.
Sumber: soalan Fong Po Kuan [Batu Gajah] pada 14 Oktober 2008
Labels: Parlimen Malaysia
 
Thursday, October 30, 2008
Mahu Miliki Ucapan Bajet 2009 Anwar Ibrahim?

| Deskripsi Ucapan Perbahasan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim Durasi: 5 jam Price: RM50.00(tidak termasuk kos penghantaran) Kenapa mahal sangat? Sebab kalau murah...ada lanun akan cetak rompak dan lambak di pasar malam. Untuk pengetahuan, rakaman bukannya dibuat melalui depan tv tetapi terus menerus dari kamera parlimen. Mutu audio dan visual terjamin. Baca laporan beritanya di sini. Berminat untuk memiliki vcd ini? Ikuti arahan berikut: 1. SMS 019-2232002 (Taip VCD DSAI Parlimen 2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605. * pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran. |
Labels: Anwar Ibrahim, Parlimen Malaysia
 
Saturday, October 11, 2008
Bar Council Public Forum -- The DNA Bill: Do We Need It?
(Admission is free)
Background information:
The DNA Identification Bill 2008 was tabled in Parliament in August and hailed as a beneficial and necessary tool to prevent and fight crime more effectively. However, the Bill drew criticism as well, including concerns that it does not contain adequate legal safeguards, would place excessive powers in the hands of the police and the relevant Minister, would punish those who refuse to provide DNA samples and would infringe on privacy rights.
This forum brings together an array of speakers who will present their viewpoints on various aspects of the Bill, followed by a question-and- answer session.
Speakers include:
1. Dr. Koh Chong Lek, Fellow, Academy of Sciences Malaysia, and Head, DNA Centre @ NIE, National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapore
2. Dr. Jeyakumar Devaraj (medical doctor and PSM Member of Parliament for Sg. Siput)
3. Tommy Thomas (legal practitioner)
4. Dato’ V. Sithambaram (legal practitioner)
5. A speaker from the Forensics Division of the Royal Malaysian Police (to be confirmed)
Details of event:
Monday, 13 October 2008
5.00pm- 7.30pm
Bar Council Auditorium
13, 15 & 17 Leboh Pasar Besar
50050 Kuala Lumpur
Labels: bar council, Parlimen Malaysia
 
Friday, October 10, 2008
Maklumat Mengenai ISA

Berikut ialah maklumat yang diperolehi daripadajawapan lisan di Dewan Rakyat pada Julai 2008:
Kes ISA yang Dipertimbangkan
Bilangan kes tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dirujuk kepada Lembaga Penasihat untuk pertimbangan semula pada tahun 2006 ialah sebanyak 18 kes dan pada tahun 2007 adalah sebanyak 16 kes. Pada keseluruhannya, syor Lembaga Penasihat terhadap kes-kes tersebut adalah Perintah Tahanan diteruskan.
Kos Pusat Tahanan Kamunting
Kos dibelanjakan untuk membayar gaji keseluruhan kakitangan Pusat Tahanan Kamunting bagi tempoh lima tahun iaitu mulai 2003 hingga2007 ialah RM27.78 juta. Dalam tempoh itu juga, sebanyak RM37.18 juta dibelanjakan untuk tujuan penyelenggaraan, pembangunan, keselamatan, pemulihan, latihan dan pengurusan Pusat Tahanan berkenaan.
Labels: Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA, Parlimen Malaysia
 
Friday, August 29, 2008
Lihat Betapa tidak Efisiennya Parlimen Malaysia
Keratan-keratan di atas ialah keratan akhbar pada 28 Ogos lalu di muka hadapan akhbar cina yang melaporkan majlis mengangkat sumpah Ketua Pembangkang baru, Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan persiapan parlimen menghadapinya.Keratan akhbar muka hadapan China Press 28 Ogos 2008 menunjukkan seorang kakitangan meletakkan tanda nama ahli parlimen baruKeratan akhbar muka hadapan Oriental Daily News 28 Ogos 2008 menunjukkan kakitangan pejabat perundangan, Sujairi meletakkan tanda nama ahli parlimen baru
Baru aku sedar mengapakah parlimen membelanjakan berjuta ringgit dalam pentadbiran dan pengurusannya. Bagi tugas untuk meletakkan tanda nama bagi seorang ahli parlimen yang baru memerlukan tiga orang untuk melaksanakannya.
Menurut Wikipedia,
"Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.
Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara."
Daripada 17 tingkat itu, tingkat 2 untuk Perdana Menteri sahaja, tingkat 3 menempatkan Timbalan Perdana Menteri sahaja, separuh daripada tingkat untuk DAP, separuh untuk PAS separuh untuk pejabat Ketua Pembangkang. Tiada untuk keADILan. Yang lainnya ialah pejabat pentadbiran parlimen. Sungguhpun demikian, mereka masih memerlukan tiga orang untuk meletakkan sekeping kad untuk seorang ahli parlimen. Bayangkan Parlimen Malaysia mempunyai 222 orang ahli parlimen. Cuba bayangkan berapa lamakah mereka perlukan masa hanya untuk meletakkan tanda nama untuk di dalam Dewan Rakyat? Bagaimana pula sekiranya kita mengira jumlah ahli di Dewan Negara?
Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta.
Labels: Anwar Ibrahim, Parlimen Malaysia
 
Thursday, August 28, 2008
Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Hari Ini
Seperti yang ditunggu-tunggu dan menjadi harapan rakyat Malaysia, Ketua Umum keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen dan mengikut perancangannya, beliau optimis mengenai peralihan kuasa bermula 16 September ini.
Lobi Parlimen hari ini sesak dengan orang ramai dan para wartawan yang menyaksikan dari lobi Parlimen.
Sekiranya diperhatikan, pada waktu Speaker memasuki dewan, dapat diperhatikan kerusi Perdana Menteri dan Timbalan Menteri kosong.
Siaran langsung RTM yang menjadi lazim menyiarkan sidang parlimen selama satu setengah jam bermula jam 10 pagi bermula lewat hanya selepas Anwar mengangkat sumpah. Mungkin Ahli Parlimen boleh mengutarakan perkara ini dalam sessi soalan lisan akan datang.
Aku musykil apabila Anwar hadir ke Parlimen bagi tadi apabila beliau hadir dengan lima kereta di hadapan dan dua kereta di belakang. Lagaknya seperti Ketua Negara. Persoalannya, adakah perlu beliau datang dengan kawalan sebegitu?
Mahathir Boleh Mula Kemas Barang
Apa yang menarik ialah kenyataan dalam blog bekas Perdana Menteri, Tun mengatakan bahawa beliau akan berpindah menjadi warga asing sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.
Aku mencadangkan Mahathir untuk mula mengemaskan barang-barangnya untuk berpindah. Aku juga mencadangkan agar beliau memilih Zimbabwe sebagai negara migrasi beliau kerana Perdana Menteri negara itu cukup rapat dan sinonim atas faktor sejarah mereka.
Lagipun, Presiden Zimbabwe, Mugabe pada satu masa dahulu pernah mendapatkan kayu balak dari Malaysia bagi membina istananya.
Namun, aku juga melihat bahawa Zimbabwe di bawah Mugabe sekarang tidak akan lama. Sekiranya beliau diusir dari negara sendiri, Mahathir boleh bersama-samanya berpindah ke Libya.
Mengapa Libya? Libya pada satu masa dahulu pernah menganugerahkan angerah hak asasi manusia kepada Mahathir selepas banyak kezaliman dibuktikan berlaku di era beliau selama 22 tahun di tampuk kuasa.
Labels: Anwar Ibrahim, Mahathir, mugabe, Parlimen Malaysia, zimbabwe
 
Wednesday, July 16, 2008
Anwar Ditahan 1:03pm, 16 Julai 2008
ALERT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (keADILan) ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis (IPK) di rumah selepas siasatan badan pencegah Rasuah (BPR).
Sebaik sahaja saya menerima maklumat tersebut daripada (Datuk Seri) Wan Azizah sendiri di Parlimen, saya terus membuat perkara-perkara basa dalam memaklumkan kepada pihak media. Tugas rasmi dibuat oleh Ginie Lim.
Memandangkan pada wakti itu waktu reha sidang Parlimen, beberapa Ahli Parlimen telah bergegas ke IPK Kuala Lumpur Dang Wangi.
Mengikut maklumat, selepas (Datuk Seri) Anwar Ibrahim membuat laporan BPR terhadap Peguam Negara, beliau berhasrat untuk pulang sebentar ke rumahnya untuk rehat dan sememangnya bercadang untuk ke IPK Kuala Lumpur atas notis yang diterima melalui peguamnya, Sankara Nair pada jam 2 petang.
Pada lebih kurang 1:03 tengahari dalam perjalanan pulang, beliau ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Damansara dan mengarahkan Anwar memasuki kenderaan polis dan mengikut mereka. Bersama-sama Anwara ialah Pak Mat, pembantu beliau.
Berikut ialah siaran media yang diterima daripada pejabat ANwar Ibrahim:
---- PRESS STATEMENT – FOR IMMEDIATE RELEASE --- KUALA LUMPUR, July 16, 2008 3:30 PM This afternoon at 1:05 PM Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia, was arrested outside of his home in Kuala Lumpur. He was due to issue a statement at IPK KL (Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters) at 2:00 PM based on an agreement reached with the police on Tuesday. Anwar Ibrahim was returning from the Anti Corruption Agency to his home after giving a statement pertaining to the police report that has been filed regarding suppression of material facts in the case involving him in 1998. He was accompanied by his senior legal team, staff, and security. As he entered the neighborhood of his home, a contingent of ten police cars, half unmarked and half patrol, forced the two cars in Anwar Ibrahim’s entourage to stop. There was a contingent of 20 balaklava-clad masked commandos (UTK) who accosted him, reminiscent of the forces sent to arrest Anwar Ibrahim at his home in September 1998. An officer approached Anwar Ibrahim and demanded that he accompany the police in an unmarked vehicle to the Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters. His lawyers were not permitted to travel with him to the police station. This arrest has taken place less than fifteen hours after Anwar Ibrahim appeared live on Malaysian television for the first time since 1998, and announced to millions of viewers his intention to stand for election, and upon the formation of a new government, to lower the domestic price of fuel by 50 sen. The overwhelming majority of Malaysians expressed their support of his televised statement. These events are deeply disturbing to us and indicate that this entire episode is a repeat of the actions taken against Anwar Ibrahim in 1998. During the last few weeks the government owned mainstream media has demonized and vilified him. His staff has been harassed and we see a conspiracy being hatched to thwart the political change that is imminent in Malaysia. Under no circumstances will the people of Malaysia and the international community tolerate any harm coming to Anwar Ibrahim. We remind Prime Minister Abdullah Badawi of the promise he made to ensure Anwar Ibrahim’s protection. We have been able to communicate with Anwar Ibrahim, who calls upon his supporters and the people of Malaysia to remain calm and to reject any attempts at provocation, which will give a pretext for an emergency situation to be declared. OFFICE OF ANWAR IBRAHIM CONTACT PRESS@AICASSOCIATES.COM
Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan berkemungkinan ditahan 24 jam sebelum memohon perintah reman di mahkamah keesokan harinya. Anwar dibawa ke IPK dengan dikawal oleh 15 kenderaan serta anggota polis bertopeng.
Di Parlimen, Azmin dengan emosi berhujah dengan hebatnya kerana sikap pihak polis tidak bertamadun dan bersifat 'kebinatangan'. Tetapi Khairy (BN-Rembau) dan Mukhriz (BN-Jerlun) berhujah untuk menarik bali k kenyataan dengan menyalahanggap Azmin yang menuduh polis binatang.
Suasana di Parlimen amat panas termasuk Lo'Lo Ghazali (PAS-Titiwangsa) membangkitkan konsep qazaf dalam menabur fitnah.
Labels: Anwar Ibrahim, IPK Kuala Lumpur, Parlimen Malaysia
 
Friday, July 11, 2008
Saturday, June 28, 2008
GMI Tidak Dibenarkan ke Lobi Parlimen
Pada 26 Jun lalu merupakan hari terakhir bagi minggu pertama sessi kedua Parlimen. SIdang Parlimen ditangguhkan awal, kira-kira jam 1.30petang selepas Perdana Menteri membentangkan Laporan pertengahan Tahun Rancangan Malaysia ke-9.Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) merancang untuk berjumpa Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi menyerahkan memorandum berkaitan dengan penyeksaan yang berlaku terhadap tahanan ISA dewasa ini.
Agak terkejut Pengerusi GMI dan lainnya apabila tiba-tiba mereka ditahan untuk tidak dibenarkan ke lobi parlimen untuk mengadakan sidang media dan hanya dibenarkan untuk dibuat di pintu masuk Parlimen sahaja.
AKu terkejut? Peraturan-peraturan merepek Parlimen telah berkuatkuasa hari pertama sidang Parlimen lagi. Sebagai pegawai khas untuk Ahli Parlimen, banyak sekatan telah diberikan sehingga tak larat nak melayan karenah pegawai keselamatan. Aku hanya ikutkan sahaja kerana kerja di Parlimen sememangnya sungguh tertekan dan tidak ada masa lain untuk memikirkan perkara bodoh pentadbiran Parlimen.
Berikut ialah kandungan memorandum yang dihantar oleh GMI kepada Ketua Pembangkang:
SEKSAAN TERHADAP TAHANAN SANJEEV KUMAR KRISHNAN DAN TAHANAN YANG LAIN DIBAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)
1. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik, kesatuan sekerja, badan hak asasi manusia, badan wanita, mahasiswa dan golongan muda, hari ini berasa amat kesal dengan penyeksaan yang didakwa berlaku ke atas tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sekiranya benar, GMI mengutuk tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan berkenaan serta menuntut siasatan segera dilaksanakan.
2. Sempena dengan ”International Day in Support of Victims of Torture” kami dari GMI dan rakan-rakan yang lain ingin mengetengahkan isu berkenaan salah seorang tahanan ISA yang bernama Sanjeev Kumar Krishnan yang kini ditahan dibawah ISA di Kamunting sejak September tahun lepas telah menjadi lumpuh dan tidak sihat kerana penyeksaan yang dialaminya sejak ditahan pada bulan Julai tahun 2007.
3. Sanjeev Kumar A/L Krishnan yang telah ditahan di bawah ISA pada 28 Julai 2007 atas tuduhan sebagai ’agen perisik asing’. Beliau mendakwa telah diseksa secara fizikal dan mental oleh pihak polis cawangan khas ketika 60 hari pertama ditahan iaitu antara 28 Julai 2007 hingga 21 September 2007.
4. Penyeksaan Fizikal dan Mental
Ketika tahanan ditahan selama 60 hari, beliau mengalami pelbagai penyeksaan. Antara seksaan yang dilakukan oleh Polis /Special Branch (SB) terhadap tahanan ialah:
• Soal siasat dijalankan dari 8 pagi hingga 11 pagi dengan ugutan dan tanpa rehat. Tahanan telah ditahan di sebuah bilik gelap berseorangan diri.
• Diseksa, ditendang dan dibelasah dengan teruk oleh SB. Bahagian badan dan kepala ditumbuk dan ditendang dengan kasut. Bahagian tulang ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki. Kaki kiri dan tangan kiri dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu. Selain itu, tahanan juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air.
• Sebanyak 3-4 kali tahanan juga telah diminta untuk meminum air kencing beliau sendiri.
• Selain itu, kemaluan beliau telah dipukul dan dubur beliau telah dijolok dengan objek yang keras. Pada masa penyeksaan fizikal, tahanan telah dimaki hamun dan dicela oleh SB dengan perkataan-perkataan yang lucah.
5. Di Kamunting
• Beliau telah dihantar ke Kem Kamunting pada 22 September 2007, selepas hari ke-55 beliau ditahan di bawah ISA. Tahanan Sanjeev Kumar selalu mengadu yang kaki kiri dan tangan kiri beliau sakit dan tidak berfungsi dengan baik. Namun, selepas beliau dihantar ke Kamunting beliau tidak menerima sebarang bantuan kesihatan yang mencukupi daripada pihak Kem.
• Pada 18 April 2008, beliau keluar daripada hospital. Namun, beliau kini menggunakan kerusi roda untuk kehidupan hariannya kerana kaki dan tangan sebelah kiri tidak lagi berfungsi dan beliau menjadi lumpuh.
• Sanjeev Kumar dan ahli keluarganya mendakwa bahawa tahanan tidak dijaga dengan rapi oleh warden di Kem Kamunting. Beliau kini dijaga oleh tahanan-tahanan yang berada bersama beliau. Menurut keluarga Sanjeev Kumar, pihak Kem tidak mahu memikul tanggungjawab ini dan takut untuk menjaga Sanjeev Kumar.
6. Kini kami mendapat tahu bahawa selepas Kenyataan akhbar dan laporan polis yang kami buat bersama-sama dengan keluarga pada 20 Mei yang lepas beliau telah dihantar ke Hospital Taiping dan Penang untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang mencukupi.
7. Tetapi, selepas lawatan keluarga pada 1 Jun baru-baru ini, Sanjeev Kumar telah memaklumkan kepada keluarga bahawa beliau kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Mental di Tanjung Rambutan. Berita terbaru ini telah mengejutkan isteri beliau dan juga GMI. Namun, pada 20 Jun Sanjeev Kumar telahpun dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Mengapakah beliau dihantar ke Hospital Bahagia yang dikhaskan untuk pesakit mental? Adakah pihak pengurusan Kamunting cuba menutup sesuatu daripada kita semua? Apakah yang menyebabkan beliau mengambil tindakan membunuh diri ini?
8. Selain itu, hingga ke saat ini ramai lagi tahanan ISA khasnya mereka yang ditahan selama 6 tahun sedang menjalani satu jenis penyeksaan yang teruk dimana mereka yang berada di sel T1 (kebanyakannya tahanan lebih 6 tahun) ditahan dan dikunci di bilik perseorangan dari pukul 7 malam hingga 7 pagi keesokan harinya.
9. GMI juga menghantar satu Memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 4hb Jun 2008 untuk menyiasat aduan berkenaan dan mengesyorkan langkah tegas supaya Sanjeev Kumar Krishnan bersama dengan tahanan ISA yang lain dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat atau bicarakan beliau di Mahkamah terbuka.
10. Maka pada hari ini sempena dengan Hari Sedunia menyokong Mangsa/ Tahanan Penyeksaan, GMI ingin menuntut agar pihak Pakatan Rakyat membentangkan tuntutan kami di Parlimen sebagai usul tergempar dan menuntut agar Sanjeev Kumar dbersama dengan tahanan yang lain agar ibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat.
11. Tindakan menahan seseorang tanpa bicara adalah suatu tindakan yang tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Ditahan di bawah ISA sudah merupakan satu kezaliman, apatah lagi diseksa dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tanpa proses mahkamah dan pembuktian yang sebenar di bawah ISA, tidak seperti yang didakwa oleh Ketua Polis Negara baru-baru ini (beliau kata ISA ada proses mahkamah), ruang untuk salahguna kuasa terbuka luas. Menteri, Kerajaan dan Polis tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini.
Labels: Gerakan Mansuhkan ISA, Parlimen Malaysia
 
Tuesday, June 24, 2008
Gimik Media Boikot Pengurusan Parlimen
Hari ini merupakan hari kedua sidang parlimen bagi sessi ketiga 2008. Pada permulaan hari pembukaan, ada peraturan-peraturan baru dikenakan kepada pelawat-pelawat termasuk pegawai-pegawai yang bertugas.Semalam, pembantu-pembantu Parlimen tidak lagi dibenarkan menggunakan laluan dari menara Parlimen ke Dewan Parlimen, melalui tingkat 1. Dengan itu, bagi pembantu-pembantu ahli parlimen berkehendaki melintas ke Dewan Parlimen melalui menara terpaksa menyerahkan pas pelawat mereka dan mengambil pas yang baru untuk memasuki lobi dewan. Dan mereka (termasuk aku) dikehendaki menyerahkan pas bangunan Dewan Rakyat dan mengambil pas baru untuk kembali ke Menara Parlimen vice versa. Sekiranya pembantu-pembantu ini dikehendaki menyerahkan sepucuk surat kepada Ahli Parlimen mereka pun dikehendaki menjalani proses yang sama berulang kali.
Hari ini, peraturan baru dikenakan, dan kali ini mangsa yang terbabit ialah pihak media yang datang untuk mendapatkan berita Parlimen.
Apabila di lobi, pihak media kini tidak dibenarkan untuk berada di lobi sesuka hati, hanya di tempat-tempat tertentu sahaja. Ini telah menimbulkan kemarahan pihak media sehingga bertindak untuk memboikot sahaja daripada mendapat ebarang berita, termasuk ahli-ahli parlimen yang berhasrat untuk adakan sidang media.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hari ini mengeluarkan kenyataan menegur tindakan pihak pengurusan mengenai hal ini.
Menurut beliau, dengan menghadkan pihak media hanya di satu sudut di lobi Parlimen menyekat tugas-tugas mereka dan menyekat demokrasi dan kebebasan media.
Aku rasa peraturan ini peraturan tidak masuk akan kadangkala aku nak tegelak dengan peraturan-peraturan Parlimen yang mengarut.
Rakan media aku dari Indonesia yang berada di Parlimen juga termangu dengan peraturan yang terdapat di Parlimen Malaysia. Di sana (Indonesia), orang awam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen dan bisa memakai pakaian sopan untuk berada di Parlimen, bukan seperti di Malaysia yang terpaksa memakai baju berlapis-lapis sungguhpun cuaca Khatulistiwa.
Ini jelas menyekat kepada akauntabiliti dan ketelusan sistem Parlimen dan saya kira juga tidak pernah berlaku dalam sistem Parlimen Westminster.
Labels: Lim Guan Eng, Parlimen Malaysia, westminister
 
Wednesday, April 30, 2008
GMI Taruh Harapan kepada Ahli Parlimen Baru
Gambar akan dikirimkan beberapa jam lagiPARLIMEN 30 April - Gerakan Mansukhkan ISA (GMI) bersama Lembaga Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (HRC) memohon Ahli-ahli Parlimen yang mula bersidang hari ini agar membahaskan laporan-laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Parlimen dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh badan suruhanjaya itu.
Parlimen yang bersidang untuk penggal ke 12 pada hari ini juga dipohon untuk menganjurkan dialog bersama wakil-wakil Suhakam, wakil-wakil dari pejabat Peguam Negara, badan-badan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan Majlis Peguam bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan isu-isu hak asasi manusia.
Melalui jumlah ahli parlimen daripada Pakatan rakyat (PR) yang melebihi dua pertiga melalui Pilihanraya ke 12 yang baru lalu, GMI menaruh harapan bahawa hasrat perjuangan mereka untukk mansuhkan undang-undang drakonian seperti ISA tercapai.
Menurut laporan Suhakam 2003, badan suruhanjaya itu menyatakan bahawa penahanan tanpa bicara bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia dan tidak menilai semula undang-undang tersebut.
Melalui sidang media yang diadakan oleh GMI dan HRC di sini, mereka menyatakan kebimbangan mengenai undang-undang yang ada sekarang; yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan melanggari kedaulatan undang-undang.
Sidang media ini dihadiri oleh wakil-wakil GMI dan HRC seperti SYed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi GMI), Amer Hamzah (HRC) dan Datin Seri Wan Dr Wan Azizah Ismail selaku Ketua Pembangkang.
Wan Azizah menyambut baik memorandum yang diserahkan kepada beliau bahawa akta tersebut bercanggah dengan Deklarasi Sejagat Kepada Hak Asami Manusia 1948 (UDHR) dan Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1976 (ICCPR).
Selain daripada menggesa kesemua tahanan-tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat atai dibicarakan, memorandum itu juga mendesak supaya undang-undang seperti Ordinan Darurat (EO)1969 dan Akta Dadah Merbahaya (DDSPMA) 1985.
Badan gabungan itu juga menuntut agar pihak kerajaan memohon maaf kepada kesemua tahanan yang pernah ditahan di bawah akta tersebut dan menawarkan pampasan atas semua kepayahan dan ketidakadilan yang dialami oleh tahanan dan keluarga mereka.
Pada akhir sidang media itu juga, lencana “Malaysia Bebas Dari ISA” diedarkan kepada semua ahli parlimen yang hadir.
Labels: Gerakan Mansuhkan ISA, HRC, Parlimen Malaysia, suhakam
 
Tuesday, April 01, 2008
Tan Sri Khalid, Akademi Fantasia dan Kerja Parlimen
Pening aku nak layan semua ni. Siapa nak di afundi kan, kenyataan-kenyataan Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) baru yang buat aku TAK TERKEJUT dan kerja-kerja persiapan di Parlimen tak berapa lama lagi.Kepada semua yang rasa tertekan macam aku rasa sekarang, aku cadangkan layan YouTube yang aku terjumpa ni.
Agak menarik. Anugerah Tuhan!
Labels: Akademi Fantasia, Menteri Besar Selangor, Parlimen Malaysia, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim
 
Tuesday, January 22, 2008
Tak Restu 13 Mei Berulang
Tak Restu 13 Mei Berulang
- Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau
Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak
Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: “Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina tidak sanggup menanggung lagi satu insiden Mei 13.”
Rusuhan kaum Mei 13, 1969 sememangnya suatu episod gelap dalam sejarah Malaysia di mana keganasan dan manipulasi politik telah menindas proses demokratik dan suara para pengundi. Pembangkitan insiden pahit ini demi kepentingan politik bersifat menghina mangsa yang terkorban, mangsa yang terselamat dan juga keluarga mereka. Tindakan Chew yang bertujuan menjadi amaran kepada pengundi supaya tidak menyokong parti pembangkang adalah perbuatan keji dan tidak mempamerkan sifat seorang pemimpin yang berwibawa.
Sekiranya Chew sememangnya mengetahui apa-apa maklumat tentang pihak tertentu yang berhasrat untuk menggunakan keganasan akibat keputusan pilihanraya yang tidak memuaskan, beliau yang selama ini giat membangkit isu keselamatan awam patut serta-merta membuat laporan polis dan membantu dalam penyiasatan polis.
Sekiranya beliau sekadar berspekulasi, kami berasa amat kecewa kerana beliau sanggup melakukan apa saja untuk mengumpan undi. Ahli politik tidak patut berkelakuan selolah-olah anggota kongsi gelap. Mereka tidak patut menggunakan keganasan sebagai ancaman untuk meraih undi sepertimana anggota kongsi gelap memeras wang.
Pada hakikatnya, Chew telah melanggar Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:
Pengaruh tidak wajar
9. (1) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa, atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menggunakan atau mengancam hendak menggunakan apa-apa kekerasan, keganasan atau halangan, atau yang mengenakan atau mengancam hendak mengenakan, dengan sendirin atau melalui mana-mana orang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi, atau oleh sebab orang itu telah mengundi atau tidak mengundi, dalam mana-mana pilihan raya, atau yang dengan melarikan pemilih atau pengundi, dengan dures atau apa-apa tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya dengan bebas, atau yang dengan yang dengan itu memaksa, mendorong, atau mendesak mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi atau tidak memberi undinya dalam mana-mana pilihan raya, atau yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu atau cuba mengganggu mana-mana orang daripada menjalankan hak pemilihannya dengan bebas adalah bersalah atas kesalahan pengaruh tak wajar.
Sementara menunggu Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat dan membuat laporan polis mengenai kes ini, kami menyeru Chew supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf. Beliau mesti mengecam dengan sekeras-kerasnya sebarang kes keganasan politik. Pengundi berhak memilih mana-mana calon atau parti pilihan mereka dalam suasana yang bebas dari unsur-unsur ugutan dan intimidasi.
Kami juga menyeru YAB PM Dato’ Seri Abdullah Badawi untuk menafikan sebarang kaitan antara kerajaan dan partinya dengan kenyataan Chew yang berpotensi menakutkan pengundi. YAB juga harus mengutuk dengan sepenuhnya sebarang ugutan dan ancaman ke atas pengundi.
Kita tidak boleh biarkan Malaysia senasib negara di mana keganasan politik berleluasa eperti Pakistan. Kita tidak boleh biarkan mana-mana pihak bermain dengan api. Kita mesti menolak dengan sepenuhnya sesiapa yang cuba menggunakan insiden pahit Mei 13 untuk mengancam rakyat Malaysia.
Individu-individu atau badan-badan masyarakat madani yang pro-demokrasi diminta menyokong kenyataan ini dengan memaparkannya di premis, kenderaan atau mukasurat pertama blog atau laman web mereka, sebagai tanda pengiktirafan, sehinggalah Chew menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.
Say No to the Spectre of May 13
- Chew Mei Fun MP must retract her fear-mongering statement and apologize
We, the undersigned civil society groups and concerned citizens of diverse ethnic, religious and cultural backgrounds, stress that all Malaysians have the right to choose their representatives and the government in a free, fair and clean election. No individual politician or political party should resort to threats or intimidation to influence the voter’s decision.
We lament that Datin Paduka Chew Mei Fun, MCA MP for Petaling Jaya Utara, as reported in the China Press on January 21 (Monday), has conveyed this fear-mongering message to the public: “If there is insufficient Chinese representation in the Barisan Nasional, it is not a good thing, the Chinese community cannot afford another May 13 incident.”
The May 13 ethnic riot in 1969 was a dark chapter in
If Chew is aware of certain quarters planning to use violence in response to a certain electoral outcome, she who has been speaking tirelessly on public safety should lodge a police report immediately and assist in the police investigation.
If she is merely speculating, we are truly disappointed that she has stooped so low in fishing for support. Politicians should not behave like gangsters. They should not use the threat of violence to solicit vote, as gangsters do to extort money.
By making this statement, Chew has in fact violated Section 9 (1) of the Election Offences Act 1954:
Undue influence
9. (1) Every person who, before, during or after an election, directly or indirectly, by himself or by any other person on his behalf, makes use of or threatens to make use of any force, violence, or restraint, or inflicts or threatens to inflict, by himself or by any other person, any temporal or spiritual injury, damage, harm, or loss upon or against any person in order to induce or compel such person to vote or refrain from voting, or on account of such person having voted or refrained from voting, at any election, or who by abduction, duress, or any fraudulent device or contrivance impedes or prevents the free exercise of the franchise of any elector or voter, or thereby compels, induces, or prevails upon any elector or voter either to give or refrain from giving his vote at any election, or who directly or indirectly interferes or attempts to interfere with the free exercise by any person of any electoral right shall be guilty of the offence of undue influence.
While waiting for the Election Commission to investigate and lodge a police report, we call upon Chew to do the honorable thing. She should retract her statement and apologize unreservedly for her fear-mongering act. She must condemn unreservedly the use of political violence in
Voters must be assured of their right to vote for any candidate or party of their choice in an environment that is free from fear and intimidation.
We also call upon the Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Badawi to disassociate his administration and party from Chew’s fear-mongering statement and condemn unreservedly the use of threats and intimidation on voters.
We must not let
All individuals or civil society organisations in support of democracy may endorse this statement by displaying a copy of this statement on their premises, vehicles or the front page of their blogs or websites, until Chew retract the statement and apologizes.
对513幽灵说不!
- 周美芬国会议员必须收回恐吓性言论并道歉
我们,代表多元族裔、宗教、文化背景的公民社会团体与关心国事的公民,强调所有马来西亚人都有权,通过自由、公平与干净的选举,推选民意代表和政府。没有任何政治人物或政党能够诉诸威胁或恐吓手段来影响选民的选择。
我们深感遗憾,马华党籍的八打灵北区国会议员周美芬小姐,如1月21日(星期一)《中国报》所报道,竟然对公众传达如此散布恐惧的言论:“若没有足够华裔代表在国阵,并非好事,华社已承担不起另一次513事件。”
1969年的513族群暴乱的确是马来西亚政治史上黑暗一页,因为政治暴力和权谋篡夺了选民的民主选择。为了政治目的而召唤513事件的惨痛回忆,是对悲剧中所有死难者、幸存者以及家属的严重不敬。以暗示513的重演来警告选民不得支持在野党更是无耻,绝非负责政治人物所应采取的手段。
如果周议员掌握情资,知道的确有人准备策划政治暴力,来回应特定的选举结果,畅言公共安全的她,应该立刻向警方报案,并协助警方调查。
反之,如果周议员只是凭空臆想,我们感到真心失望,因为她竟然为了钓取选票而如此自甘堕落。政治人物不是黑社会分子。他们不能像黑社会分子以威迫手段榨取金钱的方式骗取选票。
周议员的言论,事实上已触犯《1954年选举罪行法令》第9(1)条文“不当影响”。
9.1.在选举之前、期间或之后,直接或间接,本身或通过他人代表,通过使用或威胁使用任何武力、暴力,或胁制,或由本身或他人造成或威胁造成对任何个人在尘世或来世的伤害、破坏、危害、损失,以便诱使或迫使有关人士在任何选举中投票或不投票,或者基于有关人士在任何选举中投票或不投票的缘故;或者通过绑架、威胁、舞弊工具或阴谋,妨碍或阻止任何选民自由行使投票权,或者借此迫使、诱使、凌驾任何选民,以便在任何选举中给予或不给予其选票;或者直接或间接干预,或企图干预任何人自由行使任何选举权利;每一个作出以上行为者,将犯上不当影响的罪行。
在等待选举委员会就此事展开调查并报警的同时,我们呼吁周议员知错能改,亡羊补牢。她应该立即收回上述言论,并且为散布恐惧毫不保留地道歉。她必须毫不保留地谴责在马来西亚的任何政治暴力。
选民必须得到保证,他们可以在无畏无惧的环境中行使选举权,支持任何政党或候选人。
我们也呼吁首相阿都拉巴达维,清楚表明阿都拉政府与国阵,与周议员威吓选民的言论划清界线;并且毫不保留地谴责任何对选民的威胁与恐吓。
我们不能让马来西亚变成像巴基斯坦一样政治暴力横行的失败国家。我们不能允许任何人玩火。我们必须明确拒绝任何人利用513幽灵恐吓马来西亚公民。
所有热爱民主的个人,可以把这项声明展示在您的产业、交通工具或网页上,作为联署行动,直到周议员收回上述言论并道歉为止。
Labels: 13 Mei, chew mei fun, May 13, MCA, Parlimen Malaysia, PJ Utara
 
Wednesday, December 12, 2007
Tangkapan BERSIH: Polis Tak Mahu Bacakan Hak Rakyat
Semasa Razak dan Tian Chua ditahan semasa dalam perjalanan ke Bangunan Parlimen, mereka gagal mengeluarkan waran tangkap dan bila diminta membacakan hak mereka sebagai rakyat Malaysia, mereka buat tak tahu.Labels: BERSIH, Parlimen Malaysia, Razak Ismail, Tian Chua
 

