Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, March 03, 2008

Penduduk Kg Lindungan Halau Khir Toyo & Samy Vellu

Pada hari pembubaran parlimen, Khir Toyo dan Samy Vellu, masing-masing menggunakan kapasiti jawatan mereka dalam kerajaan telah datang ke Kg Lindungan bagi upacara pecah tanah masjid dan sekolah Tamil.

Ya, memang benar kita tidak mempunyai undang-undang dalam 'caretaker government' yang boleh mendakwa Khir Toyo dan Samy Vellu menggunakan jawatan 'bekas' selepas Parlimen dibubarkan.

Umum mengetahuinya kedua-dua mereka datang ke Kg Lindungan sebagai sebahagian daripada permulaan kempen pilihanraya.

Mereka diejek, diahalau dan langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada kedua pemimpin tersebut.

Aku pernah menyaksikan MBPJ bersama polis merobohkan kuil di Kg Lindungan tidak berapa lama dahulu sebagai sebahagian daripada kempen setinggan sifar Khir Toyo.

Apabila kami cuba berhujah mengenai penggazetan tempat ibadah di Kg Lindungan, kami dihalang oleh sekumpulan India yang memakai reben oren di pergelangan tangan.

Mereka samseng-samseng upahan MIC. VCD tersebut telah pun aku edarkan semasa lawatan aku ke Jerman tahun lalu dalam menyampaikan mesej mengenai pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia.

Kg Lindungan ialah sebahagian daripada Dun Seri Setia (N32).

Dalam pilihanraya ini, Seripah Noli akan cuba mengekalkan kedudukannya manakala kerusi tersebut dicabar oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (mewakili keADILan).

Labels: , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com