Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, June 28, 2008
Makan Tengahari Bersama Pesuruhjaya Tinggi India
Dari kiri: Charles Santiago (Ahli Parlimen Kapar), NK Saxena (Timb Pesuruhjaya TInggi India), Ashok K Kantha (Pesuruhjaya Tinggi India)
Pertemuan diadakan di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Aku hadir bersama 12 Ahli Parlimen lain. Meeka ialah Chong Eng (Bukit Mertajam), M.Kulasegaran (Ipoh Barat), Tan Kok Wai (Cheras), Prof.Dr.P.Ramasamy (Batu Kawan), Teo Nie Ching (Serdang), Charles Anthony Santiago (Klang), M.Manogaran (Teluk Intan), Sim Tong Him (Kota Melaka), John Fernandez (Seremban), Lim Lip Eng (Segambut), Er Teck Hwa (Bakri) dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera).
Kami dilayan sungguh mesra dan pelbagai isu dibincangkan dan tujuan utama ialah bagi mengeratkan pertalian dua negara.
Aku tidak berapa dapat menumpukan perhatian dalam topik perbualan sepenuhnya kerana fikiran aku berkecamuk memikirkan tugas di Parlimen yang masih belum selesai.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, NK Saxena, Setiausaha Kanan, VKV Raman, Penasihat Pertahanan, PK Siwach dan rakan aku Lim Swee Kuan.
Labels: ashok, pesuruhjaya tinggi india
0 Comments:
Post a Comment
<< Home