Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, May 14, 2006

Harapan cerah - Anwar



KUCHING 17 Mei: Penasihat keADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim terharu dengan dengan sambutan luar dugaan yang diterima ketika berada di luar ibu negeri Sarawak.

“Rakyat luar bandar bosan dengan monopoli perniagaan mega dan politikusnya,” kata Anwar Ibrahim sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang tadi.

“Saya bergerak selama tujuh jam dan sepanjang perjalanan tersebut, rakyat faham apabila kita bercakap mengenai isu-isu tanah,” tambah beliau ketika membuat sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selepas pulang dari Miri.

Menurut Anwar kempen menjadi senang apabila hanya menyebut CMS (Cahaya Mata Sarawak), RHB (Rashid Hussein Bank) dan rakyat secara terang menolak amalan kronisme dan nepotisme.

“Kami percaya bahawa rakyat akan memberi sokongan kuat kepada pembangkang di Sarawak kali ini,” tambahnya lagi.

Lawatan ke Bakun

Dalam lawatan singkatnya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sempat melawat Belaga dan Pusat Penempatan Semula Bakun.

Beliau kecewa dengan keadaan di kedua-dua tempat tersebut di mana ianya tidak seperti dalam perancangan asal ketika beliau menjadi Pengerusi kepada Jawtankuasa Kabinet Empangan Hidroelektrik Bakun sepuluh tahun yang lalu.

“Saya yang memujuk mereka untuk berpindah tetapi sehingga kini mereka hanya diperuntukkan sebanyak tiga ekar tanah,” katanya.

Mereka sudah sememangnya miskin dan mereka dipaksa pula untuk membayar untuk penempatan baru itu.”

Tambahnya lagi, beliau mempunyai bukti-bukti lengkap jenayah korupsi meluas memandangkan beliau masih lagi menyimpan fail sewaktu memgang jawatan dalam Kabinet.

“Saya tahu siapa yang mahukan apa, dan siapa mendapat apa,” katanya sambil tersenyum.

Apabila merujuk kepada hujah Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu parti politik Semenanjung Malaysia, beliau berkata Wan Zainal Wan Senusi yang merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak ialah seorang rakyat Sarawak dan Barisan Bersatu Sarawak (BBS) semuanya adalah terdiri daripada rakyat Sarawak.

“Tetapi mereka yang korup dan mencuri beribu ekar (tanah) juga rakyat Sarawak, dan mereka membahagikannya kepada kumpulan-kumpulan kecil di kalangan mereka,” jelas Anwar.

Anwar tidak terkejut apabila BN beriya-iya memberi serangan peribadi terhadapnya kerana gagal untuk menjawab semua persoalan yang dibawa oleh pembangkang terutama sekali isu tanah yang telah diambil oleh ahli-ahli politik dan rakan-rakan mereka, tidak kepada rakyat.

Suruhanjaya Pilihanraya

Ketika ditanya oleh pihak media mengenai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Anwar berkata bahawa beliau tidak yakin kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana pihak media tidak memberi liputan yang adil kepada pembangkang serta menjalankan tanggungjawab mereka pada tahap minimum.

Anwar yakin keADILan mempunyai harapan cerah dalam pilihanraya akan datang tetapi akan terdapat kotak-kotak undi hilang secara tiba-tiba dan jutaan ringgit akan beralih tangan,” kata Anwar.

Saham kosong untuk rakyat

Pada sidang media yang sama, Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak, Wan Zainal Wan Senusi mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri Noroden Majais yang menuduh ahli-ahli KeADILan mendapat tanah di Gedong dan Simunjan.

“Mereka adalah rakyat yang berhak mendapat tanah berkenaan atas usaha mereka puluhan tahun di tanah berkenaan,” jelas Wan Zainal.

“Noroden (Majais) yang menipu rakyat yang mengeluarkan saham-saham kosong dari syarikat tidak berfungsi melibatkan tanah ribuan ekar,” tambah Wan Zainal lagi.

Wan Zainal yang juga bekas setiausaha politik Ketua Menteri Sarawak kemudiannya mencabar Noroden yang bertanding di DUN Simunjan untuk mengemukakan bukti terhadap tuduhan beliau.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com