Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, May 14, 2006
SARAWAK MENANGIS
Siapa kata Sarawak aman, maju dan makmur? Kali terakhir saya berada di Sibu, Sarawak pada 25 Februari hingga 28 Februari lalu amat berbeza dengan kenyataan yang diungkapkan oleh manifesto Barisan Nasional itu.Lawatan sulung saya ke Sibu pada waktu itu hanyalah satu lawatan percutian. Tetapi, malangnya, saya mendengar rintihan rakyat Sibu.
Sibu pada satu waktu dahulu merupakan syurga kepada kekayaan. Sibulah pusat pembalakan. Tetapi, kini tidak lagi. Kayu balak telah disapu oleh tycoon dan mendapat restu daripada Kerajaan Negeri (Sarawak).
Hal itu dinyatakan oleh pemandu pelancong ketika melawat sekitar Sibu dan apabila saya menanyakan apakan hasil utama Sibu.
Aktiviti-aktiviti pembalakan dijalankan dengan melampau tanpa pemantauan mahupun sebarang kawalan. Ia dilakukan sehingga habis kayu balak di Sibu. Tauke-tauke yang telah menyapu hasil pembalakan kebanyakannya telah berhijrah ke Negara lain, khususnya di Hong Kong dan Australia. Bungalow-bungalow tersergam di sepanjang jalan utama Sibu merupakan rumah persinggahan mereka pada waktu cuti.
Jambatan Tak Siap
Sekiranya rakyat di Semenanjung (Malaysia) kecewa dengan keputusan awal Kerajaan pusat untuk membina jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, keadaan di Sibu adalah lebih teruk daripada itu.
Sekurang-kurangnya, keputusan untuk membina jambatan itu telah dibatalkan oleh Perdana Menteri sungguhpun bekas Perdana Menteri menyatakan rasa kecewanya atas tindakan Abdullah Badawi.
Di Sibu, kerajaan Sarawak bercadang untuk membina sebuah jambatan yang menghubungkan Duren (kawasan Melanau) ke Bintulu Utara yang merentasi Sungai Rejang; sungai terpanjang di Malaysia.
Menurut rintihan penduduk Sibu, jambatan itu telah terbengkalai dan kerja-kerja pembikinannya sudah memasuki tahun keempat. Sekarang, tidak ada tanda-tanda projek tersebut mahu diteruskan.
Menurut sumber-sumber yang saya perolehi, projek tersebut telah melampaui belanjawan yang diperuntukkan. Tanah untuk membina jambatan itu adalah berjenis tanah paya dan amat sukar untuk membina jalan tar. Ia juga memmerlukan kos yang tinggi sekiranya untuk menambak tanah tersebut.
Bukankah pihak pemaju projek tersebut memerlukan kajian awal sebelum sesebuah projek itu dimulakan?
Itulah sepatutnya dilakukan. Hampir keseluruhan projek-projek pembangunan di Sarawak dimiliki oleh Cahaya Mata Sarawak(CMS).
Dari jeti Duren sesiapa sahaja boleh nampak dengan jelas jambtan itu separuh siap dan tergantung di tengah-tengah sungai.
Cahaya Mata Sarawak / Chief Minister Sarawak?
Menurut sumber yang saya terima juga – kebanyakan sumber memberi jawapan yang sama iaitu, CMS dimiliki oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Sekiranya bukan milik langsung Taib Mahmud, ia dimiliki oleh anak saudara Menteri yang telah bertunjang di Sarawak sebagai ketua Menteri hamper 25 tahun itu.
Menurut hos yang mempelawa saya ke rumahnya memberitahu, Taib Mahmud adalah seorang yagn berkuasa di Sarawak. Kekayaannya melimpah-ruah.
Baginya, Taib seoalah-olah ‘Tuhan’ di Sarawak (He’s like a God). Maksudnya, apa sahaja yang ada di Sarawak adalah milik Taib Mahmud.
Sifat halobanya sungguh terserlah sehinggakan program Ketua Menteri Sarawak di Sibu terpaksa menempah khemah dari Kuching milik CMS. Seolah-olah tidak ada pengusaha khemah langsung di Sibu sehingga terpaksa membawa khemah dari Kuching. Dan kos pembawaannya: sudah tentu dibiayai oleh kerajaan negeri melalui wang rakyat.
Wisma Sanyen
Hotel di Lanang, Sibu yang saya duduki berhadapan dengan sebuah bangunan yang tersergam. Lalu, tergerak juga untuk menanyakan kepada pekerja hotel bangunan apakah itu.
Menurut kata pekerja itu, bangunan yang menghadap Sungai Rejang itu iaah Wisma Sanyen. Wisma Sanyen adalah pusat yang menempatkan agensi-agensi pentadbiran Sibu. Dan, ia adalah milik Taib Mahmud.
Tangisan seluruh Sarawak
Sewaktu saya dan keluarga bergembira bercut-cutian, tercengang apabila menatapi dada akhbar bahawa Kerajaan Pusat akan menaikkan harga minyak pada kadar 30 sen.
Mengeluh seluruh rakyat Sarawak. Mereka terpaksa dibebani dengan harga yang lebih tinggi daripada apa yang tepaksa dibayar oleh rakyat Semenanjung. Lebih teruk lagi, Sarawak merupakan salah sebuah negeri pengeluar petroleum dan mereka terpaksa menanggung beban Negara.
Taib Mahmud pula dalam kenyataannya berkata Sarawak memperuntukkan RM200 juta daripada subsidi yang berjumlah RM4.4 billion digunakan untuk memperbaiki system pengangkutan awam. Baki RM20 juta akan digunakan untuk membeli minyak buat kegunaan penduduk di luar bandar.
1 Comments:
sungai rajang banyak ikan
panjang dan lebar tidak terperi
jambatan Duren tak siap tiada sapa pertikaikan
selagi Taib Mahmud jadi ketua menteri
Post a Comment
<< Home