Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, April 30, 2006

Golongan pekerja tidak berganjak – masih di tempurung buruk

Pada tahun ini, kaum pekerja ditekankan lagi dengan menaikkan harga minyak sebanyak 30sen seliter. Kenaikkan tersebut merupakan kadar kenaikkan tertinggi dalam sejarah Malaysia sudah pasti menghiris dan membelah kalbu rakyat lantaran kos besar yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

Kerajaan telah pun membuat keputusan dan pengumuman. Sebagaimana hak yang ada pada kerajaan untuk berbuat demikian, kaum pekerja juga memiliki hak menerima atau membantah kenaikkan tersebut.

Kenaikan yang tertinggi pernah berlaku itu secara tidak langsung menaikkan kos pennghidupan. Namun, gaji pula masih di tokok lama.

Tambah membebankan golongan pekerja ialah kesan globalisasi yang memberi impak mendalam terhadap teknologi dan kemahiran, idea dan nilai-nilai yang merentas sempadan.

Sebagai pekerja, seseorang itu tidak patut menjadikan diri mereka sebagai alat kepada pengeluaran. Dengan arus globalisasi ini, martabat pekerja perlu didongakkan; sekurang-kurangnya harus dikekalkan. Kaum pekerja tidak patut membenarkan sekali-kali unsur-unsur imperalis ini mengganggu domba martabat tersebut yang menjadi hak kepada usaha-usaha yang menjadi tunjang kepada produktiviti negara.

Dalam usaha tersebut, apa yang kita perjuangkan dalam platform pekerja ialah gaji minima yang harus diterima oleh setiap individu yang bergelar pekerja. Dalam pemerhatian-pemerhatian kes-kes yang berlaku, kaum pekerja dalam pelbagai industri sering mengeluh tidak mendapat imbuhan yang setimpal dengan kerja yang dijalankan.
Kerja-kerja tersebut tidak lagi dilihat dari aspek tahap bahaya kerja yang dijalankan, Apa yang penting bagi mereka ialah untuk mendapat gaji bagi menampung kos sarahidup keluarga. Oleh yang demikian, mereka terpaksa mengabaikan waktu-waktu kualiti yang sepatutnya diperuntukkan untuk keluarga mereka.

Bagi saya, jaring keselamatan sosial (social safety net) perlu dituntu oleh setiap individu yang bergelar pekerja bagi mempastikan penghidupan para pekerja masa hadapan terjamin terutama sekali apabila mereka mencecah usia emas.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa perjuangan gaji minima ini tidak perlu diselamatkan dalam dunia yang sudah bersifa sejagat (globalised) hari ini. Namun, saya berpendapat bahawa pandangan yang sedemikian itu merupakan pandangan yang amat naïf, baik sehubungan dengan negara-bangsa maupun sehubungan dengan dunia yang bersifat sejagat itu.

Selain itu, pelbagai cabaran perlu diatasi apabila berhadapan dengan kerajaan mahupun majikan. Sungguhpun Artikel 10 (Kebebasan Berpersatuan) memberi peruntukkan kepada setiap warganegara untuk menjadi ahli kepada persatuan, ianya tidak semudah yang disangkakan.

Kaum pekerja yang berhasrat untuk menubuhkan kesatuan di organisasi mereka terpaksa berjuang, bersengkang mata dan berbincang dalam suasana yang hangat hanya untuk menengakkan hak mereka menubuhkan kesatuan.

Pekerja-pekerja dalam industri elektronik terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak bertanggungjawab.

Keadaan ini berlaku dalam masa ini, selepas Malaysia merdeka hampir 50 tahun bukannya satu yang berlaku di zaman kuno.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com