Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, May 24, 2009
Rakyat Hilang Hak Berpakaian?
Sejak beberapa musim ini, rakyat sudah mula terkeliru dan rungsing mengenai pakaian yang mereka kenakan setiap hari.Mutakhir ini, warna pakaian yang dipakai pada satu-satu keadaan akan membawa kemudaratan sehingga boleh dibawa ke mahkamah dan bermalam di dalam lokap.
Pakaian Hitam
Pada 5 Mei lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan 1MalaysiaGELITA yang menuntut agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan dan diadakan pilihan raya kecil. Justeru, seiring dengan kempen tersebut, BERSIH menyeru seluruh rakyat berpakaian hitam pada 7 Mei – semasa DUN Perak diadakan.
Pada hari tersebut seramai 126 orang termasuk wakil-wakil rakyat ditangkap di Ipoh. Kesemua mereka berpakaian hitam. Menurut beberapa video klip yang diambil, ada seorang warga Ipoh yang beriadah setiap pag juga ditahan bersama yang lainnya, hanya kerana beliau berpakaian hitam. Orang tersebut kelihatan terpinga-pinga apabila ditangkap anggota polis yang berpakaian preman.
Pada 7 Mei juga sekotak baju hitam peniaga yang berniaga di luar masjid di Ipoh dirampas dan penjualnya ditangkap. Sebanyak lebih kurang 170 helai pakaian ditahan sebagai bahan bukti.
Keadaan lebih runcing apabila 16 orang ditahan polis kerana mengadakan acara menyala lilin dan berpakaian hitam. Pihak polis telah memohon agar kesemua 16 orang direman dua hari.
Pakaian Putih
Sebelum 7 Mei lalu juga pernah diadakan tangkapan besar-besaran kerana berpakaian putih semasa menghantar memorandum ke DYMM Agong menuntuh pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 7 Mac lalu. Di baju mereka tertera ‘152’ menandakan hak rakyat mengenai bahasa ibunda (Perlembagaan Persekutuan). Pada waktu itu juga, seramai 124 orang ditahan dan seramai sekurang-kurangnya 4,000 menyaksikan pihak polis menyuraikan perarakan yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMK) dengan menembak gas pemedih mata.
Pakaian Merah
Pada 6 Julai 2007, Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minya (GERAMM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mengadakan perhimpunan bersar-besaran menuntut harga bahan bakar turun. Kempen tersebut melancarkan merah sebagai warna rasmi dalam kempen bantahan mereka. Selepas negosiasi dijalankan, akhirnya mereka dan pihak polis bersetuju untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Kelana Jaya.
Salah satu publisiti yang diadakan sebelum ke tarikh 6 Julai, GERAMM menganjurkan program yang berjalan secara aman (Peace Walk) pada 28 jun 2008 dan diakhiri dengan penangkapan dua orang peserta berhampiran komplek membeli belah Sogo di ibu negara. Mereka dan kesemua yang menyertai perarakan itu berpakaian merah.

Berpakaian Jingga
Pertubuhan Tindakan Hak-hak Hindu (Hindraf) melancarkan jingga sebagai warna rasmi pergerakan tersebut. Jingga menjadi ketakutan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa memutuskan untuk megharamkan pertubuhan tersebut.
Jingga (dipanggil oren) juga menjadi warna rasmi bagi gerakan menyokong penyanyi dan peserta Akademi Fantasia (musim ke 2). Sindrom oren dan akhirnya membawa kemenangan kepada penyanyi tersebut. Kini Zahid sudah pun melahirkan album solonya sendiri.
Berpakaian Kuning
Pada 10 November 2007, perarakan bersejarah yang bermatlamat menuntut pilihan raya bersih dan adil memperlihatkan seluruh bandaraya Kuala Lumpur dibanjiri dengan kuning.
Perhimpunan massa itu megumpulkan rakyat seluruh Negara ke ibukota Kuala Lumpur. Matlamat perhimpunan itu untuk mengumpulkan seramai 100,000 orang. Malangnya, banyak bas-bas yang ditahan sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur ditahan dan merampas baju-t kuning.
Sungguhpun mereka tidak berpakaian kuning, tetapi ada kereta yang digeledah bagi mencari pakaian kuning!
Di beberapa tempat; Masjid Jamek, polis bertindak ganas dnegan menembak gas pemedih mata. Di Pasar Budaya, polis mengarahkan kompleks tersebut ditututup bagi menghalang “orang kuning” dapat berlindung dan berhimpun. Di Masjid Negara, mereka dikepung dengan kawalan pihak polis yang ketat.
Kuning dipilih kerana salah satu tuntutannya ialah untuk media adil. Kuning menjadi warna rasmi kepada kebebasan media. Tuntutan lain BERSIH ialah pembersihan senarai pemilih, pemansuhan undi pos kepada anggota polis dan tentera, penggunaan dakwat kekal dan tempoh kempen yang berpatutan.
Keadaan pada waktu itu sungguh tertekan sehinggakan Aleeyasak (mangsa) diheret dan dihentakkan kakinya sehingga patah dengan but FRU. Sungguhpun Aleeyasak merayu dengan mengatakan bahawa beliau tidak terlibat dengan perhimpunan dan hanya menjual pisang goring, disebabkan pakaian kuningnya, polis mengheret ke trak. Dia kemudiannya menyaman pihak polis dan kes tersebut masih dalam perbicaraan.
Jadi, dengan insiden-insiden tersebut menyebabkan kita belajar untuk peka berpakaian demi keselamatan. Bagi mereka yang menganjurkan, warna tersebut menjadi suara.
Pakaian kini menjadi fobia. Tidak mustahil kepada orang kebanyakan untuk berasa takut untuk berpakaian dan terpaksa melihat akhbar (sungguhpun tidak melaporkan berita sebenar) tentang acara-acara yang dijalankan.
Mungkin barangkali orang akan takut untuk berpakaian warna biru tua kerana takut dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib yang dikatakan terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia.
Ada juga yang takut berpakaian batik pada hari Khamis kerana takut dicapkan sebagai kakitangan kerajaan yang terkenal dengan perkhidmatan lembap. Menurut pengalaman ramai orang, mereka sering dijadikan bola ping-pong kerana sering dihantar ke beberapa jabatan dan tingkat bangunan berbeza sehingga kekecewaan dalam sesebuah permohonan yang dibuat.
Ada juga yang mungkin takut berpakaian biru muda dengan lajur merah kerana takut tidak dapat mendapat projek kerajaan (persekutuan).
Tidak berpakaian?
Sekiranya seseorang bercadang untuk tidak berpakaian untuk mengelak daripada kejadian-kejadian di atas, mereka harus berfikir banyak kali.
Faizal Tahir pernah mengoyakkan bajunya ketika membuat persembahan. Dia, selepas itu digam untuk seketika oleh beberapa syarikat televisyen di bawah Media Prima.
Sekumpulan yang menggelar mereka reformis juga ada berhasrat untuk berbogel di hadapan pintu bangunan SUK Selangor tetapi dibantah Majlis Agama. Kritikan hebat tersebut menggagalkn niat mereka.
Fobia ini akan merasuk kepada lebih ramai rakyat marhaen sekiranya amalan demokrasi untuk berpakaian dihalang pihak polis dan tindakan pihak pihak berkuasa ini tidak dibendung.
Labels: 1BLACKMalaysia, Altantuya, BERSIH, Faizal Tahir, HINDRAF, najib tun razak
 
Monday, January 28, 2008
AJL22: Rezeki Akademi Fantasia

Malam Anugerah Juara Lagu tahun ini memberi rezeki kepada bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) dalam mendominasi trofi-trofi kali ini.
Berikut ialah keputusannya:
Anugerah Juara: Itu Kamu (Lagu: Estranged, Lirik: Richael Lawrence, Nanyian: Estranged)
Juara Etnik Kreatif: Samudera (Lagu: Johan Nawawi, Lirik: Ahmad Fedtri Yahya, Nanyian: Nora)
Juara Pop Rock: (Lagu: Estranged, Lirik: Richael Lawrence, Nanyian: Estranged)
Juara Balada: Izinku Pergi (Lagu: Azlan Abu Hassan, Lirik: Azlan Abu Hassan, Nanyian: Sahri - lagu asal Kaer)

Vokal Terbaik (SMS): Jaclyn Victor & Lah Ahmad (Lagu: Cerita Cinta). Gambar atas.
Persembahan Terbaik (SMS): Mawi (Lagu: Angan & Sedar)
Bekas pelajar-pelajar AF yang menambat hati juri ialah Rich (penyanyi kumpulan Estranged). Sahri, Mawi (digelar Raja SMS).
Seperti tahun-tahun lalu, aku menerima jemputan VIP tetapi kali ini aku memilih untuk 'bersama rakyat terbanyak'. Tempat duduk tidak seempuk kerusi VIP dan pemandangan tidak seenak duduk di hadapan pentas, tetapi kali ini aku dapat lari daripada kamera dan spotlights.
Faizal Tahir bertanding dua lagu tetapi diharamkan daripada membuat persembahan pada malam tersebut dan mana-mana persembahan selama enam bulan membuka bajunya di salah satu persembahan terbuka.
Lagu Kasih Tercipta (Komposer: Ajai, Lirik: Shuhaimi Baba) dinyanyikan oleh Bob dan Mahakarya Cinta (Komposer: Audi Mok, Lirik: Shah Shamshiri) dinyanyikan oleh Fiq.
Kecewa rasanya apabila Faizal tidak dibenarkan membuat persembahan pada malam itu. Faizal juga tidak muncul semasa post-party yang dianjurkan oleh TV3 selepas majlis selesai.
Persembahan yang menghiburkan mengikut selera aku pada malam itu ialah:
1. Harapan (Lagu: Hazami, Lirik: Hazami, Nanyian: Fazli Zainal)
Persembahan kreatif dengan rakan-rakan penyanyi latarnya juga bertindak membuat gerak-geri yang sungguh berlainan.
2. Destinasi Cinta (Lagu: Lin Li Zhen, Lirik: PSNN, Nanyian: Dato' Siti Nurhaliza)
Dikoreograf oleh Pat Ibrahim, persembahan ini mengingatkan aku kepada Janet Jackson dengan hud yang dipakai oleh Siti dan penari-penarinya.
3. Angan & Sedar (Lagu: M.Nasir, Lirik: Loloq, Nanyian: Mawi)
Mawi membuat magik dengan menukar pakaian dalam sekelip mata dan dua kumpulan penari dengan tema warna pakaian yang berbeza dalam dua baju yang Mawi peragakan. Tarian si cilik juga amat bersungguh-sungguh dan profesional.
Amat mengecewakan apabila suara Andy semasa membuat persembahan bersama Misha untuk lagu Sembunyi tidak kuat. Begitu juga terjadi kepada persembahan Nikki semasa persembahan selingan.
Kamil with Estranged's guitarist. Kamil also palys electric guitar and he'll write one for my next poem reading sessionSungguhpun aku menghormati keputusan juri, Faizal you are still 'one in a million'. You rock!
Mahakarya Cinta
Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yang salah
Atau hanya helah saja
Ku masih mencintai diri kamu
Walau kau menjauh
Ku rindu
Kau bagaikan udara
Yangn membantu aku untuk
Terus hidup di ats dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau mahakarya cinta
Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku kan se3tia bersama mu
Sehingga ke akhir waktu
Ku tetap menyayangi diri kamu
Biar kau berlalu
Ku rindu
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk Terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna engkau maha karyaa
Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kaulah punca cinta kita
Mengajarkan ku erti bahagia
Temanilah ku ssemula
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk
Terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna engkau maha karya cinta
Inilah pesanan daku
Yang masih akan menunggu
Labels: AJL22, Akademi Fantasia, Anugara Juara Lagu, Destinasi Cinta, Estranged, Faizal Tahir, Fiq, Hazami, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Mahakarya Cinta, Mawi, Siti Nurhaliza
 

