Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, May 14, 2006

Afghanistan dan Thailand pemenang anugerah Hak Asasi Gwangju



Dua aktivis wanita dari Afghanistan dan Thailand akan menerima Anugerah Hak Asasi Gwangju. Anugerah yang dianjurkan oleh May 18 Memorial Foundation setiap tahun sejak tahun 2000.

Malalai Joya, 28 dan Angkhana Neelaphaijt berkongsi anugerah selepas penilitian dibuat dari 10 negara-negara yang menghantar pencalonan masing-masing.

Malalai, aktivis dan ahli parlimen Afghanistan yang tegas apabila menyentuh mengenai penguasaan kuasa-kuasa asing. Penglibatan beliau dalam hak asasi manusia bermula sejak berusia 14 tahun lagi dengan menubuhkan sebuah pertubuhan sosial bagi mengisi keperluan kaum wanita yang ditindas di bawah pengawalan Taliban.

Malalai merupakan anak perempuan kepada bekas pelajar perubatan yang gugur dalam pertempuran melindungi negaranya dari serangan Soviet Union dalam tahun 1979-1989. Beliau berusia empat tahun ketika keluarganya ke Afghanistan pada tahun 1982 ke kem pelarian Iran dan Pakistan.

Malalai menyempurnakan pendidikan di Pakistan dan mula menjadi pendidik kepada wanita-wanita lain pada umur 19.

Selepas tentera Soviet pulang, Malalai Joya pulang ke Afghanistan pada 1998 ketika rejim Taliban berkuasa. Beliau telah menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan klinik kesihatan serta menjadi pembangkang yang sungguh vokal kepada Taliban.

Malalai Joya selepas itu mengetuai kumpulan bukan kerajaan, "Organisation of Promoting Afghan Women's Capabilities (OPAWC).” Beliau berkahwin dengan pelajar pertanian di Kabul.

Angkhana pula isteri kepada peguam dan pejuang hak asasi manusia Somchai Neelapajit yang hilang sejak 12 Mac 2004. Somchai adalah peguam kepada mangsa penindasan polis.

Sejak dari itu Angkhana bergiat aktif dalam kegiatan yang berhubungkait dengan hak asasi manusia termasuk menjadi pengkiritk hebat kepada pihak-pihak berkuasa Thailand.

Beliau sering ke hadapan mewakili kaum keluarga yang kehilangan ahli keluarga mereka.

Angkhana menerima banyak ancaman untuk membunuhnya sepanjang penglibatannya dalam menegakkan hak asasi di Negaranya.

Pada Sambutan hari Wanita Sedunia 2006, beliau telah dianugerahkan Pemegang Anugerah Hak Asasi Wanita. Beliau juga telah menerima anugerah Asian Human Rights Defender Award of the AHRC bagi pihak suaminya.

Beliau mempunyai lima orang cahayamata.

Pemenang-pemenang Anugerah Hak Asasi Gwangju sebelum ini ialah Xanana Gusmao (2000); : Basil Fernando(2001); Korean Association of bereaved families for democracy (2002): Dandeniya Gamage Jayanthi atau Monument for the disappeared•Sri Lanka (2003): Aung San Suu Kyi(2004); dan Ms. Wardah Hafidz (2005).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com