Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, May 14, 2006

Presiden tiba dan kempen Pusingan Kedua



KUCHING 15 Mei: Presiden Parti Keadilan Rakyat (keADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tiba di Lapangan Terbang Kuching pada pukul 10 pagi tadi untuk memulakan kempen kedua selepas berada di Kuching pada 9 Mei lalu semasa penamaan calon.

Wan Azizah yang hadir beberapa jam selepas Penasihat yang tiba dari Miri terus berarak ke pusat Bandar Kuching bagi menemui pengundi-pengundi di kawasan berkenaan.

Pada sebelah malamnya, beliau berada di Majlis Makan Malam Bersama Pengundi di DUN Pandungan dan DUN Batu Kawah di Ciao Xiang Travillion, Jalan Pandungan. Sekitar tiga ribu tetamu hadir dalam majlis gilang gemilang itu yang majoritinya kaum Tionghua.

Kedua-dua DUN tersebut ditandingi oleh KeADILan. Dominique Ng Kim Ho, seorang peguam bertanding di DUN Pandungan manakala Wong Huan Yu mencuba nasib di DUN Batu Kawah.

Beliau kemudiannya meninggalkan majlis tersebut dan terus ke Pantai Damai di Santubong bagi memberi ceramah perdana di kawasan berkenaan.

Beliau akan berada di Negeri Burung Kenyalang selama tiga hari dan jadual beliau sudah pun dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kempen, ceramah dan menemui para pengundi.


Kemasukan ahli baru

Pada tengahari itu, seramai lebih kurang 100 ahli baru dari DUN Batu Kawah mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam keADILan berikutan dengan isu pengmbilan tanah di kawasan mereka oleh kerajaan Sarawak.

Huan Yu menerima boring-borang ahli tersebut bagi pihak Wan Azizah yang terpaksa menghadiri majlis makan tengahari yang telah diatur oleh beberapa orang kenamaan di Sarawak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com