Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, June 22, 2008

50 Tahun Terang Bulan Terbarai






Pada 20 Jun kelmarin, aku mempunyai banyak majlis jemputan. Di antaranya ialah Perayaan 100 Hari Pakatan Rakyat di Selangor. Tetapi, aku memilih untuk hadir di majlis pelancaran Pameran Seni bertajuk "Pelan-pelan dan Bilik Gerakan" yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dan turut dihadiri oleh YB Gwo-Burne Loh (Ahli Parlimen Kelana Jaya).

Pameran tersebut ialah pameran lukisan solo oleh Saiful Razman, salah satu artis muda berbakat besar. Beliau menggunakan bitumen, akrilik dan dicetak di atas permukaan sutera.

Saiful juga mempamerkan siri 'logo' di bawah tema 'PELAN CAP' yang memaparkan hipokrisi agama dan moral, mono-budaya dan tirani mono-theistik serta ideologi kanan chauvinist. Ianya juga boleh dicetak di atas t-shirt dan boleh diperolehi dengan harga RM25.

Pameran tersebut juga mempamerkan koleksi fotografi HishamuddinRais dan Mohd Redzuan Othman bertajuk "789".

Dalam buku cenderamatanya, Saiful memetik rencana Hishamuddin Rais bertajuk "Lima Puluh Tahun Terang Bulan Terbarai" yang mengkirik hebat lagu kebangsaan Malaysia; Memula Moon a.k.a Terang Bulan a.k.a Negaraku a.k.a Negara Kuku.

"....Lima puluh tahunProjek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sdang kita semua lihat dan baca hari ini adalah meanifestasi daripada kegagalan Projek Malaysia, Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong, Tutup lubang gali lubang."

Sekitar 200 orang hadir di majlis pelancaran "Pelan-pelan dan Bilik Gerakan" dan mendengar ucapan perasmian Nurul Izzah. Gambar beliau bersaiz dua meter juga dilelong untuk didermakan kepada kumpulan Food Not Bombs dalam aktiviti-aktiviti mereka.


Sebelum berakhir hari pembukaan, 40 peratus daripada hasil luikisan Saiful habis dijual. Antara lukisan-lukisan yang dipamerkan ialah Tersusun (Acrylic on Canvas, 122 x 183 cm), Berhala Berkembar (Acrylic &Bitumen on canvas, 244 x 122 cm), Tertindas (Bitumen on canvas, 123 x 215cm), Terancang (Acrylic &Bitumen on canvas, 183 x 122 cm) dan Jalur Tembelang (Acrylic & Bitumen on canvas, 213.5 x 183 cm).

Gwo-Burne Layan

Saiful minta aku menjemput Ahli Parlimen Kelana Jaya yang terkenal kerana mengambil gambar kontroversi VK Lingam untuk hadir di hari pembukaannya. Aku menelefon beliau dan pada mulanya menolak kerana terpaksa ke Stadium Malawati untuk acara 100 Hari Pakatan Rakyat di Selangor. Tetapi pada hari terakhir, beliau menelefon dan memaklumkan bahawa beliau akan hadir di upacara perasmian seni ini yang berlangsung di Annexe, Pasar Budaya Kuala Lumpur.

Beliau datang bersama adik dan teman wanitanya. Loh Mui Fah, bapa dan tulang belakang Gwo-Burne juga hadir dan menjadi tarikan umum pada malam itu. Nasib baik kehadiran Nurul Izzah sebagai tetamu utama tidak tenggelam dengan kehadiran Gwo-Burne ini.

Pameran ini berlangsung bermula 21 Jun hingga 6 Julai akan datang. Galeri buka bermula 11 pagi hingga 7 malam dan masuk percuma.


Kepada yang berminat, hubungi Pang Khee Teik (Email: pang.centralmarket@gmail.com; Tel: 03-2070 1137) atau Jerome Kugan (Email: Jerome.centralmarket@gmail.com: Tel: 03-2070 1137).

Seterusnya, aku layan Parti Halau Hantu Raya yang diadakan di Bau-bau Cafe sehingga 1 pagi.

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com