Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, May 14, 2006

Angkatan Muda Tidak Yakin Pilihanraya Sarawak Bebas


KUCHING 17 Mei: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat menganggap pilihanraya Sarawak 2006 yang bermula sejak Hari Penamaan Calon 9 Mei lalu tidak akan bebas dan adil.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketuanya, Ezam Mohd Nor yang dibaca oleh Timbalannya, Faizal Sanusi di sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan keADILan di Padungan.

Dalam pilihanraya 2001 lalu, sekurang-kurangnya empat pekerja kempen pilihanraya di N 4 DUN Demak Laut mengalami kecederaan dan mengalami gangguan jiwa.

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 September 2001, para pengganas seramai enam orang yang menyerang juga dikenalpasti sebagai samseng upahan BN bukan sahaja menyerang para petugas kempen bahkan mereka juga merosakkan barang-barang di dalam Bilik Gerakan dengan secara sengaja.

Sidang media itu juga dihadiri oleh Bekas Calon di kawasan berkenaan yang membawa semua dokumen laporan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Turut hadir ialah mangsa tetakan samseng BN, SD Johari yang hampir kehilangan satu jari ketika insiden itu berlaku.

“Saya tidak percaya kepada polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mahupun Suruhanjaya Polis menangani laporan-laporan saya,” kata bekas calon yang tidak mahu namanya disiarkan.

“Menurut maklumat yang diperolehi, pihak polis tidak melakukan apa-apa siasatan ke atas kes yang disebutkan. Kertas siasatan (I.P) bagi kes itu juga dilabelkan sebagai “Investigation Completed” oleh pihak polis dari Bukit Aman,” katanya lagi.

Beliau juga mendedahkan permainan politik kotor yang dimainkan oleh BN sewaktu pilihanraya lalu di mana wakil-wakil penyerang tersebut mengakui bahawa mereka diupah sebanyak RM70,000 bagi membuat kacau kepada kempen yang dijalankan oleh pihak pembangkang.

Dalam sidang media itu, calon bagi N6 Tupong, Ramlee Mahtar membaca laporan yang dibuat olehnya kepada SPR berkaitan kempen pilihanraya BN yang menggunakan kemudahan-kemudahan awam seperti balairaya, surau dan masjid.

Faizal menambah, Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Najib Razak yang membuat kenyataan media semalam yang menyeru jentera-jentera BN untuk datang membantu kempen sudah tentu akan membawa ribuan wang sebagai kekuatan mereka dalam memancing undi dan memenangi pilihanraya.

Sewaktu kempen yang lalu juga, wakil-wakil penyerang di Demak Laut mengakui bahawa mereka diupah sebanyak RM70,000 bagi membuat kacau kepada kempen yang dijalankan oleh pihak pembangkang.

Pihak pemantau bebas yang berada di Sarawak juga sudah mengumpulkan banyak bukti-bukti bahawa terdapat para pengundi ‘hantu’ yang akan pergi membuang undi pada 20 Mei akan datang.

Justeru, Angkatan Muda menggesa agar pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memantau pergerakan kempen kotor yang dimainkan oleh BN.

“Cara kotor yang dimainkan oleh pihak BN sudah semestinya akan membawa kepada kerosakan akhlak dan kehancuran jiwa rakyat yang mulia,” tambah Faizal.

1 Comments:

At 8:50 pm, Blogger jasonbob said...

birkin bag
curry shoes
lebron james shoes
golden goose
yeezy 500
yeezy
lebron shoes
kd shoes
yeezy supply
lebron 16 shoes

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com