Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, May 14, 2006
Pilihanraya 2006 tidak akan adil dan bebas - keADILan
KUCHING 17 Mei – Parti Keadilan Rakyat (keADILan) tidak yakin pilihanraya Sarawak 2006 ini akan bebas dengan adil sekiranya pengundi hantu, permainan politik kotor dan penyalahgunaan kuasa serta rasuah tidak dibendung oleh pihak bertanggungjawab.
Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua berkata dalam jangkamasa 72 jam sebelum hari pengundian, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal untuk membangkitkan isu tersebut sungguhpun bukti telah dikemukakan oleh badan pemantau bebas pilihanraya, Mafrel.
Mafrel mengemukakan hasil siasatan mereka bahawa terdapat banayk nama pengundi yang berdaftar di alamat yang sama.
“Jangan terkejut kerana ada kes yang Mafrel dapati nama-nama pengundi yang sudah pun meninggal dunia,” kata Tian Chua.
Timbalan Setiausaha Agung, Dr Xavier Jayakumar yang juga hadir di sidang media tersebut berkata, kehadiran jentera-jentera Umni yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak menunjukkan peningkatan dalam politik kotor, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Kami bimbang dalam masa tiga hari ini, permainan kotor dan politik wang akan lebih banyak menular di negeri ini,” tambah Xavier lagi.
Najib berada di sini bersama slogan ‘Pembangkang Sifar’.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home