Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, May 20, 2006

Kembalikan Sarawak kepada rakyatnya



Pada waktu warkah ini ditulis, kempen pilihanraya pun berakhir. Satu pengalaman yang berbeza dengan kempen yang berlaku di Semenanjung. Para pengundi di sini merasakan seolah-olah kesungguhan kami dalam menentukan masa depan mereka.

Mereka terharu dan amat berterima kasih. Kami tidak meminta apa-apa lebihan, hanya tempat selesa tetapi sarapan kami ada yang bayarkan, makan tengahari tiba-tiba datang. Sehinggakan orang tempatan tawarkan tempat untuk membasuh muka dan berehat sebentar.

Keadaan di Sarawak amat mendukacitakan. Banyak isu-isu telah berjaya kami kemukakan dan banyak tohmahan-tohmahan berjaya kami tepis. Tetapi, malangnya, media masih lagi tidak professional dalam menjalankan tugas mereka, lebih-lebih lagi Utusan Sarawak yang seolah-olah berkempen bagi memastikan kerajaan yang ada sekarang dikekalkan.

Untuk diri sendiri, sememangnya tidak ada kepentingan langsung; tidak akan mempunyai kontrak balak dan tidak dijanjikan sebuah kereta (Rolls Royce, wow!) Kesedaran rakyat perlu dilaksanakan.

Pembangunan minda, infrastruktur tidak mencerminkan sebuah Negara cemerlang, gemilang, terbilang. Rakyat masih lagi mendapat sumber air dari hujan. Jambatan separuh jalan, bot pengangkutan over-loaded.

Politikus-politikus mendapat jawatan hanya untuk kepentingan mereka sahaja. Jurang kekayaan menjadi semakin lebar. CMSnya, RHBnya; rupa-rupanya semua milik Ketua Menterinya.

Dalam dua hari sebelum kempen berakhir, kami diberi tohmahan sebagai pihak yang cuba menjalankan huru-hara di Sarawak melalui kempen-kempen yang kami jalankan. Bersengkang mata, menelaah, berbincang, bermuafakat dan bergerak.

Kami tahu, Barisan Nasional (BN) amat terkejut dengan cara yang kami mainkan dan rasa sedikit tergugat dengan permainan tersebut. Kami tidak bersifat perkauman, kami mahukan keadilan.

Esok hari penentuan buat rakyat Sarawak. Biarlah mereka sendiri akan menentukan nasib mereka sendiri. Bagiku, aku mahu pulang dan meneruskan tugas-tugas lain yang tertangguh di Semenanjung.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com