Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, June 15, 2006

Malaysia raikan kejayaan tumpaskan MyTeam?


Pasukan Malaysia telah meraikan kemenangannya apabila kemenangan 2-1 berpihak kepada mereka dalam perlawanan pada 28 Mei lalu.

Kemenangan itu lebih diraikan oleh pasukan Malaysia ialah apabila mereka meletakkan pasukan junior mereka di bawah 20 tahun.

Patutkan pasukan Malaysia meraikan kejayaan tersebut? Sebagai sebuah pasukan yang mewakili Negara yang menumpaskan dengan kemenangan 2-1 bukanlah satu kejayaan. Ia sungguh memalukan.

Pasukan Malaysia dilihatkan begitu berhempas-pulas dalam perlawanan tersebut dengan meletakkan tiga daripada barisan pemain Negara dalam pasukan menentang MyTeam.

Pada saatu ketika MyTeam juga dalam satu masa hanya mempunyai 10 pemain sahaja.

Dengan itu pun menimbulkan tekanan hebat kepada pasukan Negara.

FAM diperlihatkan sebagai takut untuk menerima cabaran yang dibuat oleh penerbit eksekutif MyTeam, Khairy Jamaluddin. Apakah pasukan Malaysia juga mempunyai mesyuarat seperti ahli-ahli cabinet yang lain apabila memohon untuk membuat temujanji sehingga hanya meletakkan pasukan bawah 20 tahun.

Semangat patriotik

Beberapa hari sebelum perlawanan, peminat bolasepak yang datang diminta berpakaian biru sekiranya menyokong MyTeam dan kuning jika menyokong Malaysia.

Malangnya, melalui kaca TV nampak jelas lautan manusia yang hadir di Stadium Bukit Jalil itu berpakaian gelap (biru).

Teringat apabila pada satu ketika dahulu bilamana pasukan Manchester United datang ke Negara ini dan mengadakan perlawanan persaahabatan dengan Malaysia. Kebanyakan penonton memakai baju jersi merah – menyokong Manchester United.

Khairy terpaksa membuat sidang media sehari selepas perlawanan bagi membalas kenyataan FAM itu engan memberitahu tidak semestinya seseorang itu tidak menyokong pasukan Negara bermakna tidak patriotic. Tindakan tersebut seolah-olah seperti ketan mengajar anaknya berjalan betul. Inilah taktik yang dipergunakan oleh Barisan Nasional (BN) dalam setiap kempen pilihan raya dengan mengugut para pengundi supaya mengundi parti pemerintah sekiranya bersifat patriotik.

Kemenangan tersebut sudah tentu memberi sedikit sebanyak kredit kepada Khairy dalam karier politiknya. Khairy yang sebelum ini hanya ahli jawatankuasa kepada FAM meminta jawatan yang lebih tinggi dalam FAM kerana mampu memberi saingan hebat kepada pasukan Negara dan menunjukkan secara jelas kegagalan FAM selama ini.

Khairy juga sepatutnya mengetahui bahawa program MyTeam sebenarnya langsung tidak menjana keuntungan kepada sukan tanahair.

Khairy, melalui pengaruhnya telah menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia bagi mencari bakat-bakat baru bagi menentang pasukan kebangsaan.

Ke manakah halatuju pemain-pemain yang dilatih secara enam minggu yang dipenuhi dengan llatihan mental dan fizikal bagi mempersiapkan diri dalam satu-satu perlawanan.

Mereka juga dibawa ke Manchester untuk mengadakan perlawanan dengan pasukan junior Manchester United.

Apakah perancangan mereka selepas program reality TV MyTeam ini? Pulang ke kampong halaman masing-masing? Menorah getah, menjual burger atau menjadi kerani bank? Itukah penyudahannya?

Sekiranya itulah kesudahannya, maka Khairy juga gagal.

Berlainan dengan program SoccaStar yang akhirnya menempatkan juara dalam pasukan itu untuk berlatih di luar Negara dengan pembiayaan sepenuhnya dengan harapan pengalaman yang dikumpulkan dapat dimanfaatkan dalam Negara ini nanti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com