Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, August 10, 2006
Puteri Gunung Ledang dan Nenek Kebayan
Bagi sesetangah pandangan, Nenek Kebayan ialah satu figur hina yang menakutkan manakala Puteri menjadi pujian rakyat jelata.
Mereka perlu tahu dalam hikayat Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan ialah jelmaan Puteri Gunung Ledang yang berasal dari Majapahit, Puteri Gusti Retno Dumilah.
Puteri Majapahit mendapat sumpah Sultan Melaka yang murka kerana peminangannya ditolak dengan memberi syarat-syarat yang tidak masuk akal termasuk semangkuk darah Putera Mahkota.
Di istana Melaka, seluruh pembesar dan bijak pandai gentar menafsir makna Tujuh Syarat Agung. Permintaan Puteri bagai mengundang kesengsaraan Melaka, namun bagi Sultan ia jelas satu penghinaan yang mencabar kedaulatannya. Raja Ahmad akan dibunuh demi membuktikan kekuasaannya. Puteri menjelma di hadapan Sultan, menghalang pembunuhan sia-sia selain menolak peminangan Sultan secara bersemuka.
Pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical bermula dengan Raja Majapahit, Adipati dan seluruh rakyat kerajaan Majapahit sedang dilambang kejatuhan mereka. Utusan telah dihantar ke Melaka demi niat sebuah gabungan tentera menentang Demak.
Kekosongan jiwa Puteri mulai terisi apabila rombongan Melaka, diketuai Hang Tuah tiba. Pertemuan pertama menerbitkan rasa cinta kedua mereka.
Di majlis menyambut ketibaan Sultan Melaka, ancaman Demak menjadi nyata. Kemurkaan Adipati telah membawa kepada lafaz perang samun Sultan mengusulkan jalan keluar dengan persiapan menyatukan kekuatan tentera Majapahit dan Melaka sebagai jalan akhir, sekiranya tentera Demak masih terus mengancam.
Dato Laksamana Melaka
Kecemeralangan Hang Tuah mendapat pengiktirafan Sultan Melaka sehingga diutus membawa amaran ke Demak.
Jelas, Hang Tuah dapat menjalankan tanggungjawab dan kepercayaan Sultan Melaka dengan jayanya.
Namun, Hang Tuah yang menanam rasa cinta (pandang pertama?) dengan Gusti Puteri.
Perpisahan Puteri dengan Hang Tuah benar-benar dirasakan satu penyeksaan sehingga Puteri bertekad meninggalkan Majapahit menuju ke Gunung Ledang.
Kemurungan bertukar cerah apabila Majapahit menerima utusan Melaka yang menyatakan ancaman Demak telah tiada. Segera Adipati berhasrat memenuhi janji; mengahwinkan adindanya Puteri kepada Sultan Melaka, sebaliknya Puteri telah tiada. Bayan dipertanggungjawabkan sehingga membawa hukuman pancung oleh Adipati, namun dia lebih rela membunuh diri.
Dalam Babak ke Dua pementasan ini, senarion pentas bertukar kepada pandangan Pengarah ke Melaka pada ketika itu.
Rupa-rupanya Hang Tuah ini mat jiwang. Kesibukan kota dan pelabuhan Melaka tetap sunyi bagi Hang Tuah yang terlalu merindui kekasihnya.
Adipati dalam tergesa, berdepan dengan Hang Tuah, Tahulah dia yang Puteri kini sedang menantinya di Ledang. Belum sempat Hang Tuah melangkah menuruti kekasihnya, pengisytiharan dibuat; Sultan Melaka menyatakan hasratnya untuk mengahwini Puteri. Lebih membebankan lagi, Hang Tuah sendiri dititahkan mengepalai rombongan peminangan ke Gunung Ledang.
Perjalanan mendaki Ledang berdepan rintangan dan kejadian aneh. Nenek Kebayan muncul memberi amaran. Namun demi menjunjung titah; rombongan meneruskan juga sehinggalah mereka diganggu dengan satu kuasa ghaib yang membawa kepada kerasukan selain terpisah oleh Hang Tuah yang terlebih dahulu tiba di puncak Ledang.
Inilah kuasa yang ada pada Nenek Kebayan (Puteri Gunung Ledang). Pernah dalam salah satu ekspedisi teman-teman mendaki Gunung Ledang, salah seorang teman pernah melihat kelibat perempuan tua bongkok pada satu malam ketika kami bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.
Kerinduan terlerai apabila kedua kekasih bersia kembali dalam suasana yang penuh romantis. Namun ia tidak berpanjangan apabila Orang Kaya muncul mengabarkan berita peminangan dari Sultan Melaka, Dan Hang Tuah masih setia, tunduk di bawah titah Sultan. Puteri yang kecewa dengan pendirian Hang Tuah mula mengenakan tujuh syarat bagi peminangannya.
Cinta Agung
Hang Tuah yang dibebam rasa bersalah membunuh cinta suci Gusti Puteri mulai sedar gila korban setia yang harus dihentikannya. Dia bangkit meluru ke Ledang semula demi Gusti Puteri yagn tercinta, Gusti Puteri masih menanti kekasihnya di puncak Gunung Ledang yang menjadi tugu ingatan kasih mereka.
2 Comments:
The good guys should come from Demak
nike air vapormax
air jordan
moncler sale
adidas superstar
cheap jordan shoes
adidas tubular x
fila shoes
kobe shoes
adidas stan smith women
nike air vapormax
Post a Comment
<< Home