Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, March 13, 2008

Peserta AF Pilihan Blogger

Sebagai blogger yang juga melaporkan berita hiburan, aku dijemput untuk menghadiri sidang media dari penganjur rancangan realiti TV, Akademi Fantasia. Sidang media diadakan di JWW Marriott di Bukit Bintang, 10 Mac lalu.

ASTRO, melalui program Akademi Fantasia sekali lagi memberikan kejutan dengan pengumuman 25 calon pelajar musim keenam ini.

Berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya, senarai akhir pelajar-pelajar yang bakal menghuni Akademi akan diumumkan melalui program Tirai Akademi Fantasia Episod 3 pada Ahad, 16 Mac, 8.30 malam di Astro RIA (Saluran 104) da Astro@15 (Saluran 109 Astro).

24 calon pelajar telah dipilih di antara yang terbaik daripada lebih 6,000 penyertaan di lima buah lokasi sessi ujibakat, sekaligus merupakan rekod penyertaan paling tinggi berbanding musim-musim lalu. Manakala seorang lagi calon pelajar dipilih melalui sessi ujibakat 'wildcard', dengan kerjasama radio ERA.

Menurut Zainir Aminullah selaku Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, terdapat seorang nenek kepada dua cucu, kakak kepada penghibur tanahair dan seorang pemain angklung bertaraf dunia adalah antara calon-calon pelajar Akademi Fantasia musim ini.

Pasukan Akademi Fantasia:

Pengetua: Ramli MS
Perunding Persembahan Pentas: Anita Sarawak
Guru Vokal Teknikal: Siti Hajar Ismail
Guru Vokal Persembahan: Syafizawati Sharif
Guru Vokal/Muzik: Genervie Kam
Guru Koreografi: Linda Jasmine
Guru Seni Persembahan: Fauziah Nawi
Perunding Motivasi dan Guru Bahasa Inggeris: Fatimah Abu Bakar
Perunding Fesyen: Jasmi Rejab
Pengkritik Tetap 1: Fauziah Ahmad Daud
Pengkritik Tetap 2: Ning Baizura
Hos Diari AF: Sarimah
Hos Konsert AF: AC


Peserta AF6 yang menjadi Perhatian Blog ini:

1. Faisal, 21 tahun

Nama sebenar: Muhammad Faisal bin Abdullah.

Apa yang menjadi menarik mengenai peserta ini selain daripada mempunyai nama yang sama dengan saya ialah cita-citanya untuk menjadi pegawai polis.

Ramai belia yang malu untuk memasuki pasukan polis kerana reputasi badan tersebut yang teramat buruk, lencana "SAYA ANTI RASUAH" yang langsung tidak berkesan, slogan "CEKAP, BETUL, AMANAH" yang tinggal slogan. Punyai Ketua Polis yang tidak kredibel.

2. Stanly, 25 tahun

Nama sebenar: Stanly Maringai David Impi
Asal: Kuching, Sarawak.

Badannya bersaiz besar. Ini mungkin tidak memberikan undi. Mungkin sangkaan saya salah kerana mengikut rekod AF, Bob Mesra berjaya sehingga ke peringkat akhir.

Apa yang menarik ialah suaranya ala 'tenor' mampu mencapai nada tinggi. Aku sempat mendengar suaranya semasa sessi memperkenalkan peserta.

3. Rina, 44 tahun

Nama Sebenar: Hairina binti Abd Halim
Asal: Selangor

Profesionnya sebagai penyanyi kelab dan seorang ibu tunggal. Beliau sudah punyai dua cucu gemar memakai but.

Sebagai penyanyi kelab, beliau sudah terdedah dalam bidnag seni suara dan aku tidak rasa 'mama blues' ini punyai banyak masalah dalam pengawalan vokal mahupun persembahan pentas.

4. Saida, 32 tahun

Nama Sebenar: Siti Norsaida binti Tarudin
Asal: Kuala Lipis, Pahang

Kakak kepada Siti Nurhaliza, ingin menumpang populariti adiknya. Siti Nurhaliza hadir dalam kempen BN di beberapa negeri terutama di Negeri Sembilan dan kehadiran penyanyi bergelar Datuk ini mungkin menurun akibat kekalahan teruk BN dalam Pilihanraya Umum yang baru sahaja berakhir.

Akibat daripada itu, serangan SMS daripada beberapa individu untuk melayakkan seseorang ahli keluarga untuk kekal dalam AF susah untuk ditafsir. Menurut rekod, ada pelajar yang berlatarbelakang kaya mencurahkan SMS akhirnya kecundang kepada Faizal (AF4) yang berlatarbelakang keluarga yang kurang berada.

5. Toi, 31 tahun

Nama Sebenar: Khairul Nizam bin Baharom
Asal: Johor Bahru, Johor

Toi merupakan pemain angklung bertaraf dunia, seorang ayah yang berbakat dalam pelbagai cabang seni dan mempunyai deria pendengaran nada muzik yang tajam.

Aku rasa Toi mampu bertahan sehingga minggu terakhir dengan riak muka sederhana dan berlawak. Beliau mampu menarik undi peminat.

Akademi Fantasia akan mula disiarkan di Malaysia dan Brunei melalui program pengenalan, Tirai AKademi Fantasia episod 1 pada 15 Mac 2008, 8.30 malam. Tirai Akademi Fantasia episod 2 akan disiarkan pada 15 Mac 2008, 9.30 malam dan episod 3 pula pada 16 Mac, 8.30 malam.

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi Fantasia mulai 17 Mac 2008, Isnin hingga Jumaat, pada jam 6 petang dan 11 malam.

Konsert Akademi Fantasia akan bersiaran langsung dari Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya mulai 22 Mac 2008, setiap Sabtu, 9 malam.

Sebuah program baru Radar Akademi Fantasia pula akan menemui penonton mulai 23 Mac, setiap Ahad, 9 malam.

Labels: , ,

1 Comments:

At 3:32 pm, Anonymous Anonymous said...

faisal tu anggota kumpulan nasyid far east...skrg xtahu sama ada still dgn far east atau dah keluar.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com