Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, May 31, 2006
NGO kecam perbuatan polis lerai protes dengan kekerasan
Tindakan polis ke atas orang awam yang menjalankan protes atas kenaikan harga Ahad lalu mendapat kecaman daripada pelbagai pertubuhan.
Pertubuhan Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Bunuh dan Penyiksaan (Madpet) berpendapat 500 orang awam yang hadir dalam perhimpunan aman di Menara Berkembar KLCC sejak pukul 10.30 pagi itu hanya melakukan apa yang dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bersuara.
Orang awam tersebut diugut dengan serangan pancutan gas pemedih mata dan tindakan kekerasan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan pegawai-pegawai cawangan khas (SB) di bawah arahan OCPD Dang Wangi, ACP Kamal Pansha.
Madpet dalam kenyataan yang dikeluarkan 29 Mei lalu menyebut bahawa tindakan polis yang menyebabkan tiga orang awam mengalami kecederaan di kepala, tidak dapat diterima.
“Salah seorang daripada mereka ditendang oleh pegawai polis di hadapan dua anak perempuannya,” kata N SUrendran yang bertindak sebagai jurucakap.
Menurut Surendran lagi, penggunaan gas pemedih mata yang digunakan oleh FRU pada 28 Mei lalu adalah seperti keadaan yang berlaku di Afrika Selatan ketika rejim Apartheid.
“Oleh sebab itulah, kami menggesa agar penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahguna Kuasa Polis (IPCMC),” tambah Surendran lagi.
IPCMC, menurut Madpet mampu untuk melindungi rakyat Malaysia dari tindakan-tindakan polis di luar batas undang-undang.
Surendran yang juga seorang peguam juga meminta agar tindakan segera diambil terhadap anggota polis yang menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air bagi meleraikan orang ramai pada hari itu,
Dalam membincangkan perkara yang sama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata perdana Menteri mesti bertindak segera atas peristiwa yang berlaku AHad lalu.
“Hanya IPCMC yang boleh hentikan krisis kuasa dan disiplin pihak polis,” jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan 30 Mei lepas.
“Dollah (Badawi) mesti bertindak segera dalam agendanya memerangi rasuah, tranparensi, ketelusan dan urustadbir Negara,” tambahnya lagi.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home