Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, March 07, 2008
Hujan Perubahan di Kg Lindungan
Semalam (2 Mac), satu lagi siri ceramah yang saya dilibatkan. Kali ini, kami telah mengaturkannya di salah satu bilik gerakan kami di No 103 Blok 2, Jalan PJS 6/3B, Kg Lindungan.
Saya digandingkan dengan Ketua Angkatan Muda Kelana Jaya juga Ketua Angkatan Muda Selangor bersama calon N32 Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam perjalanan saya di Kg Lindungan, saya melalui salah satu khemah keADILan yang ditempatkan di tepi jalan tapak pasar malam Kg Lindungan. Di sana, satu skrin besar ditayangkan untuk tatapan pembeli-pembeli di pasar malam. Orang yang lalu-lalang berduyun berhenti menonton vcd ceramah Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan sedikiti kesesakan.
Khemah tersebut didirikan di kawasan pencawang TNB di mana di tapak tersebut juga mempunyai sebuah dewan serba guna yang diubahsuai kepada bilik gerakan BN (sebut: barang naik).
Namun, notis untuk menurunkan khemah diterima oleh pihak keADILan. Saya kurang pasti tentang dewan tersebut. Dan kami memberitahu bahawa kami tidak mempunyai masalah untuk menurunkan khemah dengan syarat BN robohkan dewan ‘haram’ yang dibina di tapak TNB.
Dalam perjalanan yang terkial-kial mencari tempat ceramah, saya juga melalui perkhemahan BN tidak jauh dari situ di mana calon BN, Sheripah Noli berjumpa dengan jentera-jentera wanita di sana.
Hujan turun dengan sungguh lebat.
Isu Kg Lindungan
Menarik mengenai Kg Lindungan, saya berfikir tentang isu yang saya ingin ketengahkan. Dalam beberapa jam, saya mampu untuk mengorek kembali beberapa insiden menarik sepanjang saya berkhidmat di Seri Setia.
Pertama, kes perobohan kuil Kg Lindungan beberapa tahun yang lalu sehingga melibatkan samseng-samseng yang dikenalpasti dengan reben oren.
Mereka (samseng) ini menghalang pihak aktivis dan penduduk kampong daripada berbincang dengan pihak berkuasa MBPJ dan polis.
Kedua, pada hari parlimen dibubarkan, Khir Toyo dan Samy Vellu yang menyalahgunakan jawatan ‘bekas’ mereka untuk turun ke Kg Lindungan bagi upacara pecah tanah bagi pembinaan masjid dan sekolah tamil.
Tetapi, seperti apa yang saya paparkan dalam blog ini, dengan ihsan WTV8, Khir Toyo dan Samy Vellu di boo sepanjang ceramah Khir Toyo manakala Samy Vellu tidak berpeluang langsung untuk berucap.
5 Janji Anwar
Mungkin bosan apabila aku terangkan keseluruhan lima janji Anwar. Hanya aku sentuh mengenai pemulihan institusi polis.
Kes Francis Udayappan yang mati dalam tahanan menjadi isu penting dan aku lihat sendiri semua hadirin terdiam kaku mendengar. Kini, ibu mendiang, Sara Lily bersama berjuang menentang ketidakadilan dan tidak rela ibu-ibu lain menerima nasib yang sama sepertinya.
Manifesto Calon
Dengan corong pembesar suara yang dipasang, aku benar-benar berharap Sheripah Noli mendengar suara kami.
Aku tekankan;
1. Sahut cabaran Nik Nazmi untuk berdialog mengenai isu di Seri Setia
2. Profail Sheripah Noli supaya kita sebagai pengundi dapat bandingkan calon-calon yang bertanding di Seri Setia.
Labels: Kelana Jaya, kg lindungan, manifesto, N32, Nik Nazmi, seri setia, Sheripah Noli
0 Comments:
Post a Comment
<< Home