Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, May 31, 2009
Kempen-kempen Pemilihan (Raya) “Menuju Puncak”
Selepas berakhirnya musim ‘demam’ Akademi Fantasia, penonton-penonton dan penggemar rancangan Akademi Fantasia secara majoriti memilih Hafiz atau Mohd Hafiz Bin Mohd Suip(19).
Demam kempen-kempen kemenangan Hafiz amat berbeza permainannya dengan demam kempen-kempen parti politik dalam pilihan raya. Lebih kotor lagi, kempen politik perampasan kuasa yang kononnya menggunakan atas nama proses demokrasi.
Dalam demokrasi, pemilihan dalam mewakili sesebuah kumpulan / daerah / Negara diserahkan kepada orang ramai, tanpa sekatan asalkan mereka layak untuk memilih. Dengan cara ini sahaja suara majoriti dapat kedengaran dan populariti dapat ditingkatkan.
Bagi menjalankan proses demokrasi tersebut, kempen perlu diadakan bagi menyatakan manifesto. Kempen bukan perkara yang mudah. Ia perlu diadakan dengan melibatkan seberapa banyak pihak berkepentingan dan menggalakkan orng yang tidak berkepentingan dalam menjayakan kempen mereka itu. Dalam sesebuah parti komponen yang besara, secara praktikalnya memerlukan jutaan ringgit.(D.Beetham, Democracy and Human Rights (1999).
Penonton Astro menerusi Era dan pendengar radio Era telah membelanjakan lebih kurang RM2.5 juta ringgit atas und isms yang diterima sepanjang 10 minggu.
Dalam keadaan ekonomi yang merudum, jumlah penerimaan sms berbanding dengan musim lalu ialah dengan menyaksikan peningkatan 46%. Mungkin banyak faktor yang membawa kepada peningkatan tersebut selain publisiti melampau pihak Astro bagi menggalak pelanggan-pelanggannya mengundi. Namun, atas semangat mahu melihat idola mereka berada di tangga teratas dalam senarai pesain-pesang lain, mereka sanggup melabur untuk tujuan tersebut.
Apa yang paling menarik ialah bagaimana peserta-peserta ini bersaing antara satu sama lain. Di dalam akademi, mereka akan berusaha bersama-sama dan kita di luar berhempas pulas menabur wang kepada Astro. Dalam sessi rakaman yang disiarkan, tidak Nampak langsung perasaan hasad dengki. Malah semasa konsert, mereka sama-sama membantu lawan mereka.
Ianya sungguh berbeza dengan proses kempen-kempen pemilihan.
Dalam kempen pemilihan Timbalan Presiden Umno (sebut parti Melayu baru), mesyuarat-mesuarat Agung bahagian parti tersebut telah memilih pilihan mereka. Berpestalah mereka seantero mesyurat dengan kerusi melayang, dengan wanita-wanitanya menyelak kain merah dan menyingsing baju kurung putih dengan tersembor gelang-gelang emas memerptahankan calon masing-masing. Wang-wang tunai pula berpindak kocek. Janji-janji ditabur.
Setelah nama disenaraipendekkan dan tempoh mengundur diri (dari bertanding) tamat, hanya Ali Rustam (Datuk Seri) dan Muhyiddin Yasin (Tan Seri) bertanding. Pelbagai strategi diatur oleh juru-juru kempen dan calon sendiri.
Jadi, untuk memenangi pertandingan tersebut, Ali Rustam pun dibuka kes rasuah dalaman beliau dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin parti. Selepas siasatan, Ali Rustam didapati bersalah dan ditarik kelayakan untuk bertanding. Parti pembangkang pula mengambil kesempatan agar Suruhanjaya Pencegarahn Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan siasatan sama. Ini tidak bermaksud calon yang satu lagi bersih dari amalan rasuah. Amalan (rasuah) telah menjadi darah daging dalam pemilihan seperti ini.
Maka, Muhyiddin Yasin menang tanpa perlu bertanding, tanpa perlu menyusahkan pengkritik politik mengkaji undi popular dan sebagainya. Sejurus selepas itu, Muhyiddin pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Menurut S. Weir and D.Beetham dalam buku mereka,” Political Power and Democratic Control in Britain (London: Routledge, 1998), salah satu aspek demokrasi dalam pilihan raya ialah bagaimana ianya dapat memperkasakan pengundi-pengundi; berapa banyak pilihan efektif yang ditawarkan di antara calon-calon dan parti, bagaimana ianya dapat standing dengan nilai undi, bagaimana banyak galakan untuk turut serta dalam pilihan raya, bagaimana system ini dapat menyediakan lapangan yang sesuai untuk bersuara.
Audit Demokratik UK telah mengemukakan dua prinsip asas demokrasi dalam analisanya; pertamanya ialah perkayaan dan kawalan secara kolektif di dalam membuat keputusan dan pembuat-pembuat keputusan. Keduanya, kesamaan politik – di mana setiap orang dan suaranya sama-sama diambilkira; sama ada mereka ini pengundi berdaftar, pengguna perkhidmatan awam, penduduk atau dalam aspek-aspek lain dalam kewarganegaraan.
Dalam amalan parlimen Westminister, demokrasi kita berlandaskan pilihan raya melalui undi terbanyak. Berbeza dengan negara seperti Indonesia, pilihan raya mereka diadakan sekali dalam lima tahun dan sekiranya terdapat kekosongan di sesebuah kerusi, maka calon yang mendapat kerusi kedua terbanyak dipilih mengisi kekosongan tersebut. Di Malaysia, kekosongan sesebuah kerusi diselesaikan dengan pilihan raya kecil.
Sejak pilihan raya umum Mac 2008, kita sudah berhadapan dengan enam pilihan raya kecil; Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Batang Ai, Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Penanti . Melalui pilihan raya kecil Penanti, inilah kali kedua Barisan Nasional (BN) yang mempunyai gabungan parti politik terbanyak (14 buah parti) membuat keputusan untuk tidak bertanding. Kali pertama ialah pada tahun 1975 semasa pilihan raya kecil Parlimen Menglembu atas keputusan mahkamah.
Tetapi, pada tahun ini, Pengerusi BN, Najib Razak (Datuk Seri) mengumumkan tidak mahu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti atas dua alasan; merugikan dan mengklasifikasikan pilihan raya ini atas masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (keADILan).
Kedua-dua alasan ini tidak dapat diterima sebagai sebuah Negara pengamal demokrasi berparlimen. Pada tahun 1997, Perdana Menteri Dr Mahathir (Tun) yang mahu merealisasikan agenda politiknya dengan membubarkan parlimen Kuala Selangor yang dipegang oleh Datuk Abu Hassan Omar dan mengadakan satu pilihan raya kecil di negeri Selangor hanya mahukan Abu Hassan sebagai Menteri Besar Selangor pada waktu itu.
Bagi agenda tersebut sahaja, kerajaan di bawah BN telah mengadakan dua pilihan raya kecil dan kerugiannya dua kali Penanti (hanya satu DUN).
Keputusan Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya kecil Penanti selepas pemegang kerusi tersebut; Fairuz bertindak melepaskan jawatan ADUNnya. Pakatan Rakyat sebenarnya mengambil risiko besar. S ekiranya BN berjaya merampas kembali DUN tersebut, maka Pulau Pinang yang kini diperintah Pakatan Rakyat kini kekurangan satu kerusi dan menghadapi masalah untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.
Ketua Umum keADILan telah bertindak sedemikian dan memulangkan mandat untuk memilih jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepada pengundi di Penanti.
Melihat kepada kempen yang dijalankan, tidaklah semeriah dan sebersih kempen Akademi Fantasia. Pihak penganjur Astro memberi kebebasan seluas-luasnya untuk berkempen kecuali di saluran @15 yang menapis perkataan-perkataan kotor. Tidak pernah Astro menggunakan Akta Hasutan, Akta Fitnah dan Akta Universiti dan Kolej Universiti malah mencadangkan kepada kerajaan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ke atas pengundi-pengundi.
Pelbagai ruang forum maya menjadi platform kempen sehingga melibatkan kaum keluarga yang menangis terisak-isak meraih undi simpati. Laman-laman web rasmi dan tidak rasmi tumbuh bagi menyebarkan propaganda masing-masing secara terbuka. Astro juga menganjurkan debat-debat di kalangan pengikut-pengikut peserta secara terbuka dan diulang siaran berkali-kali.
Sewaktu konsert, juru kempen akan menggunakan seberapa banyak kreativiti bag meraih undi pada minit terakhir. Lihat sahaja kepada kain-kain rentang berwarna-warni, pakaian mereka yang jelas mempromosikan peserta-peserta tertentu dan sebagainya.
Dalam pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol dengan BN dalam mengatur strategi kemenangan. Lihat sahaja bekas Pengarah SPR di Kuala Terengganu yang mengerah kakitangan kerajaan untuk mengundi BN. Tarikh penamaan calon dan membuang undi bagi Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibiarkan sehingga penghujung tarikh yang dibenarkan untuk BN menyelesaikan perhimpunan agung UMNO mereka (kebetulan atau tidak kebetulan).
SPR juga sering kali menjadi badut apabila mengendalikan pilihan raya. Dari kertas undi hilang di Parlimen Lumut yang terdapat ramai pengundi pos, berdegil tidak mahu melaksanakan dakwat kekal seperti Negara-negara bertamadun yang lain dan senarai pemilih yang kucar-kacir.
Labels: Akademi Fantasia, permatang pauh, SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
 
Tuesday, April 01, 2008
Tan Sri Khalid, Akademi Fantasia dan Kerja Parlimen
Pening aku nak layan semua ni. Siapa nak di afundi kan, kenyataan-kenyataan Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) baru yang buat aku TAK TERKEJUT dan kerja-kerja persiapan di Parlimen tak berapa lama lagi.Kepada semua yang rasa tertekan macam aku rasa sekarang, aku cadangkan layan YouTube yang aku terjumpa ni.
Agak menarik. Anugerah Tuhan!
Labels: Akademi Fantasia, Menteri Besar Selangor, Parlimen Malaysia, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim
 
Thursday, March 13, 2008
Peserta AF Pilihan Blogger
Sebagai blogger yang juga melaporkan berita hiburan, aku dijemput untuk menghadiri sidang media dari penganjur rancangan realiti TV, Akademi Fantasia. Sidang media diadakan di JWW Marriott di Bukit Bintang, 10 Mac lalu.ASTRO, melalui program Akademi Fantasia sekali lagi memberikan kejutan dengan pengumuman 25 calon pelajar musim keenam ini.
Berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya, senarai akhir pelajar-pelajar yang bakal menghuni Akademi akan diumumkan melalui program Tirai Akademi Fantasia Episod 3 pada Ahad, 16 Mac, 8.30 malam di Astro RIA (Saluran 104) da Astro@15 (Saluran 109 Astro).
24 calon pelajar telah dipilih di antara yang terbaik daripada lebih 6,000 penyertaan di lima buah lokasi sessi ujibakat, sekaligus merupakan rekod penyertaan paling tinggi berbanding musim-musim lalu. Manakala seorang lagi calon pelajar dipilih melalui sessi ujibakat 'wildcard', dengan kerjasama radio ERA.
Menurut Zainir Aminullah selaku Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, terdapat seorang nenek kepada dua cucu, kakak kepada penghibur tanahair dan seorang pemain angklung bertaraf dunia adalah antara calon-calon pelajar Akademi Fantasia musim ini.
Pasukan Akademi Fantasia:
Pengetua: Ramli MS
Perunding Persembahan Pentas: Anita Sarawak
Guru Vokal Teknikal: Siti Hajar Ismail
Guru Vokal Persembahan: Syafizawati Sharif
Guru Vokal/Muzik: Genervie Kam
Guru Koreografi: Linda Jasmine
Guru Seni Persembahan: Fauziah Nawi
Perunding Motivasi dan Guru Bahasa Inggeris: Fatimah Abu Bakar
Perunding Fesyen: Jasmi Rejab
Pengkritik Tetap 1: Fauziah Ahmad Daud
Pengkritik Tetap 2: Ning Baizura
Hos Diari AF: Sarimah
Hos Konsert AF: AC
Peserta AF6 yang menjadi Perhatian Blog ini:
1. Faisal, 21 tahun

Nama sebenar: Muhammad Faisal bin Abdullah.
Apa yang menjadi menarik mengenai peserta ini selain daripada mempunyai nama yang sama dengan saya ialah cita-citanya untuk menjadi pegawai polis.
Ramai belia yang malu untuk memasuki pasukan polis kerana reputasi badan tersebut yang teramat buruk, lencana "SAYA ANTI RASUAH" yang langsung tidak berkesan, slogan "CEKAP, BETUL, AMANAH" yang tinggal slogan. Punyai Ketua Polis yang tidak kredibel.
2. Stanly, 25 tahun

Nama sebenar: Stanly Maringai David Impi
Asal: Kuching, Sarawak.
Badannya bersaiz besar. Ini mungkin tidak memberikan undi. Mungkin sangkaan saya salah kerana mengikut rekod AF, Bob Mesra berjaya sehingga ke peringkat akhir.
Apa yang menarik ialah suaranya ala 'tenor' mampu mencapai nada tinggi. Aku sempat mendengar suaranya semasa sessi memperkenalkan peserta.
3. Rina, 44 tahun

Nama Sebenar: Hairina binti Abd Halim
Asal: Selangor
Profesionnya sebagai penyanyi kelab dan seorang ibu tunggal. Beliau sudah punyai dua cucu gemar memakai but.
Sebagai penyanyi kelab, beliau sudah terdedah dalam bidnag seni suara dan aku tidak rasa 'mama blues' ini punyai banyak masalah dalam pengawalan vokal mahupun persembahan pentas.
4. Saida, 32 tahun

Nama Sebenar: Siti Norsaida binti Tarudin
Asal: Kuala Lipis, Pahang
Kakak kepada Siti Nurhaliza, ingin menumpang populariti adiknya. Siti Nurhaliza hadir dalam kempen BN di beberapa negeri terutama di Negeri Sembilan dan kehadiran penyanyi bergelar Datuk ini mungkin menurun akibat kekalahan teruk BN dalam Pilihanraya Umum yang baru sahaja berakhir.
Akibat daripada itu, serangan SMS daripada beberapa individu untuk melayakkan seseorang ahli keluarga untuk kekal dalam AF susah untuk ditafsir. Menurut rekod, ada pelajar yang berlatarbelakang kaya mencurahkan SMS akhirnya kecundang kepada Faizal (AF4) yang berlatarbelakang keluarga yang kurang berada.
5. Toi, 31 tahun

Nama Sebenar: Khairul Nizam bin Baharom
Asal: Johor Bahru, Johor
Toi merupakan pemain angklung bertaraf dunia, seorang ayah yang berbakat dalam pelbagai cabang seni dan mempunyai deria pendengaran nada muzik yang tajam.
Aku rasa Toi mampu bertahan sehingga minggu terakhir dengan riak muka sederhana dan berlawak. Beliau mampu menarik undi peminat.
Akademi Fantasia akan mula disiarkan di Malaysia dan Brunei melalui program pengenalan, Tirai AKademi Fantasia episod 1 pada 15 Mac 2008, 8.30 malam. Tirai Akademi Fantasia episod 2 akan disiarkan pada 15 Mac 2008, 9.30 malam dan episod 3 pula pada 16 Mac, 8.30 malam.
Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi Fantasia mulai 17 Mac 2008, Isnin hingga Jumaat, pada jam 6 petang dan 11 malam.
Konsert Akademi Fantasia akan bersiaran langsung dari Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya mulai 22 Mac 2008, setiap Sabtu, 9 malam.
Sebuah program baru Radar Akademi Fantasia pula akan menemui penonton mulai 23 Mac, setiap Ahad, 9 malam.
Labels: AF6, Akademi Fantasia, Astro Ria
 
Monday, January 28, 2008
AJL22: Rezeki Akademi Fantasia

Malam Anugerah Juara Lagu tahun ini memberi rezeki kepada bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) dalam mendominasi trofi-trofi kali ini.
Berikut ialah keputusannya:
Anugerah Juara: Itu Kamu (Lagu: Estranged, Lirik: Richael Lawrence, Nanyian: Estranged)
Juara Etnik Kreatif: Samudera (Lagu: Johan Nawawi, Lirik: Ahmad Fedtri Yahya, Nanyian: Nora)
Juara Pop Rock: (Lagu: Estranged, Lirik: Richael Lawrence, Nanyian: Estranged)
Juara Balada: Izinku Pergi (Lagu: Azlan Abu Hassan, Lirik: Azlan Abu Hassan, Nanyian: Sahri - lagu asal Kaer)

Vokal Terbaik (SMS): Jaclyn Victor & Lah Ahmad (Lagu: Cerita Cinta). Gambar atas.
Persembahan Terbaik (SMS): Mawi (Lagu: Angan & Sedar)
Bekas pelajar-pelajar AF yang menambat hati juri ialah Rich (penyanyi kumpulan Estranged). Sahri, Mawi (digelar Raja SMS).
Seperti tahun-tahun lalu, aku menerima jemputan VIP tetapi kali ini aku memilih untuk 'bersama rakyat terbanyak'. Tempat duduk tidak seempuk kerusi VIP dan pemandangan tidak seenak duduk di hadapan pentas, tetapi kali ini aku dapat lari daripada kamera dan spotlights.
Faizal Tahir bertanding dua lagu tetapi diharamkan daripada membuat persembahan pada malam tersebut dan mana-mana persembahan selama enam bulan membuka bajunya di salah satu persembahan terbuka.
Lagu Kasih Tercipta (Komposer: Ajai, Lirik: Shuhaimi Baba) dinyanyikan oleh Bob dan Mahakarya Cinta (Komposer: Audi Mok, Lirik: Shah Shamshiri) dinyanyikan oleh Fiq.
Kecewa rasanya apabila Faizal tidak dibenarkan membuat persembahan pada malam itu. Faizal juga tidak muncul semasa post-party yang dianjurkan oleh TV3 selepas majlis selesai.
Persembahan yang menghiburkan mengikut selera aku pada malam itu ialah:
1. Harapan (Lagu: Hazami, Lirik: Hazami, Nanyian: Fazli Zainal)
Persembahan kreatif dengan rakan-rakan penyanyi latarnya juga bertindak membuat gerak-geri yang sungguh berlainan.
2. Destinasi Cinta (Lagu: Lin Li Zhen, Lirik: PSNN, Nanyian: Dato' Siti Nurhaliza)
Dikoreograf oleh Pat Ibrahim, persembahan ini mengingatkan aku kepada Janet Jackson dengan hud yang dipakai oleh Siti dan penari-penarinya.
3. Angan & Sedar (Lagu: M.Nasir, Lirik: Loloq, Nanyian: Mawi)
Mawi membuat magik dengan menukar pakaian dalam sekelip mata dan dua kumpulan penari dengan tema warna pakaian yang berbeza dalam dua baju yang Mawi peragakan. Tarian si cilik juga amat bersungguh-sungguh dan profesional.
Amat mengecewakan apabila suara Andy semasa membuat persembahan bersama Misha untuk lagu Sembunyi tidak kuat. Begitu juga terjadi kepada persembahan Nikki semasa persembahan selingan.
Kamil with Estranged's guitarist. Kamil also palys electric guitar and he'll write one for my next poem reading sessionSungguhpun aku menghormati keputusan juri, Faizal you are still 'one in a million'. You rock!
Mahakarya Cinta
Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yang salah
Atau hanya helah saja
Ku masih mencintai diri kamu
Walau kau menjauh
Ku rindu
Kau bagaikan udara
Yangn membantu aku untuk
Terus hidup di ats dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau mahakarya cinta
Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku kan se3tia bersama mu
Sehingga ke akhir waktu
Ku tetap menyayangi diri kamu
Biar kau berlalu
Ku rindu
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk Terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna engkau maha karyaa
Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kaulah punca cinta kita
Mengajarkan ku erti bahagia
Temanilah ku ssemula
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk
Terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna engkau maha karya cinta
Inilah pesanan daku
Yang masih akan menunggu
Labels: AJL22, Akademi Fantasia, Anugara Juara Lagu, Destinasi Cinta, Estranged, Faizal Tahir, Fiq, Hazami, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Mahakarya Cinta, Mawi, Siti Nurhaliza
 

