Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, June 12, 2006

Bila dua gajah berkelahi …….

Kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin (7 Jun 2006) yang menyesali keputusannya melantik Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai pengganti beliau mendatangkan pelbagai rekasi daripada pelbagai.


Percutian saya di Pulau Pinang agak terganggu dengan tindakan yang tidak disangka-sangka dilakukan oleh tokoh politik veteran ini. Tidak ada foto-foto menarik untuk dipaparkan dalam artikel ini; kerana kedua-duanya ada sejarah buruk masing-masing. Hanya yang dapat dikongsikan ialah gambar-gambar kenangan saya ketika berada di Hotel Parkroyal, Batu Feringgi dan layanan mesra kakitangan-kakitangan hotel di sana.

Sebagai pemikir politik, saya sudah menyangka kenyataan-kenyataan balas sesetengah politikus ketika mengulas mengenai kenyataan Bekas Perdana Menteri itu.

Dalam kenyataannya, Tun Mahathir bukan sahaja mengecam tindakan Abdullah mengenai polisi-polisi yang dibuat sepanjang dua tahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri, bahkan mengisytiharkan bahawa Abdullah bukanlan pilihannya yang utama sebagai pengganti beliau dalam memegang jawatan terpenting dalam Negara.

Abdullah juga dikatakan telah mengemukakan empat soalan bagi Perdana Menteri. Di antaranya ialah berkaitan dengan isu penyalahgunaan AP, salah urus hal-ehwal Proton, pembatalan projek-projek mega, dan yang terkini, pembatalan pembinaan jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura serta rancangan penjualan pasir kepada Singapura menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran negara.

Kenyataan sedemikian telah membawa satu ombakan tsunami terutama sekali kepada pucuk pimpinan Umno (Baru).


Ahli-ahli kabinet terutama sekali dalam Barisan Nasional (BN) bergilir-gilir memberi kenyataan selamat agar setiap kenyataan yang dibuat tidak memudaratkan diri masing-masing.

Apa juga pandangan yang diberikan, pokok utama mestilah menunjukkan tanda sokongan kepada Perdana Menteri dan tidak mengutuk pandangan Tun Mahathir.

Begitu juga ketika Mahathir berada dalam era kekuasaan. Mereka mengeluarkan kenyataan yang sama, mendokong di belakang kepimpinan Perdana Menteri. Kelulusan projek-projek mega, penyaluran kontrak-kontrak kerajaan kepada kroni dan kenaikan harga barang; semuanya mendapat kelulusan kabinet.

Najib Razak (Datuk Seri, Timbalan Perdana Menteri)

Tekanan yang paling berat mestilah berada di pihak Timbalan Perdana Menteri yang disebut oleh Mahathir sebagai orang yang sepatutnya dilantik sebagai pengganti beliau.

Najib berada di India ketika dalam perkara tersebut berlaku atas lawatan rasmi kerajaan.

Najib terselamat dari sebarang konflik politik. Pada tahun 1967 ketika kerajaan melancarkan Ops Lalang menahan para cendikiawan yang kritis pada ketika itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melarikan diri ke London untuk berehat. Sungguhpun keberangkalian beliau tersenarai dalam para tahanan, beliau mengambil langkah selamat. Itu sudah cukup memberi perlindungan kepada beliau daripada memberi sebarang komitmen mahupun pandangan mengenai keadaan huru-hara yang berlaku ketika itu.

Dalam mengulas pendiriannya, Najib memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pimpinan Perdana Menteri.

Dalam pada masa yang sama, Najiblah yang memberi arahan untuk mengedarkan Khairy Chronicles yang disiarkan dalam Malaysia-Today yang kini sudah mencecah siri yang ke 32.

Laporan Khairy Chronicles memaparkan gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dalam mengembangkan karier politik melalui lapangan mudah menerusi bapa mertuanya, Abdullah Badawi.


Musa Hitam (Tun, Bekas Timbalan Perdana Menteri)

‘Elegant silence’ ialah perkataan menarik untuk diperdebatkan apabila mengulas mengenai tindakan Perdana Menteri yang tidak melatah ketika kenyataan kontroversi tersebut dikeluarkan oleh Mahathr.

Musa langsung tidak memberi komen atas persetujuan kenyataan tersebut langsung memberi rasa setuju dengan reaksi Perdana Menteri yang senyap apabila dikritik hebat oleh mentornya.

Tindakan senyap Perdana Menteri itu juga dianggap sebagai satu tindakan matang yang dibuat oleh seorang Perdana Menteri.

Apa yang berani keluar dari wawancara Musa Hitan ialah mengatakan bahawa Mahathir kini sedang mengalami sindrom Post Prime Ministerial yang kronik.


Tengku Razaleigh Hamzah (Bekas Presiden Parti Semangat 46, Ahli Parlimen Gua Musang, Ahli Pimpinan Tertinggi Umno)

Ku Li tidak menjawab apabila diaju soalan mengenai kebenaran bahawa Dr Mahathir (ketika menjadi Perdana Menteri) telah memufliskan Negara apabila membina projek-projek mega. Beliau cuba menasihati Abdullah supaya bersungguh-sungguh dalam merangka pelan pemulihan ekonomi.

Projek-projek yang dimaksudkan sudah tentulah projek yang kononnya melambangkan identity Negara seperti Putrajaya, Menara Berkembar KLCC, trek lumba kereta F1 dan KLIA.

Projek-projek mega yang di bawah Dr Mahathir yang telah berubah menjadi ‘gajah putih’ ialah seperti kompleks sukan Bukit Jalil.


Datuk Seri S.Samy Vellu (Presiden MIC)

‘Ular sawa’ ini secara terang mengeluarkan kenyataan tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri.

Beliau yang sudah memegang jawatan menteri melebihi 20 tahun itu telah merasakan pengalaman bekerja dengan kedua-dua Perdana Menteri dan terselamat daripada senarai yang dikeluarkan daripada orang-orang terpenting dalam kabinet sungguhpun terlibat dengan pelbagai skandal termasuk saham Maika dan projek-projek lebuhraya yang terbukti mengandungi gagal dan berbahaya seperti NPE, projek hospiral yang mengalami kebocoran dan banyak lagi.


Datuk Seri Radzi Sheik Ahmad (Setiausaha Agung Umno)

Dalam kenyataannya kepada media, beliau menyangkal tuduhan Tun Mahathir yang mengatakan Perdana Menteri telah memberhentikan projek-projek yang dilaksanakan tetapi enggan mengulas mengenai projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru-Singapura yang secara jelas atasi inisiatif Tun Mahathir dan mendapat arahan Abdullah untuk menghentikannya.


Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Ketua Penerangan Umno)

Individu yang didapati oleh kerajaan Australia cuba membawa masuk beg yang dipenuhi dengan USD ke Negara itu memberitahu bahawa polisi-polisi dan keputusan yang dbuat oleh Abdullah adalah berdasarkan kepada harapan rakyat.

Beliau tidak pula menyatakan kekecewaan rakyat apabila Abdullah mengumumkan kenaikan harga bahan baker dan meluluskan kenaikan tariff elektrik serta memberi arahan supaya sebarang bantahan rakyat terhadap kenaikan tersebut tidak dilaporkan dalam media.


Datuk Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)

Beliau memberitahu bahawa ada kemungkinan tindakan Tun Mahathir itu dibuat berdasarkan pengaruh sesetengan pihak bahawa Abdullah sudah tidak mahu memberi sokongan kepada Umno.

Tidak dapat dipastikan bahawa ketika kenyataan tersebut dikeluarkan, adakah beliau dalam keadaan terkejut atau buat-buat terkejut.

Ini adalah kerana, Zam sepatutnya memang mengetahui budaya Umno yang ‘tikam belakang’ dan permainan politik wang sungguh berleluasa dalam parti itu.



Secara keseluruhan, tindakan ahli-ahli cabinet memang sudah diduga, hanya mementingkan diri masing-masing, enggan untuk memberi sebarang komen dalam memastikan pembangunan mampan; yang penting diri terselamat dan kekal dalam kabinet. Pengalaman yang dilalui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sudah cukup menggerunkan mereka untuk tidak bertindak sewenang-wenang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com