Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, August 07, 2008

Temuramah Bersama Ahli Parlimen Kuching

Masalah pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sudah berkarat di Sabah sejak 20 tahun yang lampau. Kini jumlah setengah juta rakyat asing dibenarkan bermastautin di Sabah dan diberikan hak kewarganegaraan. Apa yang lebih menyedihkan ialah penyelesaian tersebut sering dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga rakyat marhaen menjadi mangsa.




Aku: Bagaimana sdr melihat perkembangan Sabah dalam politik Malaysia?

Dr Hiew King Chiu (DrH): Politik Sabah dari sebelum merdeka (percantuman Semenanjung Malaysia dengan Sabah & Sarawak) sehingga sekarang sungguh unik. Parti politik beralih arah; dari pemerintah kepada pembangkang dan sebaliknya dan lompat-melompat parti perkara biasa di dalam politik Sabah. Sebagai contoh, Pairin Kitingan pernah melompat Parti dua kali. Dan tindakan-tindakan tersebut dari dahulu lagi menggegarkan politik seluruh Negara. Kesemuanya berpunca daripada perebutan tampuk kuasa. Ada tekanan yang bermatlamat supaya Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri dari negeri itu.


Aku: Apa pendapat sdr mengenai SAPP (Parti Progresif Sabah)? Adakah benar akan diadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi?

DrH: Bagi saya, SAPP ialah pemangkin kepada perubahan kuasa dalam pemerintahan Negara. Cadangan untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen pun sudah seperti seolah-olah satu tamparan kepada Barisan Nasional (BN), apatah lagi kepada Abdullah? Di Parlimen, undi tidak percaya boleh diusulkan melalui suara, undi angkat tangan mahupun secara bertulis. Dalam keadaan politik yang genting seperti sekarang, betul atau tidak undi tidak percaya akan diadakan, saya tidak boleh berkata di sini. Namun, apa yang sahih, kedua-dua ahli parlimen dari SAPP menerima ugutan daripada BN. Nyawa mereka diancam. Eric (Majimbun) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Ahli Parlimen Tawau) perlu mengambil tindakan berhati-hati dalam perbuatan mereka.

Selain daripada risiko nyawa, parti juga mungkin tergadai. Ada kemungkinan, penyokong-penyokong Parti sendiri yang hilang pegangan dan sikap tamak akan beralih atas ‘tawaran’ yanglebih hebat daripada pihak lawan. Mereka akan meninggalkan Parti dan perjuangan sekiranya menerima tawaran dari segi apa pun; kewangan dan projek pembangunan yang boleh menjamin kehidupan mereka.


Aku: Pada 24 Jun lalu,Timbalan Perdana Menteri memberitahu Kerajaan Persekutuan merancang untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah. APa pendapat sdr?

DrH: Sejak 30 tahun yang lampau, bilangan pendatang tanpa izin sudah bertambah sehingga melebihi sejuta orang. Kebanyakan daripada mereka memperolehi MyKad melalui jalan haram dan sudah pun diterima kewarganegaraan mereka dan menjadi penduduk tetap di Sabah. PATI ini bersaing dengan penduduk tempatan untuk pekerjaan dan juga menjadi punca gejala social, masalah ekoomi, kesihatan dan politik. Operasi-operasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan tidak berkesan langsung dan PATI kini menghantar ke Negara asal mereka berbillion-billion ringgit yang diperolehi dari Sabah. Apa yang lebih mendukacitakan, mereka yang mempunyai MyKad berdaftar sebagai pengundi dan mengganggu keputusan pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak memberitahu bahawa beliau akan mempertingkatkan tahap keselamatan di sempadan melalui pelabuhan-pelabuhan. Jadi, kita persoalkan kaedahnya dan siapakah anggota-anggota jawatankuasa yang akan melihat perkara ini? Adakah mereka benar-benar faham mengenai isu yang berlaku dan dari kalangan orang tempatan?




Aku: Bagaimana sdr melihat situasi ini dari segi hak asasi manusia?

DrH: Dari segi hak asasi manusia, beberapa pihak terjejas secara langsung. Pertama, hak orang luar yang datang untuk mendapatkan perlindungan politik mahupun pelarian yang datang akibat daripada konflik politik di Mindanao. Selain itu, Sabah juga mempunyai golongan pendatang yang sudah bermastautin di negeri ini lebih daripada 10 tahun dan mereka ini termasuk kanak-kanak. Saya melihat tindakan-tindakan Kerajaan Persekutuan ini akan mengakibatkan pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Ada beberapa isu hak asasi manusia di Sabah. Pertama, proses penghantaran pulang PATI. Kedua, menyalahtafsirkan golongan yang datang untuk perlindungan politik dan pelarian. Ketiga, tidak ada jaminan terhadap individu yang dibicarakan di bawa Akta Imigresen dan sama ada perbicaraan mereka berdasarkan kepada piawai antarabangsa. Keempat, para tahanan terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak tidak diberikan hak untuk mendapat perubatan wajar semasa dalam tahanan.

Terdapat juga kes yang pernah berlaku pada tahun 2002 di mana seorang gadis berusia 13 tahun yang disangkakan pelarian dari Filipina dihantar pulang. Selepas siasatan terperinci dibuat, kerajaan mendapati gadis tersebut warganegara Malaysia. Tetapi telah terlambat apabila gadis tersebut dilaporkan dirogol oleh tiga anggota polis semasa gadis tersebut berada di dalam pusat tahanan.


Aku: Apa gesaan yang pernah dibuat oleh sdr sebagai ahli parlimen?

DrH: Saya pernah membangkitkan perkara ini di dalam sul bertulis di Parlimen memohon untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara ini dari akarnya.

Menurut jawapan yang diberikan oleh Menteri (Datuk Seri Nazri Aziz), Kerajaan Persekutuan memberitahu bahwa sebuah jawatankuasa Persekutuan Kabinet ditubuhkan bagi menangani perkara ini. Persoalannya, siapakah yang akan dilantik untuk sebagai ahli jawatankuasa ini? Apabila kita mendesak bila jawatankuasa ini akan ditubuh, Menteri tidak menjawab tarikh bila ianya akan dibentuk dan sebagainya.

Jadi, janji-janji itu hanya sebagai satu janji kosong. Saya melihat isu ini sudah bernanah untuk Sabah. Tapi, kita mesti melakukan sesuatu, dan dengan teliti agar keadaan kita boleh pulih semula.

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com