Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, March 12, 2008
Detik Kemenangan: Tuhan Makbulkan Doa
Pada 8 Mac, sekali lagi aku dipaksa untuk bangun awal pagi….inilah pantang aku dari dulu, bila dipaksa bangun awal pagi. Hari pengundian, hari penentuan.
Telefon berdering setiap minit dengan pelbagai masalah; dari USJ3 hingga PJS 10. Tak henti dengan pelbagai kekurangan dan masalah.
Dari pagi lagi, aku diberitahu tiga daripada pondok panas yang kita dirikan telah pun disita oleh SPR kerana tidak ikut peraturan. Dah sita, tak boleh buat apa-apa. AKu hanya minta tiada lagi pondok panas di tempat-tempat lain menerima nasib serupa.
Ustaz Zul cuba nak jelaskan keadaan kepada pegawai SPR yang tak faham
Ustaz Zul dari Desa Mentari telefon meminta aku ke PJS 6 Timur iaitu di Balai Raya PJS 6/1 di mana padatan pengundi tinggi dengan tempat yang kecil. Menurutnya, tempat di situ ramai, banyak tekanan dan tiada komputer. Pihak yang ditugaskan untuk semakan undi masih belum muncul.
Aku bergegas ke tempat tersebut. Aku lihat SPR beriya-iya arahkan pondok panas keADILan dipindahkan kerana tidak meletakkan di kawasan yang diarahkan. Kami memberitahu bahawa tempat yang diarahakan itu berhadapan dengan kediaman dan mereka tidak benarkan. Kami memberitahu bahawa kami tidak mempunyai pilihan. SPR memberitahu bahawa tempat kami mengganggu lalulintas tetapi sememangnya khemah tersebut di luar jalanraya.
Aku dengar pihak jawatankuasa dari PJS 6 Timur akhirnya bersetuju sekiranya SPR bertindak adil dengan mengarahkan khemah BN juga dialihkan. Kerana setakat ini hanya keADILan sahaja yang didapati salah dari kacamata SPR.
Akhirnya, BN terpaksa mengalihkan khemah mereka yang sebesar-besar itu ke sebelah longkang besar dan di atas tanah.
Sukarelawan sedang melayan setiap pengundi yang periksa status pengundi
Kami mendapat simpati daripada penghuni terdekat yang sanggup membenarkan kami menggunakan kuasa elektrik. Alhamdulillah, sesungguhnya Tuhan telah memudahkan kerja kami.
Kehadiran FRU
Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dipanggil untuk kononna mengawal ketegangan. Ketegangan apa? Pihak BN berada di luar garisan kuning yang ditempatkan - sehingga begitu rapat dengan perayu undi keADILan.
Kehadiran FRU aku lihat tidak selesaikan masalah tetapi mendatangkan provokasi kepada pengundi-pengundi. Mereka hanya tercegat di luar pagar pintu masuk Balai Raya. Aku terpaksa nasihat pengundi-pengundi yang datang untuk tidak mengendahkan dengan kehadiran FRU dan tetap pergi laksanakan tanggungjawab, terus ke tempat pembuangan undi. Mereka tekad dan akur. Syukur.
BN Arah Kanak-kanak Berkempen
Perhatikan perkara-perkara berikut:
1. BN menggunakan kanak-kanak di bawah umur dalam kempen raih undi. SALAH DI SISI PERATURAN PILIHANRAYA. Mana pegawai SPR dan pihak polis?
2. Lihat garisan kuning. BN melepasi garisan dengan selamba.
Pihak polis yang diantaranya memang selalu aku lihat dalam menghalang ceramah-ceramah keADILan di Seri Setia hadir kononnya untuk juga jaga keselamatan. PIhak BN telah membuang botol air. Perbuatan itu dilakukan di hadapan pegawai polis. Polis tidak berbuat apa-apa. Jenuh kita menyabarkan sukarelawan untuk tidak bertindakbalas. Mujur juga tiada siapa yang cedera.
Kanak-kanak pula dibiarkan menjerit, melaung dan mengibar bendera serta berpakaian BN (sebut; Barang Naik) di tempat BN. Polis juga tidak mengambil apa-apa tindakan.
Mengikut undang-undang Pilihnaraya, kanak-kanak di bawah 21 tahun dilarang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kempen pilihanraya. Adakah betul pihak polis bertindak ikut arahan bukannya undang-undang?
Hujan Lebat
Kesian BN. Habis lecak pondok panas mereka. Pihak polis pula tidak menghentikan rayu undi kanak-kanak di bawah umur.
Pada kira-kira jam 4 petang, hujan mulai turun selebat-lebatnya. Khemah BN terletak di atas tanah pembinaan dan aku lihat wanita-wanita BN, penyokong kuar Sheripah Noli basah kuyup dan ditenggelami lecak.
Kami berada di atas jalan raya dan hanya laluan air deras sahaja melintasi kami.
Selesai pengundian jam 5 petang, aku minta izin untuk kembali ke Pusat Khidmat kerana terpaksa menunggu Borang 14 dari semua tempat pengundian.
Nik Nazmi (NN) telefon;
NN : Kau kat mana?
Aku : Kat Desa Mentari. Why?
NN : Kita dah menang!
Aku : I know. I’m collecting all the results
NN : Jo mar. Datang kat tempat pengiraan undi (Pejabat Tanah Petaling).
Aku : Aku banyak kerja lah. Lagipun aku masih tunggu tempat undi yang lain.
NN : Dah lah Faisal. Tinggalkan kerja. Aku tunggu kau kat Pejabat Tanah.
Selepas itu, panggilan dari Hj Yusop mengarahkan aku segera menghantar Borang 14 segera atas arahan SPR. Untuk tidak membiarkan SPR memberi alasan gila, aku terus pecut ke Subang Jaya. Of course, with a friend. Takut beb, Borang ni kena kidnap.
Orang dah ramai berhimpun. Rela tak bagi aku masuk. Polis haling aku masuk. Aku terus tinggi suara,
“Saya pun tak ingin nak masuk. Suruh SPR datang sini amik sendiri Borang 14 ni”.
Terus diorang bagi aku masuk.
Keputusan 3.40am
Kami tunggu dari jam 9 malam hingga 3.40am bagi pengumuman keputusan. Alasan yang diberikan ialah kerana pihak Pusat belum endorse.
Wah, lamanya nak tunggu endorse. Sabah, Sarawak punya cepat dapat result. Siap boleh masuk TV lagi!
Sebab muka pegawai-pegawai SPR ni macam tebal, tak lut.
Syul bagitahu; kalau SPR merepek sampai pukul 4 pagi, aku blah. AKu plak tumpang Syul. Aku pun dah bosan giler tunggu macam bodoh ni.
Kita buat sidang media mengutuk perbuatn yang dikira snegaja melengah-lengahkan keputusan, Hannah Yeoh pula memberitahu penyokong yang berusia dan yang membawa anak kecil untuk pulang sahaja.
Tapi mereka bertekad.
Pihak wartawan ramai menelefon aku. Yang ramainya dari antarabangsa untuk mengenalpasti kedudukan tempat-tempat lain dan faktir kejayaan. Sambil diwawancara, aku Nampak dua orang SB (sebut; siput babi) mengambil video dan cuba mendengar perbualan aku.
Cukuplah korang ni dan tap handphone aku. Cukup tak professional.
Nik Nazmi lepak dengan aku dan berkali-kali dia cakap, worth it kan? Aku Cuma jawab “congratulations”.
Dia dakap aku.
Memang, sepanjang kempen aku langsung tak ada kesempatan pun melepak dengan member aku ni yang kini bergelar YB.
Mungkin lepas ni, lifestyle kami berubah. Aku kena jaga wakil Parlimen dan penduduk Seri Setia.
Back to lecturing? Of course!
Labels: keputusan PRU12, Nik Nazmi
0 Comments:
Post a Comment
<< Home