Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, May 03, 2006
Lantai T.Pinkie: Penganiayaan Feminis?
Sifat kelembutan dan keayuan wanita disalahgunakan oleh sesetengah golongan lelaki seolah-olah menjadi satu komoditi.
Sekiranya kita ada Geisha di Jepun, di Malaya kita ada perempuan joget. Tapi perempuan joget ini tarafnya tidak sehebat Geisha yang memainkan peranan sebagai penghasut Jeneral-jeneral perang pada zaman perang dulu.
Perempuan joget Malaya lemah dan tunduk kepada lelaki. Seperti juga Geisha, sekali seseorang itu terjebak dalam dunia ‘jual punggung’, sehingga ke akhirlah dia akan berada di situ.
Penari joget sebagai profesionalisme
Tanggungjawab penari joget tidak sehebat Geisha. Dalam filem Memoir of a Geisha, seorang Geisha adalah seorang penghibur serba boleh, dari seorang, pelayann kepada penyanyi, pemain muzik, penyanyi dan pemuas nafsu.
Tapi penari joget Malaya hanya perlu pandai berjoget, bermambo bersamba dan lain-lain, dengan berpakaian kebaya ketat dan pastikan tonggek.
Itulah kriteria sebagai seorang penari joget.
Geisha mempunyai sebuah sekolah khusus untuk melatih seorang gadis menjadi Geisha. Adakah Malaya mempunyai sebuah institusi sedemikian? Mungkin Pinkie berjaya sebagai seorang penari joget kerana dibesarkan dalam persekitaran kelab malam di mana ibunya bekerja sebelum ini untuk menyara keluarga.
Dalam era konfrontasi dan peperangan, Geisha memainkan peranan penting dalam membuat strategi peperangan. Tidak kepada penari-penari joget yang hanya berkhayal dan mengharapkan penyanyi kelab memainkan lagu yang lebih hebat dan rancak agar mereka mendapat lebih banyak pelanggan.
T.Pinkie sungguh menghargai kariernya sebagai perempuan joget sehingga memberi wasiat terakhir kepada suami keduanya bersama Muhairi Tirus untuk menyimpan kebaya merah jambu; dari kebaya merah jambu itulah dia mendapat gelaran Pinkie.
Kebaya-kebaya ketatnya yang lain, Pinkie mahu Muhairi sedekahkan. Saya bertanya, untuk siapa? Untuk orang miskin memakainya supaya menjadi perempuan joget juga?
Pinkie yang tidak kental
T.Pinkie adalah satu watak yang tidak kental dari sifat kental bagi seorang wanita. Sifat feminis hanya diserahkan kepada orang lelaki. Sungguhpun diri tidak merelakan, tetapi seolah-olah Pinkie tidak mempunyai pilihan lain.
Godaan Gunjoloh dan kumpulan-kumpulan Johor Sports Club mungkin mengganggu sedikit sebanyak kerja Pinkie tetapi Pinkie hanya berserah.
Pinkie sepatutnya menceritakan kerisauan nafsu buas Gunjoloh kepada rakan-rakan seangkatan dengannya dengan lebih awal. Sudah pasti rakan-rakan joget yang lain; Siti Udaya, Musalmah Jing sanggup membantu.
Malah, Nyai Sunatri (lakonan primadona Azizah Mahzan) mampu melakukan sesuatu. Tidak semestinya sifat feminis ini berada di bawah kekuasaan lelaki. Bukankan tangan yang menyusu bayi juga mampu menggoncang dunia?
Watak Nasha Aziz sebagai T.Pinkie juga tidak sehebat Erma Fatima dalam pementasan teater yang sama. T.Pinkie sebelum ini lebih menunjukkan kesundalannya dengan rokok yang tidak renggang dari jari dan kebaya lebih senteng dan jarang.
T.Pnkie adalah kali kedua saya saksikan iaitu pada tahun 1997 dengan gandingan hebat Tiara Jacquelina, Erma Fatima, Hani Mohsin dan ramai lagi daripada tiga pementasan yang pernah dibuat.
T.Pinkie tidak pandai berjoget betul. Macam mana boleh jadi gilaan lelaki-lelaki Johor Sports Club? Saya perhatikan Siti Udaya lebih pandai berjoget daripada Pinkie.
Ya, mungkin punggungnya – huruf T dalam pangkal nama T.Pinkie merujuk kepada tonggek. Pada asalnya T ialah gelaran Tengku dalam nama asalanya iaitu Tengku Seindahkuno.
Matinya seorang penari joget
T.Pinkie lari daripada penderaan mental dan seksual suaminya Gunjoloh ke Sarawak. Pinkie diselamatkan oleh cintanya, Muhairi (Zuhairi Ibrahim). Malangnya, kehidupan bahagia mereka sebagai suami isteri tidak kekal lama kerana selepas itu konfrontasi yang melanda antara Malaysia dan Indonesia dalam kempen Negara itu dalam ‘Ganyang Malaysia’ meninggalkan catatan paling hiam dalam hidup Muhairi.
TEATER muzikal Lantai T Pinkie yang akan dipentaskan bermula 28 April sehingga 7 Mei ini adalah karya besar tulisan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang diterbitkan dalam bentuk buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
2 Comments:
Salam.. Saya mrupakan mahasiswa di slh sbuah universiti. Sblm ni saya tidak pernah kenal, apa itu Lantai T. Pinkie. Apabila saya mengambil salah satu subjek minor yg memestikan saya mengkaji novel n teaternya, saya sudah mengenalinya. Pada pendapat saya, persembahan teater yang dilakonkan oleh Nasya Aziz sbgai heroinnya, mempunyai makna yang tersirat. Pada awalnya, saya menganggapnya sebuah teater yang membosankan, tetapi apabila diperhalusi, saya dapat mengesan meseg yang ingin disampaikan oleh A. Samad Said. Cuma saya ingin mengkritik sedikit berkenaan dengan teater tersebut. Watak Nyai Sunarti yang dilakonkan oleh Azizah Mahzan sangat menjolok mata. Saya faham, tujuan bagi menghidupkan watak tetapi janganlah sampai mewujudkan kontroversi.. Salah 1 babak yang paling saya perlu mengkritik sewaktu Zafuan tersentuh atau sengaja menyentuh sesuatu yang tak layak disentuh pada Nyai. Sangat keterlaluan dan perlu diperbetulkan.. Sangat memalukan kaum wanita. Saya harap pihak penerbit menjaga tatasusila pelakon2 agar tidak membuat perkara yang hanya akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Sekarang saya akan terus mengkaji novel dan teater ini agar dapat merungkai makna tersiratnya. Lantai T. Pinkie best sebenarnya..
bape
bape sta
yeezy boost 350
gap yeezy
kyrie 7
Post a Comment
<< Home