Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, August 06, 2008

Ida Nerina Tidak Dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik


Pelakon filem Susuk, Ida Nerina tidak dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 21 yang akan berlangsung di PICC Putrajaya 9 Ogos ini.

Ida Nerina yang dikatakan sungguh berjaya memainkan peranan primadona dan hantu di dalam filiem mistik ini gagal menambat hati juri yang dipengerusikan oleh Nancie Foo.

Calon-calon yang dipilih dalam festival tahun ini ialah Maya Karin (Anak Halal), Erra Fazira (Anak), Fazura(Kayangan), Nasha Aziz (Otai) dan Vanidah Imran (Akhirat). Melalui senarai pendek tersebut, Vanidah Imran dikatakan mempunyai harapan sungguh cerah apabila Ida Nerina tidak dicalonkan.

Festival yang ditaja bersama Perbadanan Filem Kemajuan Nasional Malaysia (Finas), persatuan Pengeluar-pengeluar Filem Malaysia dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) akan menawarkan 13 Anugerah Perdana dan 11 Anugerah Cipta.

Di bawah Anugerah Perdana, trofi yang menjadi rebutan pada malam itu nanti ialah anugerah Filem Terbaik , Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik , Penyunting Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Filem Dokumentari Terbaik, Filem Animasi Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Digital Terbaik manakala Anugerah Cipta pula terdiri daripada kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki, Pelakon Harapan Wanita, Lagu Tema Asal Terbaik, Pereka Kostum / Busana dan Poster Terbaik.

Antara filem-filem yang akan bertanding pada malam itu nanti terdiri daripada 1957: Hati Malaya, Impak Maksima, Kala Malam Bulan Mengambang, Kayangan, Nana Tanjung 2, Otai, Pensil, Sepi dan Susuk.

Filem 1957 Hari Malaya dicalonkan sebagai filem cereka. Ini bermakna filem yang sepatutnya memaparkan sejarah kemerdekaan Malaysia sebenarnya adalah rekaan semata-mata di dalam filem tersebut.

Sudah tentu Grand Brilliance yang menerbitkan filem Cinta yang berjaya menggondol Filem Terbaik tahun lalu cuba mengekalkan kejuaraan dengan gandingan yang sama Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa menerusi filem Sepi.

FFM (Festival Filem Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia.
Festival ini bertujuan meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta mensasarkan kerjaya dalam bidang perfileman sebagai pilihan utama kerjaya generasi atau karyawan muda yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi disamping bermatlamat mengiktiraf karyawan dan karya filem yang dinilai terbaik bagi menggalakkan pembangunan industri perfileman Malaysia di samping terus memasyarakatkan filem serta mendedahkan dan mempromosikan filem-filem tempatan ke peringkat antarabangsa.

Tema FFM-21 2008 kali ini ialah “KE ARAH KECEMERLANGAN FILEM MALAYSIA”. Tema ini dikatakan berhasrat membawa perhatian warga industri menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com