Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, May 26, 2008

TV One Indonsia's Investigate Report with Me During Elections 2008





Labels: , , ,

 

 

Saturday, March 08, 2008

Kempen Kelana Jaya Diserang SPR, MBPJ, Polis


Pada hari Rabu lepas (5 Mac) aku dijemput untuk memberi ceramah di No 30, Jalan SS9/2 bagi membantu kempen pilihanraya bagi calon P104 Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne dan N32 Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sebelum mulanya ceramah, pihak penganjur menayangkan rakaman ceramah sdr Anwar Ibrahim pada layar besar.

Aku penceramah pertama tiba dan kira-kira jam 9.15 malam pihak pemantau SPR datang bersama Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan pihak polis.

Pihak MBPJ aku perhatikan terus meletakkan dua trak mereka bersama di hadapan gerai peniaga dan bertanyakan pelbagai soalan yang aku kira diantaranya persoalkan lesen perniagaan.

Kesian aku perhatikan peniaga-peniaga tersebut tetapi mereka begitu kental. Orang ramai mula mengerumuni menjadikan wakil pemantau SPR dan MBPJ sedikit gelabah.

Memandangkan aku sebagai Timbalan Pengarah Kempen dan Setiausaha Bahagian, aku dipanggil untuk berunding.

SPR pada mulanya hanya ingin berbincang dengan wakil calon tetapi aku selepas berbincang dengan wakil calon melalui telefon, Pengarah memberitahu bahawa aku mempunyai kuasa untuk berunding.

Dilarang Pasang Layar

SPR memberitahu bahawa pihak penganjur tidak memohon permit untuk memasang layar untuk ceramah tersebut.

Berdekatan dengan tempat ceramah ialah salah satu bilik gerakan BN (sebut: barang naik) dan wakil BN menyokong dengan mengatakan layar tersebut mendatangkan kebisingan.

Aku persoalkan bahawa apa bezanya ceramah dengan tayangan kerana kedua-duanya mempunyai elemen audio-visual. Sekiranya permit ceramah diberikan, tayangan tersebut juga menayangkan siri ceramah, bukannya dvd seks Chua Soi Lek!

SPR: Kita ikut undang-undang, polis pun ada ni.

Aku: Jangan masukkan polis dalam hal ni. Polis tak tahu. Dia ikut arahan, bukan undang-undang.

SPR: Baik, saya tak tahu pasal itu, tapi arahan jelas tak boleh pasang video. kami ikut peraturan yang diberikan.

Aku: Janganlah cakap pasal peraturan. SPR keluarkan peraturan guna dakwa kekal, tapi akhirnya batalkan.

SPR: Itu belum finalise.

Aku: Apa belum finalise, Rashid dah keluarkan kenyataan. Adil tak?

SPR: Memanglah tak adil, saya hanya buat kerja.

Aku: Lain kali arahan mesti berlandaskan keadilan.


Peniaga Terima Intimidasi

SPR: Lagi satu pasal peniaga ni, tak boleh.

Aku: Awak nak halang diorang cari makan ke?

SPR: Ini peraturan MBPJ.

Aku: Baik, peniaga burger kat sebelah tu (sambil aku nuding ke peniaga burger hadapan bilik gerakan BN) ada lesen tak? Kalau awak nak suruh peniaga ni beredar sebab tak ada lesen, suruh peniaga burger tu sekali. Dia berniaga area ni lagi lama. Adil kan?

SPR: Oklah, tapi tak payahlah orang ramai-ramai kerumun.

Ceramah

Aku penceramah pertama, Dr Syed Husin tiba dan aku ceritakan hal yang berlaku. Syed Husin senyap sahaja.

Aku pun ceritakan bahawa keADILan di sini bukannya terpaksa berhadapan dengan BN tetapi juga dengan polis dan SPR.

Mengenai MBPJ, jika melibatkan keADILan, tindakannya cukup cekap. Bila melibatkan hal longkang, dia bagi protokol dan arah kita isi borang dan beritahu kita birokrasi mereka.

Pegawai SPR tu perhati dari jauh dan selepas aku habis ceamah, mereka semuanya beredar.

Labels: , , , ,

 

 

Saturday, March 01, 2008

Nik Nazmi Appeal to Seri Setia Voters

Dear Sheripah Noli,

Eat your Heart Out.....

Labels: , , , , , ,

 

 

Thursday, February 28, 2008

Malaysia Mempunyai Orang Ramai Berusia 128 Tahun!

Melalui rekod senarai pemilih terakhir yang diberikan oleh SPR dan layak mengundi di pilihanraya 8 Mac ini, Malaysia mempunyai ekurang-kurangnya 34 orang yang lahir pada tahun 1880 atau berusia 128 tahun.

SPR (sebut: bangang) tidak mengeluarkan nama-nama tersebut kerana mungkin mereka msih hidup.

Sekiranya susdah meninggal dunia, nama-nama tersebut sudah tentu dikeluarkan daripada senarai pemilih terkini.

Sila periksa senarai tersebut melalui SPR.


801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069

Labels: , , ,

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com