Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, May 24, 2009
Rakyat Hilang Hak Berpakaian?
Sejak beberapa musim ini, rakyat sudah mula terkeliru dan rungsing mengenai pakaian yang mereka kenakan setiap hari.Mutakhir ini, warna pakaian yang dipakai pada satu-satu keadaan akan membawa kemudaratan sehingga boleh dibawa ke mahkamah dan bermalam di dalam lokap.
Pakaian Hitam
Pada 5 Mei lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan 1MalaysiaGELITA yang menuntut agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan dan diadakan pilihan raya kecil. Justeru, seiring dengan kempen tersebut, BERSIH menyeru seluruh rakyat berpakaian hitam pada 7 Mei – semasa DUN Perak diadakan.
Pada hari tersebut seramai 126 orang termasuk wakil-wakil rakyat ditangkap di Ipoh. Kesemua mereka berpakaian hitam. Menurut beberapa video klip yang diambil, ada seorang warga Ipoh yang beriadah setiap pag juga ditahan bersama yang lainnya, hanya kerana beliau berpakaian hitam. Orang tersebut kelihatan terpinga-pinga apabila ditangkap anggota polis yang berpakaian preman.
Pada 7 Mei juga sekotak baju hitam peniaga yang berniaga di luar masjid di Ipoh dirampas dan penjualnya ditangkap. Sebanyak lebih kurang 170 helai pakaian ditahan sebagai bahan bukti.
Keadaan lebih runcing apabila 16 orang ditahan polis kerana mengadakan acara menyala lilin dan berpakaian hitam. Pihak polis telah memohon agar kesemua 16 orang direman dua hari.
Pakaian Putih
Sebelum 7 Mei lalu juga pernah diadakan tangkapan besar-besaran kerana berpakaian putih semasa menghantar memorandum ke DYMM Agong menuntuh pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 7 Mac lalu. Di baju mereka tertera ‘152’ menandakan hak rakyat mengenai bahasa ibunda (Perlembagaan Persekutuan). Pada waktu itu juga, seramai 124 orang ditahan dan seramai sekurang-kurangnya 4,000 menyaksikan pihak polis menyuraikan perarakan yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMK) dengan menembak gas pemedih mata.
Pakaian Merah
Pada 6 Julai 2007, Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minya (GERAMM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mengadakan perhimpunan bersar-besaran menuntut harga bahan bakar turun. Kempen tersebut melancarkan merah sebagai warna rasmi dalam kempen bantahan mereka. Selepas negosiasi dijalankan, akhirnya mereka dan pihak polis bersetuju untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Kelana Jaya.
Salah satu publisiti yang diadakan sebelum ke tarikh 6 Julai, GERAMM menganjurkan program yang berjalan secara aman (Peace Walk) pada 28 jun 2008 dan diakhiri dengan penangkapan dua orang peserta berhampiran komplek membeli belah Sogo di ibu negara. Mereka dan kesemua yang menyertai perarakan itu berpakaian merah.
Berpakaian Jingga
Pertubuhan Tindakan Hak-hak Hindu (Hindraf) melancarkan jingga sebagai warna rasmi pergerakan tersebut. Jingga menjadi ketakutan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa memutuskan untuk megharamkan pertubuhan tersebut.
Jingga (dipanggil oren) juga menjadi warna rasmi bagi gerakan menyokong penyanyi dan peserta Akademi Fantasia (musim ke 2). Sindrom oren dan akhirnya membawa kemenangan kepada penyanyi tersebut. Kini Zahid sudah pun melahirkan album solonya sendiri.
Berpakaian Kuning
Pada 10 November 2007, perarakan bersejarah yang bermatlamat menuntut pilihan raya bersih dan adil memperlihatkan seluruh bandaraya Kuala Lumpur dibanjiri dengan kuning.
Perhimpunan massa itu megumpulkan rakyat seluruh Negara ke ibukota Kuala Lumpur. Matlamat perhimpunan itu untuk mengumpulkan seramai 100,000 orang. Malangnya, banyak bas-bas yang ditahan sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur ditahan dan merampas baju-t kuning.
Sungguhpun mereka tidak berpakaian kuning, tetapi ada kereta yang digeledah bagi mencari pakaian kuning!
Di beberapa tempat; Masjid Jamek, polis bertindak ganas dnegan menembak gas pemedih mata. Di Pasar Budaya, polis mengarahkan kompleks tersebut ditututup bagi menghalang “orang kuning” dapat berlindung dan berhimpun. Di Masjid Negara, mereka dikepung dengan kawalan pihak polis yang ketat.
Kuning dipilih kerana salah satu tuntutannya ialah untuk media adil. Kuning menjadi warna rasmi kepada kebebasan media. Tuntutan lain BERSIH ialah pembersihan senarai pemilih, pemansuhan undi pos kepada anggota polis dan tentera, penggunaan dakwat kekal dan tempoh kempen yang berpatutan.
Keadaan pada waktu itu sungguh tertekan sehinggakan Aleeyasak (mangsa) diheret dan dihentakkan kakinya sehingga patah dengan but FRU. Sungguhpun Aleeyasak merayu dengan mengatakan bahawa beliau tidak terlibat dengan perhimpunan dan hanya menjual pisang goring, disebabkan pakaian kuningnya, polis mengheret ke trak. Dia kemudiannya menyaman pihak polis dan kes tersebut masih dalam perbicaraan.
Jadi, dengan insiden-insiden tersebut menyebabkan kita belajar untuk peka berpakaian demi keselamatan. Bagi mereka yang menganjurkan, warna tersebut menjadi suara.
Pakaian kini menjadi fobia. Tidak mustahil kepada orang kebanyakan untuk berasa takut untuk berpakaian dan terpaksa melihat akhbar (sungguhpun tidak melaporkan berita sebenar) tentang acara-acara yang dijalankan.
Mungkin barangkali orang akan takut untuk berpakaian warna biru tua kerana takut dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib yang dikatakan terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia.
Ada juga yang takut berpakaian batik pada hari Khamis kerana takut dicapkan sebagai kakitangan kerajaan yang terkenal dengan perkhidmatan lembap. Menurut pengalaman ramai orang, mereka sering dijadikan bola ping-pong kerana sering dihantar ke beberapa jabatan dan tingkat bangunan berbeza sehingga kekecewaan dalam sesebuah permohonan yang dibuat.
Ada juga yang mungkin takut berpakaian biru muda dengan lajur merah kerana takut tidak dapat mendapat projek kerajaan (persekutuan).
Tidak berpakaian?
Sekiranya seseorang bercadang untuk tidak berpakaian untuk mengelak daripada kejadian-kejadian di atas, mereka harus berfikir banyak kali.
Faizal Tahir pernah mengoyakkan bajunya ketika membuat persembahan. Dia, selepas itu digam untuk seketika oleh beberapa syarikat televisyen di bawah Media Prima.
Sekumpulan yang menggelar mereka reformis juga ada berhasrat untuk berbogel di hadapan pintu bangunan SUK Selangor tetapi dibantah Majlis Agama. Kritikan hebat tersebut menggagalkn niat mereka.
Fobia ini akan merasuk kepada lebih ramai rakyat marhaen sekiranya amalan demokrasi untuk berpakaian dihalang pihak polis dan tindakan pihak pihak berkuasa ini tidak dibendung.
Labels: 1BLACKMalaysia, Altantuya, BERSIH, Faizal Tahir, HINDRAF, najib tun razak
0 Comments:
Post a Comment
<< Home