Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, March 08, 2008
Kempen Kelana Jaya Diserang SPR, MBPJ, Polis
Pada hari Rabu lepas (5 Mac) aku dijemput untuk memberi ceramah di No 30, Jalan SS9/2 bagi membantu kempen pilihanraya bagi calon P104 Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne dan N32 Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sebelum mulanya ceramah, pihak penganjur menayangkan rakaman ceramah sdr Anwar Ibrahim pada layar besar.
Aku penceramah pertama tiba dan kira-kira jam 9.15 malam pihak pemantau SPR datang bersama Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan pihak polis.
Pihak MBPJ aku perhatikan terus meletakkan dua trak mereka bersama di hadapan gerai peniaga dan bertanyakan pelbagai soalan yang aku kira diantaranya persoalkan lesen perniagaan.
Kesian aku perhatikan peniaga-peniaga tersebut tetapi mereka begitu kental. Orang ramai mula mengerumuni menjadikan wakil pemantau SPR dan MBPJ sedikit gelabah.
Memandangkan aku sebagai Timbalan Pengarah Kempen dan Setiausaha Bahagian, aku dipanggil untuk berunding.
SPR pada mulanya hanya ingin berbincang dengan wakil calon tetapi aku selepas berbincang dengan wakil calon melalui telefon, Pengarah memberitahu bahawa aku mempunyai kuasa untuk berunding.
Dilarang Pasang Layar
SPR memberitahu bahawa pihak penganjur tidak memohon permit untuk memasang layar untuk ceramah tersebut.
Berdekatan dengan tempat ceramah ialah salah satu bilik gerakan BN (sebut: barang naik) dan wakil BN menyokong dengan mengatakan layar tersebut mendatangkan kebisingan.
Aku persoalkan bahawa apa bezanya ceramah dengan tayangan kerana kedua-duanya mempunyai elemen audio-visual. Sekiranya permit ceramah diberikan, tayangan tersebut juga menayangkan siri ceramah, bukannya dvd seks Chua Soi Lek!
SPR: Kita ikut undang-undang, polis pun ada ni.
Aku: Jangan masukkan polis dalam hal ni. Polis tak tahu. Dia ikut arahan, bukan undang-undang.
SPR: Baik, saya tak tahu pasal itu, tapi arahan jelas tak boleh pasang video. kami ikut peraturan yang diberikan.
Aku: Janganlah cakap pasal peraturan. SPR keluarkan peraturan guna dakwa kekal, tapi akhirnya batalkan.
SPR: Itu belum finalise.
Aku: Apa belum finalise, Rashid dah keluarkan kenyataan. Adil tak?
SPR: Memanglah tak adil, saya hanya buat kerja.
Aku: Lain kali arahan mesti berlandaskan keadilan.
Peniaga Terima Intimidasi
SPR: Lagi satu pasal peniaga ni, tak boleh.
Aku: Awak nak halang diorang cari makan ke?
SPR: Ini peraturan MBPJ.
Aku: Baik, peniaga burger kat sebelah tu (sambil aku nuding ke peniaga burger hadapan bilik gerakan BN) ada lesen tak? Kalau awak nak suruh peniaga ni beredar sebab tak ada lesen, suruh peniaga burger tu sekali. Dia berniaga area ni lagi lama. Adil kan?
SPR: Oklah, tapi tak payahlah orang ramai-ramai kerumun.
Ceramah
Aku penceramah pertama, Dr Syed Husin tiba dan aku ceritakan hal yang berlaku. Syed Husin senyap sahaja.
Aku pun ceritakan bahawa keADILan di sini bukannya terpaksa berhadapan dengan BN tetapi juga dengan polis dan SPR.
Mengenai MBPJ, jika melibatkan keADILan, tindakannya cukup cekap. Bila melibatkan hal longkang, dia bagi protokol dan arah kita isi borang dan beritahu kita birokrasi mereka.
Pegawai SPR tu perhati dari jauh dan selepas aku habis ceamah, mereka semuanya beredar.
Labels: Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, Nik Nazmi, PRU12, Syed Husin Ali
0 Comments:
Post a Comment
<< Home